Part 49

Fantasy Series 5989

*Farewell Mengejut*

Klik!

Delia masuk ke dalam bilik.

Rose yang sedang duduk di katil mengemas pakaian dan barang yang ada ke dalam peti pakaian tersentak. Dia berhenti dari melipat pakaiannya.

Bila Delia bertentamg mata dengan Rose dan dia nampak akan suasana sekitar katil dan lantai Rose kening dia terangkat tinggi.

"Apa kau buat?"tanya Delia sambil tunduk melihat barangan yang siap di pack serta katil yang penuh dengan pakaian.

Mata Rose gerak ke sekeliling sebelum dia kembali tunduk melipat pakaiannya. Tak boleh nak bertentang mata dengan Delia. "Aku pindah keluar."beritahunya sambil tu.

"Huh?"Delia duduk dekat katil menghadap Rose di sebelah peti pakaian tu. "Pindah keluar?Ke mana?Keluar dari dorm ni ke?"soalnya dengan muka tak faham.

Rose gigit bawah bibir lepas dengar. Susahnya hati dia sekarang ni. "Tak...pindah keluar dari akademi ni."

Delia taken aback dengan jawapan tu. Keningnya berkerut tajam. "Tiba-tiba?Tapi kenapa?Master Karina mintak kerja tempat lain ke?"soal dia tak lama kemudian.

Rose termenung sedih ke kain lipatannya sewaktu dia bekerja. Sebab dia nak lindungi Delia. Sebab tu dia kena pergi. "Ha'ah...disebabkan dia orang mintak ibu aku lapor awal. Kita orang kena bertolak lebih awal." beritahunya sebelum angkat kepala dan tarik senyuman sedih ke Delia.

Kening Delia mencerun sedih lepas dengar. Dah nak pindah?Alah...baru nak habiskan belajar sama-sama dekat sini. "Tak boleh ke kau stay dan Master Karina je yang pergi?"tanya dia.

Rose menggeleng kepala. "Kau tahu kan aku ni anak ibu. Mana la betah aku berjauhan dari ibu aku lama-lama...."balasnya.

"Alah setahun je lagi. Tak lama pun."Delia pegang lengan Rose lalu digoyangkan dengan perlahan.

"Sorry...."ucap Rose.

Delia tarik muncung merajuknya sebelum pandang sekeliling. Nak buat macam mana lagi. Dah kalau itu permintaan Rose, dia tak boleh nak buat apa lagi. "Ada apa-apa yang aku boleh tolong tak?"tanya dia.

"Tak ada....aku dah nak siap pun."beritahu Rose yang kemudiannya capai pakaian lain yang dah diap di susun dan di lipat dari atas katil itu lantas di masukkan ke dalam peti pakaiannya.

Delia diam memandamg Rose. Kening dia berkerut kerana berbelah bahagi. Dia baru rasa nak ada kawan. Selama ni dia yang selalu berpindah randah. Tinggalkan semuanya termasuk kawan-kawan dia. Sekarang
...giliran dia pulak yang rasa di tinggalkan

Tup-tup Rose akan pergi dari sini.

"Bila kau akan bertolak?"tanya Delia lepas dia diam untuk seketika.

Rose ketap bibirnya. Dia tarik nafas lalu dilepaskan dengan panjang sebelum bersuara. "Esok siang..."

"Hah?Secepat tu?Serius la?"seru Delia dengan terkejut beruk.

Rose mengangguk kepala.

Dia gerak menyumbat barangan yang ada di atas katil tanpa memandang Delia. Dia takut kalau dia ketahuan dengan Delia. Kalau dia tak pergi secepat mungkin, dia takut kalau hal yang tak baik terjadi terhadap ibunya dan terutama sekali terhadap Delia. Untuk itu ibunya serta dirinya sendiri kena pergi dari sini secepat mungkin.

"Pelik la...semalam elok je...kenapa hari ni tiba-tiba kau cakap kena pindah?"Delia buat muka tak faham sewaktu termenung memandang ke katilnya.

Untuk itu dia kena berlakon seyakin yang boleh. "Itu la...aku sendiri baru di beritahu. Ibu aku dah sedia awal dari sebelumnya. Disebabkan dia busy dengan semua persiapan dan kelas pada masa yang sama, dia terlupa nak beritahu aku."jelas Rose lagi.

Delia pandang semula ke Rose selepas itu. "Ya ke?"tanya dia lagi yang masih berasa pelik.

"Ya...betul. Kau tak percaya sudah. Buat apa aku tipu. Bukannya dapat faedah pun." beritahu Rose dengan nada bersahaja.

"Kalau macam tu jangan lupa aku pulak lepas kau pindah nanti."pesan Delia sambil mencucuk perlahan prha Rose dengan jari telunjuknya.

Rose ketawa kecil. "Ahahah..jangan risau la. Siapa la yang akan lupakan minah senget macam kau ni."ketawanya yang dipaksa.

"Apa kau cakap?Minah senget?Habis tu kau apa?Minah tiga suku?"balas Delia.

Rose tersenyum dengan lebar masa pandang muka Delia. Dia betul-betul mintak maaf. Mungkin ini kali terakhir mereka berdua bertemu. Mungkin tiada lagi hari lain. Sebab dia tak berani nak ambil risiko bahayakan Delia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience