Part 23

Fantasy Series 5989

*Seorang langit seorang bumi memang tak ada yang nak mengalah la jawabnya*

"Serius?"tanya Delia lagi.

Sejak mereka keluar dari kelas sehingga tiba di depan blok latihan kuasa magis, sejak itu Delia tak habis tanya soalan yang sama kepada Caesar.

"Awak serius ke?Saya tanya ni.."ulang Delia lagi.

Caesar yang sudah panas telinga mula merinding jengkel. Apa lagi yang dia nak cakapkan lagi. Tak faham-faham ke? "Kau nak aku cakap berapa kali?"balasnya acuh tak acuh sambil tunduk membetulkan butang di baju kemejanya.

"Tak adalah...macam tak logik je sekarang ni...hari tu baru awak cakap yang saya ni"Delia pandang kanan dan kiri nak pastikan tak ada siapa berdekatan. Yakin bahawa di situ hanya ada mereka berdua, dia berbisik. "Huntres"sebutnya dengan berhati-hati. "Kemudian awak mengaku awak Knight saya...memang tak la saya nak percaya"bidasnya dengan jengkel.

Samseng ni jadi Knight dia?Buang tebiat ke?Tak ada ke abang yang lagi elok dan lagi bagus dari Caesar ni?

Serta merta kepala Caesar berpaling ke Delia.Dia buat muka tak puas hati masa pandang.

"Hei...kalau nak cakap tu cakap okay...tak payah nak fikir dalam kepala. Aku boleh dengar."kata Caesar dengan jengkel pulak. Kalau Delia tak suka, lagi la dia!Sudah la bingit. Serabut pulak tu!Siapa yang nak!

Mata Delia terbuka luas.Dia buat muka kejung kaku sebab terkejut. Huh?Dengar?Caesar boleh baca fikiran dia?Tipu la!

Keluhan panjang lepas dari mulut Caesar setelah dia dengar lagi apa yang Delia cakap dalam kepala tu.

"Ya!Aku dengar...so please. Berhenti berfikir..kau peningkan kepala aku!"ugh!Kenapa la dia boleh terlibat dengan minah kepoh ni!Ramai-ramai orang, Delia jugak!Serius?Apa yang ayah dia fikirkan dengan jadikan Delia sebagai Huntress dia?Serabut betul la semua ni.

"Woah!Kenapa saya tak boleh baca fikiran awak pulak?"tanya Delia dengan muka blur dia. Tadi dia boleh dengar tapi kenapa kali ni tak?

Caesar mencekak pinggang sebelum menjeling geram ke Delia. "Sebab aku sekat fikiran aku dari di baca dengan kau...aku hanya akan izinkan kau baca fikiran aku bila aku nak, selain tu aku je yang boleh baca fikiran kau. Jadi jangan nak banyak soal."

Hak alah!Suka hati! "Asal pulak?Mana boleh...tak adil la namanya tu. Kalau macam tu saya pun akan hadang awak dari baca fikiran saya jugak la.."bantah Delia dengan beria. Ah...memang tak la hanya Caesar je yang boleh tahu apa yang ada dalam fikiran dia.

"Kalau aku bagi kau masuk dalam kepala aku, entah apa kau akan sebarkan lepas kau tahu apa yang aku fikirkan...adil tak adil masalah kau.."balas Caesar dengan nada marah nak hilang sabarnya.

Delia mencebik menyampah. Serius la!Dia sanggup pilih tahan sakit dan jadikan abang handsome yang tolong dia hari tu dari Caesar. Dah la berlagak cakap pun tak ada lembutnya. "Hmph!"tangannya di silang ke dada tak puas hati. Kepalanya di palingkan ke arah lain.

Berdengus tak percaya Caesar di buat komen tu.

"Apa kau cakap tadi?"tanya Caesar sewaktu berdiri depan Delia waktu itu. "Ulang balik?" arah dia dengan jengkel. Wah..suka hati betul!Ingat semua ni benda main-main ke! Kalau dia di beri pilihan dia pun takkan pilih Delia jadi Huntress dia la!Sudah la cemerkap, jaga diri pun tak pandai, lembik lagi tu!

Delia menjuling mata menyampah. Kata boleh baca fikiran, baca la buat apa dengar dia bercakap. Berlagak!Kedekut haji bakhil!

"Awak dengar apa saya yang saya fikirkan tadi kan, jadi tak payah la suruh saya ulang balik.." getus Delia yang masih memandang ke kirinya. Enggan memandang Caesar. Buat naik darah je!

"Ya...aku dengar...tapi aku nak dengar sendiri dari mulut kau!"

Delia pandang semula ke Caesar dengan muka tak puas hati dan kening berkerut marah. "Yang awak nak naik angin dekat saya sekarang ni kenapa?"

"Sebab kau buat perangai menyakitkan hati siapa yang tak angin!"

Mulut Delia ternganga sebab tak percaya lepas dengar kata-kata Caesar. Lepas sedar sesuatu dengusan pendek lepas dari hidung dan sengih sinis terukir di bibirnya "Iya la kan...tak mungkin awak ni pasangan saya. Pasangan saya takkan tunjuk perangai menyakitkan hati seperti awak ni. Saya yakin awak cakap macam tu sebab nak kenakan saya...memang patut saya tak percayakan pengakuan awak tadi tu!"beritahu dia sambil buat muka.

"Elok la kalau macam tu...aku pun tak nak la jadi Knight untuk perempuan merimaskan macam kau ni!"balas Caesar dengan berang. Dia ingatkan pasangan dia adalah Puteri Mahkota dari Negeri Cahaya. Last-last perempuan kepoh ni pulak!Geram betul!

"Oh ya...sama la dengan saya!Saya pun tak nak la!Mulai hari ni...awak..jangan dekati saya atau saya akan sakitkan diri saya sendiri biar awak pun ikut sakit!"arah Delia sambil mengepal penumbuk menahan marah.

Rahang Caesar berketik. Dia pandang tepi muka Delia dengan bengang. Nafas dia naik turun hendak tenangkan dirinya yang turut berasa kesal. Rasanya mereka berdua takkan capai persefahaman dengan mudah kalau begini la ceritanya. Lantas dia pusingkan badan membelakangkan Delia. Menghadap pemandangan langit yang ada di depannya. Lagi bagus!

Delia pun ikut berdiri membelakangkan badannya dari Caesar. Berasa kesal dengan aturan ni. Dia masih tak percaya yang Caesar adalah Knight dia. Dia yakin Caesar cuma nak ambil kesempatan sebab dah tahu dari awal dia ni Huntress. Kalau tak mesti la Caesar takkan cari dia.

Dasar lelaki menyakitkan hati!

Ugh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience