Part 48

Fantasy Series 5989

*Passionate And Candy*

Caesar gerakkan jari untuk selak anak rambut Delia yang berada di tepi muka tu sewaktu dia pandang tanpa berkelip ke Delia. Macam mana la dia nak beritahu Delia mengenai Rose ni. Mesti Delia akan sedih. Dan hal itu akan pengaruhi dia jugak.

Bila terasa akan sentuhan Caesar di tepi pipinya ketika itu, Delia diam tak cakap apa-apa. Dia hanya balas renungan Caesar. Bila dekat-dekat macam ni, baru dia perasan yang dekat tepi mata Caesar ada parut seakan terbakar. Dan Caesar mempunyai hidung yang mancung. Buatkan kening hitam dan mencerun miliknya menonjol dan kelihatan garang bila di pandang.

Lalu mereka berdua hanya diam tak cakap apa-apa sambil membalas renungan antara satu sama lain buat seketika.

Sambil mengecilkan mata sebab kesilauan dek langit terang biru di atasnya, Delia bersuara terlebih dahulu.

"Kita dekat mana ni?"tanya Delia dengan perlahan.

Caesar gunakan tangan sebelah lagi untuk tekap tepi rahang Delia pula. Suka la dia tengok muka ni. "Taman Dandelion...belakang akademi...tempat ni biasanya padang kering...memandangkan dah tiba musim ni, kawasan ni akan penuh dengan dandelion." beritahunya.

"Kenapa awak bawak saya ke sini kalau macam tu?"mata Delia turun ke kolar baju yang tidak berbutang Caesar hingga dedahkan tulang selangka di leher itu.

Caesar tersengih. Dia kemudiannya bangun dari situ lalu bersila di situ. "Saja. Sini tak ramai orang."beritahu dia sambil hulur tangan ke Delia hendak bangunkan sekali dari situ.

Tanpa berlengah Delia capai tangan Caesar lantas bangun dari situ sambil bersimpuh. Dan duduk saja dia, matanya di sapa dengan hamparan dandelion yang penuh di sekelilingnya ketika itu. Cantik sangat!Lagi-lagi dengan pemandangan langit biru dan tumbuhan hijau yang ada di situ.

Semasa Delia asyik melihat sekeliling, Caesar ambil peluang ketika itu untuk mengucup pipi Delia satu kali dengan lekas.

Tersentak dengan tindakan tersebut, Delia palingkan mukanya hendak memandang Caesar mahu memarahi lelaki tu. "Kenapa de-"Namun baru saja dia berkata satu lagi kucupan hinggap di bibirnya. Oleh kerana ia terlalu laju dan sekelip mata, dia sama sekali tak sempat nak buat apa-apa.

"Kau cakap apa tadi?"tanya Caesar dengan muka blur kepada Delia.

Kening Delia mencerlung tajam. "Saya cakap ke-"

Sekali lagi, Caesar kiss bibir Delia. Tak bagi chance sama sekali untuk Delia habiskan kata-kata. "Sorry..tak dengar?"tanya dia lepas tu dengan muka tak bersalah macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Delia kemudiannya tekup mulut dengan belakang tangan sebelum bercakap. "Kenapa dengan a-"

Tangan yang berada di depan mulut Delia di tarik oleh Caesar jatuh ke bawah sebelum dia sondong memberi kucupan sekali lagi ke bibir tu. Saja nak sakat Delia.

"HEI!"Delia menempik kebengangan!Dia pandang ke Caesar yang tayang muka tak bersalah ke dia lepas kiss dia. "Serius la sikit!Kiss...kiss!Penampar nak?"soalnya dengan jengkel.

"Ahaha...comel je.."ketawa Caesar selepas itu. "Fine...aku serius. Apa bendanya yang kau nak tanyakan tu?"balas dia dengan renungan penuh muslihat.

Delia angkat jari telunjuk lalu di tunding penuh amaran ke depan hidung tu. "Awas eh!Awak kiss saya lagi!Penampar jawabnya." ugutnya dengan renungan bengang.

Namun di pandangan mata Caesar, Delia tak ubah macam arnab yang marah bila tak di beri carrot. "Ya-ya...tak. So apa dia?"

Sambil pandang curiga ke Caesar atas bawah, dia selesakan diri di situ lalu bertanya. "Sampai bila kuasa kita ni macam ni?Saya nak balik kuasa saya?"tanya Delia.

"Kenapa?Aku suka la kuasa kau ni.."sakat Caesar lagi sambil menguak rambut yang ada di dahi ke belakang.

Grr!Cakap dengan Caesar ni kan buat hati dia  sakit je sepanjang masa. Sebab itu dia tak suka hiraukan Caesar kalau lelaki ni muncul dalam fikirannya. "Sebab saya nak la!Di tanya lagi."dengkingnya sebelum menampar peha tu sekali.

"Auw!Sakit la."aduh Caesar serta merta menggosok bekas tamparan tu.

"Cepat la tukar balik!Saya mahukan kuasa saya semula.."rengek Delia lepas tu. Dia rimas la dengan kuasa Caesar ni. Teras kuasa lelaki ni tak tenang dalam badan dia. Asyik bergelombang je!Ianya buatkan dia asyik teringat pada Caesar sepanjang masa.

"Kiss aku kalau macam tu..."aju Caesar dengan bersahaja.

Delia buat muka. "Jangan nak bergurau la."

"Betul la...tak nak sudah. Aku tak kisah pun."Caesar topangkan tangan ke belakang lalu lunjurkan kaki ke depan sebelum dongak memandang langit biru di atasnya.

"Betul ni?"tanya Delia sambil lirik atas bawah dengan curiga ke Caesar.

Caesar pandang ke Delia. "Pernah ke aku tipu kau?"tanya dia.

"Sepanjang masa."getus Delia tanpa berlengah sesaat pun.

Caesar menjuling mata menyampah. "Suka hati situ."dia gerak hendak bangun dari situ.

Delia yang tengok cepat-cepat pegang tangan Caesar dengan kuat hingga menyebabkan Caesar jatuh terduduk di situ sebelum terbaring semula ke atas rumput di situ. Dia yang terkejut dengan keadaan itu terus pandang ke Delia.

"Apahal ni?"soal Caesar dengan kening berkerut.

Delia yang sedang nekad itu terus berbaring di atas badan itu mendekatkan wajahnya ke depan muka Caesar dengan berani. Kalau ini dapat tukar semula kuasa mereka, dia sanggup lakukannya. "Pulangkan semula kuasa saya."kata dia.

Caesar pegang bahu Delia, nak halang Delia dari menyentuh dia. Sebab dia sendiri tak tahu apa akan jadi kali mereka benar-benar lakukannya! Tapi terlambat!

Delia sudahpun pegang ke dua-dua belah pipinya lalu berikan deep kiss ke bibir itu dengan mata terpejam.

Tak semena deru angin yang kuat bertiup di sekitar mereka dan buatkan debunga dari dandelion yang ada di situ berterbangan ke udara seakan salji putih,

Maka pertukaran kuasa terjadi semula di situ tanpa pengetahuan sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience