*Reveal The True Identity.*
Dia lihat akan pantulan imejnya di cermin besar dekat dinding bilik dengan renungan dingin. Sudah tiada lagi imej gadis loser di cermin ini. Sebaliknya seseorang yang kini sepenuh sudahpun diberikan kuasa penuh dengan Knightnya.
Tangannya naik memegang rambut yang sentiasa kusut dan tidak terurus dengan minat. Rasa kagum sebab dapat rasa betapa lembut dan licinnya rambutnya sekarang. Kulitnya pula kelihatan segar dan normal. Tiada lagi lingkaran letih di bawah matanya. Malah anak matanya memantulkan sinarannya.
Lantas matanya terarah pada rantai yang tergantung di lehernya. Rantai yang selama ini telah halang Hunter dari menemui dia. Dia belek rantai itu buat seketika. Nampaknya sudah masanya rantai ini berundur dari melakukan tugasnya.
Tanpa rasa ragu-ragu rantai itu di tanggalkang oleh Delia dari lehernya.
Sekarang masa untuk dia dedahkan dirinya kepada musuh-musuh yang mahu menemuinya. Dia pun dah tak sabar hendak menemui mereka.
Tertanggal saja rantai itu dari leher Delia, pintu bilik pun terbuka,
Sambil mengangkat keningnya, Delia berpaling ke arah pintu tersebut sebelum ternampak Rose berdiri di situ memandang dia dengan mata terbutang luas dan mulut melopong. "Kau dah balik?"sapanya serta merta yang hampir hendak tersengih melihat reaksi tu.
Rose yang berdiri dekat situ pandang terkejut ke Delia. Dia pandang atas ke bawah dengan terror. What the hell!"Siapa kau?"tanya dia dengan bingung?
Delia ketawa. "Kenapa?Lain sangat ke aku?"ujarnya yang tahu kenapa Rose boleh terkejut begini sekali.
"Delia?"Lainnya?Apa yang dah berlaku?Rose tutup pintu bilik lalu pandang dengan bingung akan penampilan baru Delia.. Rakannya kelihatan begitu bersinar-sinar sekali dan penuh dengan aura yang bertenaga. "Kenapa dengan kau?Apa yang dah berlaku?"tanya dia lepas berdiri di depan Delia dan tilik dari atas ke bawah.
Delia tersengih.
"Adalah...apapun, aku dah berkuasa semula. Macam mana okay tak?"Delia depakan tangan lalu pusingkan badannya dengan gembira.
Rose pegang bahu Delia lalu di tilik rakannya dengan pegun dan kagum. "Woah...you look so different."beritahunya.
"In good way or bad way?"tanya Delia lagi.
PAP!
Satu tamparan hingga di tepi lengan. "Jangan nak bangga sangat eh...aku tahu la kau Nampak cantik dengan semua perubahan ni..menyampah!" cebik Rose yang masih berkerut kening tak faham apa yang sebenarnya telah terjadi kepada rakannya ini. Siang tadi dia tengok bukan main tak terurus lagi, Balik-balik saja dia di sapa dengan Delia versi terbaru seperti baru di upgrade. "Tapi apa yang sebenarnya dah berlaku?"
Delia cengkam rantai yang di dalam gengamannya dengan erat. Memandangkan tak ada apa yang dia perlu risaukan lagi, rasanya tiba saat dia untuk ceritakan kepada Rose siapa dirinya yang sebenar-benarnya.
"Tak yang serius mana. Aku just baru terima kuasa itu je."beritahu Delia.
"Untuk apa?Maksud aku bukannya aku tak suka, cuma aku tak faham...kenapa tiba-tiba kau berubah macam ni?"soal Rose lagi.
Delia mengetap bibirnya semasa dia sedang pertimbangkan keputusannya.. Lepas dia yakin dia pun berkata. "Aku seorang Huntress dari Negeri Cahaya,..kalau kau pernah dengar cerita tentang puteri yang hilang...aku la orangnya. Dan hari ni..Knight aku...gabung kuasa dengan aku. That why aku berubah mendadak macam ni.."beritahunya.
Mulut Rose terbuka sedikit semasa dia ternangu memandang Delia. "Serius?"soalnya lepas sober dari terkejutnya.
"Yup.Shocking right?"Delia angguk kepala.
"Jadi selama ni aku berkawan dengan seorang Huntress dan jugak seorang puteri mahkota?Yang hilang lagi tu?"ulang Rose lagi yang masih tak dapat terima kenyataan yang baru di sampaikan oleh Delia sebentar tadi. Bergurau apa kawannya ni?Prank ke? "Kau tak bergurau kan?"tanya dia sekali lagi nak dapatkan kepastian.
Delia ketawa kecil lalu tepuk bahu Rose. "Ya.Aku serius. Sebab kau kawan aku, aku beritahu kau rahsia ni. So nanti kau jangan beritahu orang lain pulak."pesannya setelah itu.
"Siapa Knight kau kalau macam tu??"tanya Rose lagi yang begitu teruja ingin tahu apa yang sedang terjadi sekarang ni. Bestnya jadi Delia!
"Sorry...pasal tu aku tak boleh beritahu."kata Delia sebelum dia beri senyuman nipis kepada Rose. Dia bukan tak nak beritahu, tapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga. Sekarang ni kalau Knight dia dalam masalah, dia akan ikut ditimpa masalah.
Rose tarik muncung merajuk. "Fine...jom la kita makan malam dulu baru mandi. Aku malas nak ulang kerja tiga empat kali.."ajaknya setelah itu.
Share this novel