Part 26

Fantasy Series 5989

*The Hunter Spy*

Senyap-senyap dia jalan menyusup masuk ke dalam kawasan hutan belakang akademi lalu melintasi Lorong kecil yang membawa dia ke satu jalan dimana sebuah semak berada. Sambil berjalan tu dengan awas dia acap kali toleh memandang ke belakang ingin pastikan tiada siapa yang mengekori perjalanannya ke situ.

Sesampai saja dia di depan semak tersebut, tangannya di lalukan pada tumbuhan tersebut sebelum ia bergerak dengan sendirinya lantas mendedahkan satu bukaan lubang di balik tembok batu akademi tersebut. Tanpa berlengah diakemudiannya tunduk membongkok ke dalam lubang melaluinya.

Seperti sebelum-sebelumnya dengan jaya dia berjaya loloskan diri dari kawasan akademi tersebut tanpa di kesan sekali lagi. Hood mantel kemudian di naikkan atas kepala semasa dia mula berjalan menjauh dari kawasan akademi tersebut.

Di lereng bukit dimana arah untuk ke pekan, dapat lihat kelibat dua orang berkelubung hitam dan berkuda sedang berdiri di bawah lereng bukit tersebut. Dia yang lihat tanpa bazirkan waktu lagi kemudiannya menggelongsor turun ke lereng bukit turun dari situ.

Bunyi dari hasil gelongsor itu buatkan dua orang yang berada di atas kuda tersebut berpaling. Mereka dua orang itu kemudiannya turun dari kuda apabila perasan orang yang mereka tunggukan sudahpun tiba.

Maka berkumpul la tiga orang itu di balik rimbunan pokok dan tersembunyi dari pandangan mata sesiapa.

"Kenapa lambat?"lelaki pertama bersuara.

"Dia orang ketatkan keselamatan okay...aku kena keluar sesenyap yang boleh tanpa di sedari.."balas dia yang baru sahaja keluar dari kawasan akademi.

"Ahh..lantak situ. masalah kau. Bukan kita orang."balas lelaki pertama semula.

"Asal kau orang suruh jumpa ni?"tanya si pengintip dengan jengkel.

"Kita orang dapat kesan adanya gelombang kuasa dan tenaga dihasilkan dari dalam akademi. Yang mana datang dari Puteri Yang Hilang tu.."beritahu lelaki pertama sekali lagi.

"Ada apa-apa maklumat baru?"soal lelaki kedua pula.

"Ada.."jawabnya.

"Apa dia?Ketua tak sabar nak dengar berita. Raja Orc dah hilang tahap kesabaran dia sebab tunggu terlalu lama?"ujar lelaki pertama sekali lagi.

"Huntress ada dekat dalam akademi. Tak sure siapa tapi yang pasti dia dah ada dalam akademi aku. Beberapa hari ni sesetengah pelajar lelaki yang mana aku syak adalah Knight terkesan dengan efek sampingan puteri tu sejak Blood Mood terjadi."beritahu dia dengan nada suara yang perlahan namun jelas walaupun lekas.

"Jadi cari tahu dia dengan cepat. Rakyat negeri dah tahu berkenaan Puteri yang Hilang ni...kalau mereka yakin bahawa negeri mereka akan dibebaskan semula, aku tak rasa Raja Orc akan senang dengan kita..sebelum kita yang mati di bunuh better kau cari tahu siapa Huntress tu sampai dapat." deram lelaki kedua dengan garang.

"Kau ingat senang ke?Berlambak Knight dalam akademi tu...dia orang boleh gunakan kuasa dia orang untuk kelabui mata aku...kalau kau nak sangat cepat uruskan hal ni...apa kata kalau kau orang je yang masuk akademi ni dan hadap apa yang aku hadap...senang je cakap kan.."getus dia dengan jengkel sambil lirik akan dua Hunter di depannya ini. Cakap je lebih buatnya tidak. Kalau dia dibayar lebih tak apa jugak!Ini sekerat-sekerat. Ingat dia ni apa!

Tidak semena lelaki pertama terkam pengintipnya lalu cekik leher tu sebelum badan itu di sandarkan ke batang pokok berdekatan.

"Auw!"suara mengaduh kedengaran serta merta. "Apahal ni. Sakit la!"

Lelaki pertama itu pun dekatkan muka dia ke pengintipnya lalu berbisik dengan penuh amaran dan bahaya."Padah berkata itu bahaya kawan...jaga bahasa sebelum nyawa kau jadi bayarannya!"

Naik turun nafas dibuatnya lepas cengkaman di leher itu halang dia dari bernafas dengan lancar. "Lepaskan la!"

"Cepat cari tahu siapa Huntress tu atau kau, akan aku gantikan dengan orang lain!"pesan lelaki pertama sewaktu lepaskan cengkaman dari leher tu dan jauhkan diri. "Dan kau tau apa maknanya 'ganti' tu kan?"

Dalam keadaan terbatuk-batuk hendak menarik nafas dan memegang lehernya yang di cekik, dia pandang dengan renungan benci dan tak sukanya ke dua lelaki di depan dia ketika itu. "Fine!Lepas aku jumpa dia!Aku nak kau lepaskan aku dan aku tak nak ada kaitan dengan kau orang lagi. Janji tu."

Ketika tiga orang itu berborak,tanpa di sedari oleh mereka, rupanya ada yang memerhati sejak tadi.

Disebabkan waktu sudah masuk senja, keadaan pula gelap, tempat itu hanya kelibat hitam dan bayang pokok saja dapat di lihat. Tapi sekiranya di teliti dengan lebih dekat, dari atas pokok, berdekatan, di dahan yang tebal lagikan kukuh, bertenggeknya seseorang di situ.

Orang itu memakai pakaian serba hitam dan bertopeng mulut, dia memerhati dan mendengar segala perbualan tiga orang itu sejak awal ketibaannya di situ. Dan dia tunggu di situ sehingga tiga orang itu berpisah ke arah yang berbeza, dan si pengintip gerak semula ke arah akademi.

Berpuas hati dengan apa yang dia peroleh untuk intipan kali ini, orang tersebut hilangkan diri secara tiba-tiba dari atas dahan tersebut sebelum munculkan diri di atas dahan sebuah lagi pokok yang betul-betul menghadap jendela sebuah bilik. Dan bila dia bercangkung di situ, seseorang pun muncul dari dalam bilik tersebut lantas berdiri di situ menghadapnya.

"Selamat siang tuan.."ucap yang berada di dahan pokok itu.

"Macam mana?Ada maklumat untuk aku?"tanya Caesar dengan renungan dinginnya.

"We got them..."beritahunya.

"Siapa?"

"Pemburu...dengan pengintipnya.."

"Pengintip?"tanya Caesar. "Dalam akademi ni?Macam mana boleh terlepas?"

"Sepertinya mereka gunakan orang luar sebab itu boleh terlepas. Macam mana sekarang?"

"Siapa pengintip tu?"tanya Caesar dengan renungan dinginnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience