*Malam Penuh Keheningan dan Menyakitkan*
Tepat jam 2 pagi itu.
Sewaktu kebanyakkan penghuni Akademi Magika Dark Tower sedang lena dan nyenyak di buai mimpi yang indah, langit di luar bangunan itu sudahpun bertukar merah, bulan yang sepatutnya keluarkan cahaya terang warna putih turut diwarnai dengan warna merah. Awan putih terapung di sekitar langit.
Ianya buatkan suasana di malam itu seakan berlakunya pertarungan yang membawa kepada pertumpahan darah yang dasyat. Sedangkan ianya hanyala fenomena ajaib yang sering terjadi di dunia magika ini.
Siapa yang bertuah dapat menyaksikannya. Siapa yang tidak maka mereka hanya terlena dalam tidur mereka tanpa perasan apa-apa yang pelik berlaku di sekeliling ketika itu.
Ketika berlangsungnya kejadian bulan berdarah itu, di salah satu Dark Tower yang berada di situ terdapatnya seorang lelaki duduk bersantai atas tembok batu menikmati pemandangan malam tersebut sendirian. Melihat betapa indahnya waktu itu tanpa berkedip.
Namun tidak lama kemudian seorang lagi muncul dari kegelapan lalu berdiri di situ menyertai lelaki pertama. Baru saja dia berdiri menyeluk tangan ke dalam poket seluar, seorang lagi pun muncul dari balik kegelapan dan berdiri di sebelah lelaki kedua dengan tangan bersilang di dada.
Maka dengan senyap tiga orang itu menyaksikan kejadian yang bakal mengubah hidup mereka tak lama lagi!
Tidak jauh dari Menara itu, di sebuah asrama pelajar perempuan, tempat dimana Delia berada, lain pulak ceritanya.
Masa penderitaan dia akhirnya tiba.
Ya!
Waktu penyeksaan yang Panjang lagikan menyakitkan!
Sampai tak tidur dibuatnya!
Delia yang baring di atas katil itu termenung memandang siling bilik tidur dengan mata tak berkedip dan peluh dingin merintk membasahi sekeliling dahi dan leher kerana sedang bergelut menahan sakit dan perasaan hendak menjerit. Hampir dua jam tadi dia bertarung dengan sakit mencucuk menikam pada seluruh badannya.
Rose dekat sebelah penjuru kanan bilik sudah pun tidur nyenyak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Semampu yang boleh, Delia sedaya upayanya elakkan suaranya keluar kerana tidak mahu menganggu lena Rose. Sebagai langkah berjaga-jaga dia letakkan tuala di mulut lalu digigit sekuat hatinya setiap kali rasa sakit tu bertandang seperti ombak yang menghempas pantai. Sekejap sakit sikit sekejap sakit banyak...sekejap perlahan..sekejap kuat macam di tikam berkali-kali!
Tak tahan dengan apa yang dirasai, Delia mengerengkot memeluk kedua-dua kaki rapat ke dadanya. Menangis tanpa suara sendirian di situ. Alangkah bagusnya kalau ibunya ada bersama dengan dia sekarang. Kalau ada, boleh la ibu dia kurangkan sikit rasa sakit ni!
Selain rasa sakit, dekat dalam kepala Delia sekarang, dia boleh nampak imej yang mengerikan dan suara jeritan orang dalam kesakitan dan kesusahan yang amat. Dia tak tahu kenapa, tapi dia yakin sangat apa yang muncul dalam benak dia sekarang ni ada kaitan dengan rasa sakit yang dia tanggung sekarang ni.
Sambil mengerang menahan sakit dari balik tuala yang di gigit itu, Delia bangunkan dirinya dari perbaringan. Mahu keluar dari bilik itu sebelum dia bangunkan Rose. Dengan susah payah, kasut disarung ke kaki yang berstoking olehnya. Setelah itu baru la dia gerak ke arah pintu bilik. Ketika berjalan tu, Delia peluk sekeliling badannya cuma mencari keselesaan untuk perasaan tak enak yang menjalar di seluruh badannya.
Keluar saja dari bilik tersebut, Delia menyusuri laluan koridor yang gelap dan sunyi sepi di situ. Berdetap-detap bunyi tapak kasut itu masa memijak lantai. Namun tak cukup kuat untuk menggangu sesiapa. Hanya cukup kuat untuk buatkan koridor itu bergema dengan bunyi tapak kasut tersebut.
Sebaik saja dia tiba di laman asrama, Delia berdiri dekat situ sambil dongak memandang langit yang kini dipancari dengan cahaya bulan merah sepenuhnya. Deru angin sepoi-sepoi Bahasa itu bertiup pada masa yang sama. Menyapa wajah dia yang basah dengan peluh dan panas berbahang itu. Mengurangkan sikit rasa sakitnya ketika itu.
Agak-agaknya Knight dia ada di akademi ini ke?
Dapat ke dia temui Knightnya sebelum Hunter yang menemui dia?
Dup!
Dengan kuat satu degupan yang menyenakkan dada mengasak jantung Delia hingga buatkan dia cepat-cepat cengkam kain baju tidurnya dan terduduk dalam keadaan merangkak di situ hendak dapatkan nafas. Sakitnya memang tak bawak bincang betul la!
Sambil berkerut kening menahan sakit, Delia dudukkan dirinya dalam keadaan bersimpuh dekat atas lantai seramik di situ tercungap-cungap.
Sama ada Knight yang temui dia atau dia yang temui Knight nya dulu!Dia kena ikat mereka berdua secepat mungkin supaya penyeksaan dia ini berakhir serta merta!
Lepas malam ni berlalu!Dia akan cuba cari siapakah pasangan dia!Itu misinya!
Share this novel