Part 51

Fantasy Series 5989

*Dark Orc dan Bala Tenteranya.*

Burung gagak hitam berterbangan mengelilingi membuat bulatan di Udara betul-betul di atas tapak perkampungan The Hunter yang telah berkubur dan hangus tiada penghuninya. Dan bila ia selesai membuat pemantauan. Secara berkumpulan.gagak-gagak hitam itu bergerak pergi dari situ. Mereka terbang laju merentasi ruang Udara dari satu tempat ke satu tempat membawa khabar angin buat tuan mereka.

Mereka terbang, dan terbang sehingga la langit itu bertukar dari warna cerah kebiruan kepada hitam kemerahan setelah tiba di sempadan negeri jajahan takluk Dark Orc. Sewaktu mereka terbang, mereka merentasi kawasan di mana goblin, troll dan raksasa Orc yang berwajah ngeri dan busuk sedang bekerja dan menukang.

Mesin yang diperbuat daripada kayu dapat di lihat di mana-mana di dalam tembok batu.

Kawanan buruk gagak itu kemudiannya terbang masuk ke dalam satu lubang yang membawa mereka terus kawasan bawah tanah kubu tersebut. Dimana tinggalkan para tentera Orc yang sibuk mencipta perisai dan tentera di dalam lumpur di situ.

Bara api dapat di lihat dari mana-mana tempat, lahar gunung berapi keluar mengalir dari celah dinding batu kawasan pergunungan tersebut.

Semuanya sedang bersiap sedia untuk menjajah negeri yang seterusnya. Bagi meluaskan kuasa mereka dan ingin hapuskan umat manusia dalam negara magika ini.

Burung-burung gagak itu kemudiannya tiba di sebuah pentas dimana seorang lelaki berwatakan seperti manusia berdiri di situ. Seseorang berjambang lebat di sekitar muka yang calar dengan kesan belah dan mata kosong tiada bebola di dalamnya. Ia terbang sekeliling pentas itu dan beritahu apa yang berlaku kepada tuan mereka itu.

Bila selesai, baru la gagak-gagak itu terbang naik semula ke atas dan tinggalkan lelaki itu.

Si Dark Orc.

Si pemerintah tentera Orc.

Orang yang bertanggungjawab di atas peperangan ini.

Yang dulunya berasal dari keluarga berada dan berpengaruh. Namun setelah keluarganya mati di fitnah oleh sekumpulan ahli magika dan pemerintah, dia telah bangkit untuk menghapuskan semua yang melibatkan ahli sihir dan seisi penghuni dunia ini. Dia mahu mencipta era baru dimana yang berkuasa adalah Orc, troll serta goblin yang ada.

Mengotorkan semua kehidupan yang ada Bersama kuasa jahat dan aura yang penuh dengan negativity mereka. Pada masa yang sama dia dapat musnahkan dunia manusia biasa yang seiring menjaga keseimbangan di dunia magika ini.

Kerana itu dia cipta semua tentera ini dan tawan setiap negeri yang ada .Dia nak tunjuk bahawa orang yang mereka tindas dan tuduh ini dapat bangkit dan hapuskan semua kehidupan dalam dunia magika ni.

"The Hunter dah di hapuskan?Itu bermakna mereka sudah menemui Puteri Mahkota Cahaya?!"ujar Dark Orc dengan renungan jahatnya. Dia cengkam tongkat sakti yang mempunyai batu kristal Cahaya Putih di mahkota tongkat tersebut dengan kuat.

Pada masa itu, seekor goblin jalan mendekat sambil terincut-incut dan berderam di situ lantas berkata dalam Bahasa goblinnya. "Tuanku...sempadan negeri Nigolas telah gagal di runtuhkan. Para tentera manusia Berjaya pertahankannya"maklum goblin itu.

Dark Orc yang sedang jengkel itu berpaling menghadap goblin a.k.a tentera dan orang suruhannya. "Kerahkan tentera lagi. Serang mereka sampai dinding itu runtuh. Kalau mereka berjaya, hantar lagi. Jangan berhenti sehingga kita menembusi Cordania."arahnya dari balik ketapan gigi.

Goblin itu serta merta tundukkan kepala ke bawah dan mengangguk. "Baik tuanku. "jawab goblin itu menggunakan Bahasanya sendiri.

Dark Orc kemudiannya berjalan pergi dari situ dan naik ke permukaan tanah semula untuk masuk ke kawasan istana sebelum tiba di sebuah Menara. Berdiri saja dia di atas Menara itu, Bersama dengan tongkat yang di pegang, dia angkat tangan ke Udara lalu membaca sumpah serampahnya. Mahu menyebarkan lagi kuasa negatifinya ke Udara supaya merebak ke seluruh kawasan jajahannya dan menguatkan para tenteranya.

"Bangun la BlackHorn yang kejam!"laung Dark Orc dengan Bahasa sihirnya. "Semoga tanduk mu dibasahi darah para musuh-musuh mu...jatuh la menimpa ke atas musuh-musuh mu...berikan kegelapan di hati mereka."bergema la suara sumpah seranah itu di atas Menara tersebut sebelum kilat dan guruh mula menyambar dan awan hitam mula terbentuk.

Setiap bait kata sumpahan itu di lafazkan, pada masa itu la tapak tangan Dark Orc mengeluarkan cahaya hitam seakan lohong gelapan lantas ia meledak ke seluruh arah ke permukaan langit di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience