Part 66

Fantasy Series 5989

*Sweet Memori*

Empat bulan kemudian.

Keadaan kembali menjadi normal semula.

Semua orang hidup dengan gembira dan jalani kehidupan mereka dengan baik dan jujur.

Raja Blake telah khabarkan yang dia akan berkahwin dengan jodoh pilihannya semasa cuti musim panas nanti. Yang mana telah menerima sambutan yang gilang gemilang oleh seluruh rakyat jelata termasukla Delia dan rakan-rakan sepasukannya..

Selain itu, Donna telah ambil keputusan untuk berkawan baik dengan Delia tak lama selepas peperangan berlalu.Delia yang memang suka menjengkelkan Donna itu terima persabahatan mereka namun ada masanya dia akan cuba cari pasal supaya tercetusnya pergaduhan di antara mereka. Maka yang jadi mangsa untuk tenangkan mereka adalah Aila dan Maureen.

Caesar, Sage, Luca dan rakan sebaya mereka yang lain sibuk sepanjang tempoh ini untuk buat persediaan bagi menghadapi peperiksaan terakhir untuk tamat belajar di situ dengan jayanya.

Disamping itu, Negeri Cahaya sekarang dalam tempoh pemulihan dan pembinaan semula dengan rakyat negeri cahaya sendiri yang selama ini menetap di Kota Cordania.

Setelah tamatnya peperiksaan akhir buat pelajar semester akhir. Maka tiba la masa untuk pelajar-pelajar akademi dari Magika Dark Tower untuk pulang ke rumah menemui ahli keluarga meluangkan masa cuti musim sejuk mereka.

Maka kosong la seluruh Akademi Magika Dark Tower itu setelah pelajar-pelajarnya beransur pulang ke kampung halaman masing-masing.

Oleh kerana Caesar tiada saudara mara lain, dan Delia sendiri berniat mahu kenalkan Caesar sebagai Knight kepada ibubapanya telah membawa Caesar pulang ke dunia manusia sama-sama dengannya. Oleh kerana sejak kecil hingga la sekarang, Caesar duduk di dunia magika, lelaki ini alami culture lepas tiba di dunia manusia.

Mana tidaknya, dia biasanya Nampak kereta berkuda, dikejutkan dengan kereta, motor, basikal, kapal terbang, helicopter dan semua jenis pengantukan yang ada di dunia manusia biasa. Tak cukup dengan itu dia dikejutkand dengan kedai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan yang enak dan berwarna warni semasa perjalanan untuk tiba ke dunia manusia itu. Delia pun dengan sabar jelaskan satu persatu kepada Caesar setiap kali lelaki itu bertanyakan sesuatu kepadanya.

Selepas perjalanan yang lama, akhirnya Delia tiba juga di kediaman ibubapanya, iaitu di sebuah bangunan apartment yang tidak jauh dari hospital ayahnya berkerja. Kepulangan mereka disambut dengan mesra oleh pasangan suami isteri itu. Terutama sekali ibu Delia.

Sesampai saja di situ, Delia ceritakan segala yang terjadi dan perkenalkan Caesar dari awal perkenalan dia hingga la apa yang berlaku. Ibubapa Delia yang dengar cerita itu balas dengan reaksi gembira dan sebak pada masa yang sama.

Lalu menginap la Caesar Bersama keluarga yang hangat dan penuh kasih sayang itu dan nikmati masakan ibu buat pertama kali selepas bertahun lamanya kehilangan ibu. Menerima perhatian dari seorang ayah yang bercerita dan berkongsi pengalaman kepadanya selepas ayahnya meninggal dunia.

Tidak lama pemginapannya di situ., Caesar akhirnya menceritakan hal sebenar mengenai alasan kenapa Rose pergi keluar dari akademi itu dan tinggalkan Delia. Lepas Delia menerima cerita itu, sehari semalam dia menangis tak berhenti sebab sedih dan terkejut dengan kenyataan yang disampaikan olehnya. Namun begitu Delia tak salahkan sesiapa. Sebab apa yang dia mahukan ialah bertemu dengan Rose semula.

Untuk itu, Caesar usahakan Bersama dengan kerjsama Raja Blake untuk mengesan keberadaan Rose.

Dekat beberapa bulan kemudian, akhirnya lokasi Rose ditemui. Rupa-rupanya Rose pindah ke dunia manusia Bersama ibunya dan bina hidup di sebuah bandar sebagai seorang florist sejak mereka berpindah. Tanpa berlengah Caesar bawa la Delia ke tempat dimana Rose dan Master Karina berada.

Pertemuan itu berlangsung dengan air mata terlebih dahulu sebelum Delia dan Rose mula bergaduh sekejap lalu berbaik semula tak lama kemudian. Caesar minta maaf kepada Master Karina untuk setiap kata-katanya yang mana Master Karina sendiri tak kisah. Lalu mereka berempat habiskan masa seharian dengan makan bersama dan luangkan masa untuk bercerita tentang apa yang telah berlaku sepanjang ketiadaan Rose dan Master Karina. Sebelum berpisah, Delia janji dengan Rose mereka akan saling berhubung sejak itu.

Dan pejam celik saja musim panas pun tiba. Tiba masanya untuk para pelajar tahun akhir Akademi Magika graduasi dan ambil anugerah tamat belajar mereka di situ. Sama-sama dengan pelajar tahun pertama dan kedua, mereka semua raikan hari itu dengan meriah kerana kehadiran Raja Blake dan isterinya. Dia ucapkan taniah secara khas kepada Caesar dan pasukannya.

Bersama senyuman lebar di bibir, Delia perhatikan setiap seorang yang sedang berborak sesama mereka di situ. Berasa lega sebab semuanya telah selesai dan berakhir dengan gembira.

"Jauhnya termenung.."tegur Caesar dekat sebelah dengan mengejut.

Melompat terkejut Delia setelah itu. Dia yang fikirkan Caesar ikut rakan-rakan lelaki itu bergambar ke berborak ke apa tadi itu palingkan kepala. Dia dongak memandang muka tu sebelum tersengih. "Terkejut saya."

Caesar balas sengihan itu dengan lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Delia. "Memandangkan aku dah dapat hadiah dari yang lain...sekarang giliran kau pulak bagi aku hadiah.."minta dia sambil tarik Delia merapat ke badannya.

Mata Delia terbutang kaku?Oh sh*t!Hadiah!Dia terlupa!"Hah?Hadiah?Awak tak suruh saya sediakan hadiah pun?"tanya dia sambil pegang bilah bahu Caesar dengan perasaan serba salah.

Sambil buat muka ala-ala terkejutnya, Caesar lentokkan sikit kepala. "Seriously?Perlu ke aku beritahu dekat kau untuk sediakan hadiah?"tanya dia.

Delia telan air liur. Macam mana ni? "Sorry. Saya terlupa."ngaku dia.

Kebetulan ketika itu ibu Delia sedang memegang kamera ternampak akan pasangan itu tidak jauh darinya. Jadi tanpa membuang masa dia pun talakan kamera itu ke arah Delia dan Caesar yang kelihatan sangat la sepadan.

"It's okay...kau pun dah cukup untuk jadi hadiah aku.."ucap Caesar sebelum tarik senyuman handsome ke Delia.

"Huh?"Delia menjungkit kening tak faham. "Apa mak-"

Sebelum Delia sempat habiskan kata-katanya, Caesar tunduk mendekatkan wajahnya ke Delia lalu memberi kucupan ke pipi bersama senyuman di bibir.

KLIK!

Ibu Delia mengambil gambar tepat pada masa itu dengan senyuman keibuaan di bibirnya. Akhirnya Huntress yang seorang ini sudahpun menemui happy endingnya sendiri.

~TAMAT~

Disebabkan novel ni melibatkan dua dunia iaitu dunia fantasi dgn dunia realiti, bahasanya memang agak casual mcm dkt dunia realiti. Apapun habis dah buku ni. Terima kasih kepada yang sudi singgah untuk baca karya amatur tak seberapa ni. Tinta harap karya Tinta dapat menghiburkan hari2 reader dgn keadaan semasa yg agak runsing lately. Tak salahpun kalau kita cuba nak lari dr realiti sekejap. Dr terus menerus tertekan memikirkan hal dunia realiti, kita singgah skjp dkt dunia fantasi untuk cari self-healing untuk sementara waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience