Part 30

Fantasy Series 5989

*Bond That Can't Be Break!*

"Kau nak tahu siapa pemilik rantai tu?"pancing Caesar yang mahu buatkan Delia datang dekat kepadanya.

Dia tak kuasa nak bertekak lagi dengan Delia. Memandangkan dia sudah tahu segalanya sekarang. Dan menyedari kenapa ayahnya kata dia tak bersedia untuk temui Delia lagi. Ianya kerana keadaan tak mengizinkan Delia untuk berada di dunia magika ni terlalu awal. Kerana waktu itu peperangan masih sedang berlangsung.Oleh itu dia tak marah lagi. Malah dia terima dengan seadanya takdir ni. Jadi cepat atau lambat, dia kena lakukan ritual ikatan sebagai Knight Bersama Delia, Huntress dia.

Mata Delia yang ketika itu sedang memandang ke bekas piala di atas almari sebelah katil Caesar menjeling laju ke arah kerusi sebelah jendela itu. "Rantai?"tanya dia sebelum gerak memegang rantai yang tergantung di lehernya ketika itu.

Caesar angguk kepala.

"Siapa punya rantai ni?"tanya Delia sambil buat muka ingin tahu. Lama dah dia nak tahu siapa punya rantai ni.

"Datang dekat dengan aku...baru aku beritahu."beritahu Caesar sambil tepuk ruang kosong yang ada dekat tepi badannya ketika itu.

Mata Delia terus terarah pada tangan Caesar lepas lelaki tu tepuk permukaan kayu di kerusi tu. Apa yang lelaki ni nak buat?Dia buat muka curiga. "Awak tak cuba nak apa-apakan saya kan?"soalnya dengan mata di kecilkan. Rasa curiga kerana teringat akan perangai menjengkelkan Caesar. Yalah mana tahu lelaki ni nak sumpah dia jadi batu ke patung ke?

"Kau duduk sini atau aku akan betul-betul jadikan kau patung dekat situ..biar jadi hiasan dan penyangkut baju aku nanti.."gerutu Caesar dengan nada jengkelnya lepas Delia banyak sangat berfikir.

Delia berdecit menyampah. Untung la boleh baca fikiran dia!Tak adil betul. "Janji dengan saya dulu...awak tak buat yang bukan-bukan pada saya."beritahu dia sambil gerakkan mata atas dan bawah dengan was-was.

"Ya...duduk la cepat...aku tak larat nak cakap banyak-banyak dengan kau sekarang ni!"gesa Caesar lagi sambil menepuk geram ke tepinya. Dia nak pegang Delia supaya tenaga dalam badan dia ni dapat di caj dan dapat kerjakan Budak bertuah di depannya ini cukup-cukup lepas ni!

Dengan perasaan teragak-agak dan was-wasnya itu, Delia pun gerak ke kerusi itu dengan patuh. Lepas dia berdiri di tepi kerusi itu menghadap Caesar, dia baru Nampak dengan jelas betapa penatnya rupa Caesar waktu ini. Lelaki yang selalu kelihatan cool dan berlagak kini seperti orang tak makan berhari lamanya. Lingkaran hitam bawah mata, muka tak bermaya, aura dekat sekeliling badan tu Nampak malap je. Teruk sungguh ni.

"Awak dah kenapa?Asal teruk sangat keadaannya mengalahkan saya?"tanya Delia sambil gerak dudukkan dirinya di kerusi itu perlahan-lahan.

Sesaat saja Delia duduk di sebelahnya, Caesar terus pegang kolar kot akademi Delia dan Tarik jatuh badan tu ke atas dadanya hingga buatkan muka Delia hanya berjarak sejengkal dari wajahnya dalam sekelip mata.

Tidak bersedia dengan keadaan itu, Delia kejung dekat situ sambil mengedipkan matanya dengan laju sebab terkejut. Dia cuba Tarik dirinya supaya jauh dari Caesar, tapi tindakan dia hanya buatkan dia malah merapat ke wajah tu.

"Ke-kenapa dengan awak ni?"tanya Delia tergagap-gagap sebab gelabah dan gementar dengan jarak mereka berdua.

Tanpa berkata apa-apa, Caesar hanya tenung wajah Delia. Dari kening, mata, hidung, pipi lalu ke bibir tu. "Nak pinjam tenaga kau sikit."bisiknya di depan muka tu dengan perlahan.

Tangan Delia yang berada di arm rest kerusi serta dada Caesar bergerak-gerak serba tak kena apabila dia berasa gemuruh. "Apa maksud awak pinjam?Saya sendiri pun pinjam tenaga orang...inikan lagi nak di pinjamkan kepada awak?"balasnya.

Caesar melepaskan dengusan kecil sebelum alihkan tangannya dari kolar Delia ke tepi kepala tu. "Don't worry...lepas ni kau akan ada tenaga sepenuhnya untuk sepanjang masa..."beritahu dia sebelum Tarik kepala tu menghampiri wajahnya.

Mata Delia terbuka luas bila bibir Caesar menghampiri bibirnya ketika itu. Dia cuba nak tolak, tapi badan dia tak nak beri kerjasama pada dia. Jadi dia hanya biarkan saja bibir itu hinggap ke bibirnya.

Pada masa itu la, satu gelombang tenaga menerawang keluar dari kedua-dua mereka lalu diikuti dengan cahaya yang terpancar melalui aura di sekeliling badan mereka berdua, Pancaran cahaya biru dan cahaya merah memenuhi bilik tersebut sebelum ia menghilang sesaat kemudian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience