Part 31

Fantasy Series 5989

*Gabungan Duo Tiada Tandingnya.*

Setelah itu, barula Caesar tolak wajah Delia menjauh darinya, apabila dia buka mata. Perkara pertama yang dia Nampak adalah sepasang mata merah merun yang ada di mata Delia ketika itu. Sebelum wajah yang berseri dengan penuh dengan aura terang dan kuat terpancar jelas di setiap inci wajah tu. Dan rambut hitam itu berubah warna merah merun sepenuhnya.

"Oh my god!"lafaz Delia dengan perlahan sebab tergamam lepas tengok Caesar.

Caesar yang berasa segar dan bertenaga itupun duduk tegak dari sandarnya. "Kenapa?"tanya dia sambil tu.

Setelah itu Delia tunduk mengangkat tangannya lalu memegang rambutnya dengan perasaan tergamam. "Jangan cakap dengan saya awak baru ikat kita berdua jadi satu?"tanya dia sebelum angkat kepala memandang muka Caesar yang kelihatan seperti zombie tadi kini berubah menjadi lebih segak dari biasa dan penuh dengan aura yang kuat di sekeliling badan tu.

Caesar selak kain kemeja yang ada di dadanya. Nak tengok tatu Knight dia dah berubah bentuk belum. Sekali lepas dia Nampak dada kirinya, tatu asal iaitu tanda lahirnya yang berbentuk seakan kudup bunga kini telah mekar menjadi bunga yang penuh. "Nampaknya macam tu?"jawab dia sewaktu memandang Delia.

SLAP!

Satu tamparan di berikan ke pipi itu dengan Delia.

"Auw!"aduh Caesar serta merta sambil pandang tak percaya ke Delia. "Untuk apa tu?"kesan tamparan itu di gosok dengan perlahan.

Delia pandang tak puas hati ke Caesar. Dasar si licik!Berani-berani kenakan dia!"Awak tipu saya...awak kata nak beritahu saya siapa tuan punya rantai ni..bukan bonding kita tanpa persetujuan saya."marahnya.

Kening Caesar berkerut. Terus dia tunjal dahi Delia dengan jari telunjuknya. "Macam mana aku nak beritahu kalau aku tak ada tenaga?? Kau tahu apa yang kau dah buat dekat aku selama dua minggu ni?Separuh mati aku tolong kau kurangkan sakit yang kau tanggung sebab kedegilan kau tu?"bebelnya.

Delia berdengus tak percaya, dia pandang geram ke Caesar sambil mengetap gigi. "Alasan!Cakap je la awak nak ambil kesempatan!Dasar si pervert!"Tangannya di silangkan ke dada.

"Hei...cakap tu baik sikit ya. Dah itu je caranya nak buat perikatan antara kita...kau ingat aku nak ke?"

PAP!

Satu tamparan hinggap di peha itu pula.

"Auw!Sakit la!"renggus Caesar yang melompat terkejut akibat tamparan pedas di pehanya itu. Dia gosok pehanya dengan kening berkerut tak puas hati. "Untuk apa pulak tu!" gerutunya sambil tu.

"Itu untuk kata-kata kurang ajar awak pada saya dan tak pernah mintak maaf untuk tu dan-"

PAP!

Satu lagi tamparan diberikan Delia.

"Delia!"deram Caesar dengan mata menjegil bulat lepas satu lagi tamparan hinggap dekat bekas tamparan yang sama di pehanya.

Delia tarik sengih berpuas hati.

"Untuk hukuman awak tak tolong saya masa saya susah walaupun awak tahu saya dalam kesusahan!"sambung Delia selepas itu.

Dia buat muka 'seriously' sewaktu memandang Delia. Hish!Sambil bercemberut kegeraman, Caesar pandang Delia dengan kening berkerut sewaktu gosok bekas tamparan tu.

"Asal?Pandang-pandang?Ada masalah lagi ke?" tegur Delia sebaik sedar dirinya di tenung Caesar.

Caesar buat muka sambil lentokkan kepala ke kiri kerana tergamit dengan apa yang di lihat,

"Cantik rupanya kau ni ya?"ujarnya tanpa sedar lepas perhatikan betapa berbezanya penampilan Delia sebelum dan selepas. Lain sungguh aura Delia. Dia sendiri boleh rasakan betapa kuatnya gelombang tenaga dari Delia melalui teras kuasa di dalam badannya. Hebat jugak kuasa gabungan mereka berdua ni. Mungkin sebab ini la Dark Orc takut akan kelahiran Puteri Negeri Cahaya ni.

Delia menjuling mata menyampah dengan komen itu. Tak terkutik pun. Lelaki kalau tak bermulut manis bukan lelaki namanya.

"Ah sudah!Jangan nak merepek. Sekarang beritahu saya siapa pemilik rantai ni?Dan macam mana awak boleh tahu mengenainya?" Delia silangkan tangan ke dada dan pandang serius ke Caesar. Sedangkan jantung dia berdegup aneh lepas pandang muka mamat sengal di depannya ini.

Sementara Caesar bersila di situ dengan selesa menghadap Delia. Lantas dia angkat tangan untuk menggapai rantai yang tergantung dekat leher Delia ketika itu lalu di tilik dengan perlahan dengan jari jemarinya. Lama dia tak nampak rantai ni. Last dia nampak masa ibunya serahkannya kepada ayah dia sebelum ayahnya bertolak pergi dari akademi untuk bertugas.

Delia ikut tunduk memandang ke bawah lepas tangan Caesar memegang rantainya dengan bersahaja. Dah kenapa nak emo semacam pulak ni??

Caesar lepaskan hela nafas pendek.

"Sebenarnya, rantai ni milik ibu aku."luahnya. "Ianya di gunakan sebagai pendinding rahsia dan perisai perlindungan dari di jejak musuh. Yang mana diberikan oleh ayah aku kepada kau." beritahu Caesar."Mungkin ayah serahkannya dekat kau masa pencarian dia untuk menemui Huntress untuk anaknya ni." lantas dia turunkan tangan dari rantai tu untuk pandang ke Delia.

Kening Delia terangkat tinggi lepas dengar. Ayah?Jantungnya berdegup sneak sebab terkejut. Tak mungkin!"Mana ayah awak sekarang?"tanya dia setelah itu.

Air muka Caesar jatuh menjadi mendung. Dia pandang serba tak kena ke Delia sebelum berkata. "Dah tak ada..empat tahun yang lepas. Terkorban ketika bertarung dengan tentera Orc sewaktu cuba menawan Negeri Cahaya."jawabnya setelah itu.

Bahu Delia jatuh hilang semangat sebaik mendengarnya.. Dah tak ada??"Ayah awak seorang Royal Guardian ke?"duganya memandangkan Caesar beritahu ayah lelaki ini terkorban ketika berperang. Itu bermakna ayah Caesar bekerja di bawah pemerintahan Raja Negara.

Caesar tenung wajah Delia lalu tarik sengih nipis di bibir.

"So...kau la puteri yang hilang tu?"dengus Caesar yang mahu alihkan topik perbualan mereka berdua.. Dia tak nak ingatkan balik tentang ayah dia. Sakit!

Terkedu terus Delia setelah itu. Dia tak beri komen atau reaksi mengenai soalan itu.

"Tak ada gunanya kau tahu untuk rahsiakannya dari aku.."Caesar tarik sengih meleretnya.

Terus Delia beri jelingan maut ke Caesar, Dah tahu ditanya lagi buat apa. Diamkan je sudah. Menyampah! Terus dia hadapkan badannya ke arah katil dan diam di situ tidak berkata apa-apa atau fikirkan tentang apa-apa. Tak nak Caesar baca fikirannya sambil berkerut kening tak puas hati.

Sekarang apa?Hqbis la nanti semua orang akan kesan perubahan pada penampilannya. Dan apa dia nak jawab sekiranya ada yang bertanya nanti? Semua ni salah Caesar!

Ugh!

Caesar tersengih. Dia hanya diam memerhati tepi muka Delia dengan minat.

Alang-alang mereka berdua dah bergabung, rasanya tak salah kan kalau dia mulakan misinya serta merta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience