Part 62

Fantasy Series 5989

*Negeri Cahaya adalah Punca Cahaya Penyembuh*

Kenapa Negeri Cahaya dipilih sebagai Kubu Rahsia ini adalah kerana, Negeri Cahaya adalah punca Utama segala tenaga penyembuh.

Baru la sekarang Delia faham kenapa Raja Blake hantar lapan lelaki untuk sama-sama mengikuti dia ke kubu ni. Raja Blake bukan saja-saja pilih. Tapi ianya kerana setiap seorang memegang kuasa alam yang berbeza. Antaranya, Earth, Luca, Lightining. Sage, Air, Gibson, Darkness, Caesar , Water, Light, Fire, dan Ice. Mereka adalah unsurnya sementara dia adalah trigger pengaktifan kuasa ini.

Kisah Tentera Aragorn yang tertanam di dalam tanah itu tidak pernah wujud pun.

Sebab itu tak ada siapa pernah temui apa-apa tak kira sedalam mana sekalipun mereka korek tanah untuk mencari tentera yang dikatakan telah tertanam di dalam tanah selama ini.

Sebabnya, mereka berlapan adalah Tentera Aragorn tu sendiri,

Selama ni kisah yang diwar-warkan hanyala sebuah kiasan saja. Ia di reka untuk mengelabui mata para musuh dan kelirukan mereka.

"Awak semua adalah Tentera Aragorn tu.."jawab Delia.

Caesar angkat kepala dia lepas dengar apa yang Delia fikirkan. Dia pandang akan rakan-rakannya yang sedang berdiri di depannya ketika itu. "Itu maksudnya"sebut dia masa Sage dan Luca sudahpun tanggalkan baju sebab badan mereka mula keluarkan cahaya bila sesuatu seperti lingkaran tatu menjalar sekitar lengan dan tulang rusuk mereka.

"Apa yang dah berlaku ni?Kenapa dengan kita orang ni Caesar?"tanya Sage dengan takut sewaktu pandang ke Caesar dan Delia yang duduk di tengah bulatan tu.

"Kau orang akan tahu nanti. Sekarang berdiri dekat bulatan ikut symbol yang ada dekat badan kau orang sekarang"arah Caesar. "Kita tak ada banyak masa yang hendak di buang."arah dia.

"Simbol?"tanya Luca sewaktu lihat tanda tanah di dada dia ketika itu. "Ma-mana bulatannya?"dalam keadaan tergagap-gagap dia mulut tunduk melihat bulatan yang ada di situ.

"Ada dekat sekeliling ni..cepat.."arah Caesar.

Ketujuh-tujuh lelaki itu pun mula gerak ke bulatan yang ada di situ dalam keadaan terpinga-pinga. Orang pertama yang pijak bulatan elemen di situ, adalah Sage. Dan bila dia pijak, bulatan itu bercahaya dan satu garisan lurus terpantul tepat ke bulatan di tengah-tengah lingkaran tersebut. Tempat dimana Delia dan Caesar sedang duduk. Lalu diikuti yang lain dan effect yang sama pun terjadi.

Seterang-terangnya tempat itu pun bercahaya dengan cahaya putih yang dihasilkan melalui lingkaran tersebut setelah ketujuh-tujuh lelaki di situ berada di tempat masing-masing.

Masa itu la seluruh badan Delia mula mengeluarkan lapan warna yang berbeza dan lingkaran tatu yang selama ini tersembunyi dari balik pakaiannya mula tunjukkan kuasanya. Bersama-sama kesan sampingan, Delia mula rasa panas yang menyakitkan hingga ke tulang temulangnya. Ketika itu la satu ledakan kuasa yang sangat kuat terjadi.

Dengan serentak, setiap seorang di situ mula jatuh melutut dan menjerit sekuat hati dalam keadaan kepala dongak ke langit. Cahaya keluar dari mata dan mulut.

Cahaya-cahaya yang keluar dari mereka semua terpantul ke langit malam dan seluruh permukaan tanah yang ada di centre kubu itu.

BOOMM!

Satu letupan kuat terjadi di langit apabila kesembilan kuasa bergabung dalam satu titik yang sama hingga menebarkan gelombang cahaya seperti aurora ke serata tempat. Dari negeri Cahaya sehingga la seluas Kerajaan Cordania, cahaya penuh dengan kuasa yang kuat itupun tersebar.

Dari awal ia menebar, cahaya ini telah membersihkan segala yang ada di laluannya dari unsur kegelapan dan kejahatan. Langit yang gelap kini bersih berbintang, pohon yang mati hidup semula, air sungai yang kotor mengalir derah dan menjadi bersih semula. Bunga yang layu kini mekar dan berwarna cerah yang cantik berseri. Udara yang kotor dan tidak sihat kini menjadi segar semula sambil membawa khabar baik.

Sejauh-jauhnya cahaya ini melayah, ianya tiba juga di kawasan dimana pertumpahan darah dan peperangan sedang berlangsung, gelombang dari tenaga itu menghentak tubuh kesemua raksasa dan mahkluk sihir gelap yang ada di situ dalam sekelip mata.

Kuasa itu telah buatkan pergerakan mereka kaku sebelum tubuh mereka berubah menjadi kelabu seperti batu. Satu persatu mengalami kesan yang sama sebelum angin mula bertiup dan susuk badan setiap mahkluk di situ menjadi debu dan kepingan daun kering.

Terkejut para tentera dan pahlawan Cordania yang beria nak pertahankan diri sebaik kejadian itu berlaku di depan mata mereka. Oleh kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata, mata mereka terkebil-kebil tak faham melihat keadaan tersebut.

Di kejauhan kelihatan Raja Blake yang sudah terlantar di samping mayat Royal Guardiannya berdirinya Raja Dark Orc. Lelaki itu yang pada awalnya fikir sudah memenangi peperangan itu terpempan sendiri bila melihat matahari mula terbit dan kawasan itu mula terang sementara dirinya mula berkerepot menjadi kering.

"Tak!Tak mungkin semua ni berlaku!Aku dah hampir Berjaya!TIDAK!!!!!!!!!"laung Raja Dark Orc buat kali terakhir sebelum badannya yang kerepot dimamah cahaya bertukar menjadi tengkorak dan diakhiri dengan debu hitam.

Maka berakhir la sudah penguasasan Kerajaan Kegelapan di Negara Magika ini apabila tumbangnya Raja Dark Orc serta para tenteranya.

Raja Blake yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu termenung memandang langit di atasnya dengan mata yang kuyu dan senyuman lega di bibir. Akhirnya. Semua yang dirancang olehnya telah Berjaya juga. Tidak sia-sia la pengorbanan yang telah dia berikan selama ini. Bersama senyuman di bibir, mata itu pun terpejam rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience