*TAK SENGAJA TUKAR CIKGU JADI BATU*
Stop right there.
Jangan judge dulu.
Dia mengaku dia bukan Budak baik. Tapi itu tak bermakna dia jahat. Okay.
Setiap orang ada kelemahan dan keburukan masing-masing.
Nobody is perfect.
Sama la dengan dia.
Kenalkan semua, nama diberi Delia Kerrie.
Kenalan panggil Delia.
Family panggil Lia.
Kalau orang bermulut puaka panggil dia 'Half-Blood'
Beberapa bulan lepas dia adalah seorang pelajar dari Akademi Yancy berasrama penuh, sebuah akademi yang menempatkan anak-anak yang bermasalah dan perlukan perlindungan khas.
Tapi tak lagi!
Adakah dia Budak bermasalah?
Yeah!Can be say like that.
But mostly dia hanya perlukan protection. Masa dia perlukan protection ni la masalah datang dekat dia. Bukan dia yang mulakan..malah boleh dibuktikan lagi tu betapa menderitanya hidup dia selama ini. Dan keadaan jadi semakin buruk sejak bulan lepas. Semasa dia keluar untuk aktiviti outing akademi bersama 28-Budak bermasalah-kes-yang melampau-Tak-Dapat-Dipulihkan dan dua orang master untuk melawat muzium seni. Saja nak tengok hasil seni ancient apa kejadah namanya dia dah tak ingat sebab lawatan itu adalah lawatan paling membosankan yang pernah dia pergi!
Seriously!Banyak-banyak tempat dalam dunia ni muzium jugak yang di lawat. Ajak la pergi fun fair ke apa ke. Elok la jugak. Seronok la mereka.
Apapun main point dekat sini adalah insiden yang berlaku masa lawatan tu.
So ceritanya macam ni...baca elok-elok. Nanti jangan kata dia yang bersalah eh!
Masa ni mereka semua di bawa untuk jalankan aktiviti mengukir batu kononnya. Biasa la..Budak. Kalau di suruh buat benda yang di luar persetujuan mereka, memang tak la nak buat kan. Tapi itu la,...ramai-ramai Budak dekat situ, Delia jugak yang di panggil.
Tak nak cari pasal, dia ikutkan saja la permintaan masternya. Sekali entah mana silapnya, baru dia ketuk permukaan batu itu, ketulan batu itu jadi debu. Lepas tu memang riuh la!
Angin punya pasal, master dia bebeli dia sampai malukan diri dia depan orang ramai yang ada dalam kawasan aktiviti tu. Kalau sebut perkataan yang elok tak apa jugak. Ini tidak..ungkit dia half-blood menyusahkan la apa la Budak hingusan la itu la ini la...kan mendapat!Terus dia tak sengaja tukar master dia jadi batu kerana kuasa yang dia miliki terlepas guna.
Lepas kes tu, orang mula sebarkan cerita tak elok tentang Delia. Disebabkan mereka tak tahan lagi dengan masalah yang datang dari dia, mereka ambil keputusan untuk buang dia dalam akademi mereka yang tak ubah macam nak runtuh bila-bila masa.
Kerana itu, dia di depan pintu pagar Utama Akademi Magika Dark Tower sekarang ni! Serius talk!Tempat ni macam istana Disney Land. Luas, cantik dan megah. Tapi ada dua Menara hitam yang menarik perhatian dia dekat situ.
Long short, akademi ni nampak megah tapi mengeluarkan aura yang buatkan bulu roma dia meremang aneh!
"Orang ke hantu yang duduk sini?Kenapa spooky je perasaan dekat sini?"soal Delia sewaktu perhatikan ayahnya sedang bercakap dengan penjaga megastua di depan pintu pagar dari pintu kereta kuda yang di naiki.
"Jaga Bahasa kamu tu..cakap jangan cakap main lepas saja...ingat sikit kamu tu Budak baru. .Hormat itu penting."syarah ibu Delia disebelah.
Delia hanya buat muka tak kisah akan pesanan itu. Yalah..Budak baru. Entah untuk berapa lama dia tak tahu!Agaknya sebulan saja mungkin sebelum dia ditendang keluar dari sini.
"Kamu ingat lagi Blood Moon?"tanya ibu Delia tiba-tiba.
Delia yang sedang pandang keluar kereta kuda itu berpaling. Dia pandang akan ibunya dengan kening berkerut. "Kenapa dengan hari tu?"
Lantas ibu Delia memakaikan satu rantai ke atas kepala itu sebelum turun ke leher Delia. "Kamu bakal menemui Knight kamu selepas hari itu berlangsung. Jadi dengan kehadiran Knight kamu itu, dia dapat tolong kamu stabilkan tenaga dalam badan kamu dan bantu kamu.."
Ish...cerita ni lagi!Tak habis-habis lagi ke?Muak dia dengar. "Apa ibu merepekkan ni?Mana ada benda semua tu...Blood moon la apa moon la...dah la."
POK!Satu ketukan hinggap di kepala tu tak semena. "Kalau orang tua cakap tu dengarkan tak boleh ke?Perlu melawan?"getus ibu Delia setelah itu.
"Auw...sakit la!Kalau ya tak payah la pukul-pukul. Sakit tau tak!"aduh Delia serta merta sambil pegang kepalanya. "Memangnya kalau ada sekali pun, nak ke dia terima Delia sebagai pasangan mereka?Macam mana kalau orang tu pure blood?Huh?Mahunya di tolak!"getusnya setelah itu dengan jengkel sebab bengang mengingatkan tomahan dan hinaan dari orang sekeliling mengenai identitinya sebagai half blood magika.
Air muka ibu Delia jatuh bila dengar Delia cakap macam tu. Elok dia nak marah, hatinya di hambat rasa serba salah. "Delia..ibu-"
"Okay dah settle. Kamu boleh masuk ke dalam.."ayah Delia muncul dekat depan pintu pada masa yang sama. Buatkan Ibu Delia berhenti dari bercakap lepas nampak suaminya di situ.
Kepala Delia berpaling ke ayahnya dengan laju. Kening dia terangkat tinggi sebab tersentak.
Ibu Delia pula lepaskan keluhan panjangnya. Risau nak lepaskan puteri bongsunya yang seorang ni. Harap-harap akademi ni dapat latih dan jaga anaknya ini dengan jayanya. Dan Delia dapat temui pasangan Knightnya.
"Asrama ke?"tanya Delia semasa pegang tangan ayahnya untuk turun dari kereta kuda tersebut.
"Ya...asrama...tapi kamu boleh pulang ke rumah bila-bila masa kamu setiap hujung minggu."beritahu ayah Delia sambil tu.
Delia tarik muncung tak suka, berdiri saja di atas tanah itu. kepalanya di dongak ke atas memandang pemandangan megah milik akademi di depannya ini. Tangannya disilang ke dada.
Agak-agaknya The Hunter tahu tak dia dekat sini?Keningnya berkerut risau bila teringatkan penyangak-penyangak dahagakan darah tu. Kalau mereka apa-apakan pelajar lain dalam akademi ni macam mana pulak?Jadi kerja pulak dia nak selamatkan mereka nanti!
"Ayuh mari kita masuk.."ajak ayah Delia lepas tolong pimpin Ibu Delia turun dari kereta kuda tu.
Jangan lupa untuk rate cerita Tinta. Tak pun komen kalau suka. Sebagai upah Tinta buat cerita untuk Buddies semua.
Share this novel