Part 42

Fantasy Series 5989

*Pertarungan Antara Yang Diburu dan Yang Memburu.*

Oleh kerana penampilan yang dikenakan oleh Caesar waktu itu, Luca dan yang lain akan terkejut sekejap. Sebab mereka fikirkan lelaki asing mana pulak yang tiba di tempat berkumpul mereka. Sekali lepas dengar suara dari lelaki tu baru la mereka yakin.

"Kan aku cakap bila dah sampai nanti kau akan faham...boleh tak bagi kerjasama?"beritahu Caesar.

Delia dekat sebelah dengan jengkel betulkan kot yang terpasang di badannya sewaktu pandang ke Caesar sambil berjalan keluar menembusi bulatan pentagram itu. "Macam mana saya nak beri kerjasama kalau awak berperangai menjengkelkan macam ni.."

Caesar menjuling mata menyampah sebelum pandang ke depan. Pening kepala dia nak handle tuan puteri yang seorang ini. Susah! "Lama tunggu?"sapa dia kepada Luca yang berdiri di situ memandang dirinya dan Delia silih ganti.

"Dah kenapa ni?Kenapa Delia ada sekali?"tanya Luca dengan muka dumbfounde. "Dan kenapa dengan rambut dan mata kau tu?"

Delia menyilang tangan ke dada sambil Tarik muncung tak puas hati. "Glad someone realise that...this dumbass accidently swap our power...now he has mine..and I has his...sebab itu saya ada dekat sini.."jawabnya dengan jengkel.

"Aku tak sengajakan...berapa kali aku nak beritahu.."beritahu Caesar yang bersungguh maksudkannya. Dia tak tahu masa mereka kiss petang tadi, tubuh dia tak boleh kawal kuasa Delia, jadi tak sengaja dia tertukar kuasa dengan Delia. Gara-gara dia miliki kuasa Delia dan Delia miliki kuasa dia, mahu tak mahu dia perlu bawa Delia ikut sekali untuk jalani misinya menyerang Kubu The Hunter.

Delia mengerang kejengkelan. Dia jarakkan diri dari Caesar. "Awak tahu...saya rasa awak kena jauhkan diri buat sementara waktu dari saya sehingga awak tahu nak control diri awak tu.."getusnya dengan jengkel.

Mereka di situ silih ganti memandang pasangan di depan mereka. menanti perbalahan itu berhenti supaya mereka dapat jalankan misi. Namun tiada siapa yang berani nak bersuara.

Luca lirik ke Delia yang kini berambut hitam dan beranak mata coklat sama seperti Caesar. Iri hati dia lihatkan dua orang ni. Bertuah Caesar. "Dah tu...kita nak buat macam mana ni?"tanya dia selepas itu.

Para Knight yang ada di situ perhatikan Delia dengan minat sebab ingin tahu. Adakah ini puteri yang dimaksudkan oleh Raja Blake tempoh hari?Orang yang akan bantu mereka menangkan peperangan ni?

"Memandangkan Delia ada kuasa aku, kita perlukan dia untuk selesaikan misi ni..tanpa kuasa aku, kita mungkin takkan Berjaya tawan kubu The Hunter.."beritau Caesar yang tidak mempedulikan tantrum Delia.

Delia melepaskan dengan tak percaya. "Hello...kuasa saya yang ada pada awak tu lebih berguna dari kuasa awan penghapus dan pelenyap maut awak tahu tak"getusnya sambil menyilang tangan ke dada. Tapi sekejap?Kubu?Hunter?"Tadi awak cakap apa?"tanya dia lepas sedar akan sesuatu.

Caesar kerling ke Delia semasa tangan dia membuat pusingan di Udara ingin hasilkan satu bulatan pentagram yang cukup untuk semua di situ menembusinya. Memang la...masalahnya kuasa dia itu akan mudahkan semua urusan ni. "You gonna hunt tonight Huntress."beritahunya.

"Memburu?"kening Delia berkerut tak faham. "Buru apa?"soalnya.

Pasukan Knight yang beratur di situ mula berkawad ke bulatan pentagram itu. Termasuk Luca.. Dan bila pentagram itu bersedia, seorang demi seorang mula jalan menembusinya.

"The Hunter..siapa lagi. Kita akan serang kubu dia orang dan hapuskan semua yang ada dekat situ...so stay close."Caesar pegang lengan Delia dan Tarik Delia Bersama dengan dia untuk masuk ke dalam bulatan pentagram itu.

Dengan muka kebingungannya, Delia masuk ke dalam bulatan tersebut sebelum tiba di sebuah tempat yang berbau tengik dan mengeluarkan aura negative yang teruk sangat. Sampai je dekat situ tangannya naik menekup mulut dan hidung.

Pergh!

Sakit hidung dibuatnya!

Berdiri saja semua di situ, dapat di saksikan hamparan khemah serta suara orang riuh rendah di tempat tinggal para pemburu yang sering dapatkan Huntress dan gunakan darah yang di peroleh untuk panjangkan umur kepada ratusan tahun dan awet mudakan wajah mereka.

MuddlyHill, tempat tinggalnya para pemburu a.k.a The Hunter tinggal.

Tempat dimana bertahun lama mereka cuba temui untuk dihapuskan.

Dan kini!Tiba jua saat yang dinantikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience