*Serious Matter*
Setertibnya dayang hidangkan cangkir dan menuang minuman di depan Raja Blake dan Delia di meja luar balkoni istana petang itu. Sementara Caesar, Sage dan Luca berdiri tegak dekat depan pintu masuk memandang mereka berdua yang duduk saling menghadap antara satu sama lain.
Delia pandang cangkir di depannya sewaktu air hangat di tuang ke dalamnya sebelum dia beri anggukan terima kasih kepada dayang itu. "Terima kasih."ucapnya sambil tu.
Dayang itu turut beri anggukan hormat kepada Delia sebelum beredar meninggalkan tempat tersebut memandangkan tugasnya sudahpun selesai di situ.
Bila Delia gerakkan matanya ke Raja Blake, baru dia perasan yang lelaki itu perhatikan dia sejak mereka tiba di situ. "Boleh saya tahu kenapa saya di panggil ke sini?"
Raja Blake palingkan kepala lalu memandang langit hitam yang berada tak jauh dari kawasan istananya itu. Walaupun masih jauh awan hitam dan berkelabut itu dapat di lihat dari situ. "Saya perlukan kamu untuk jalankan misi pencarian kubu Utama untuk bangunkan Tentera Aragorn. beritahunya sebelum kembali memandang Delia semula.
Kening Delia berkerut. "Kubu utama untuk bangunkan tentera Aragorn?"kening kirinya terangkat sebelah. Itu ke nama tentera yang ibu dia ceritakan dekat dia hari tu?
"Ya...keadaan sangat terdesak. Para tentera dan kesatria telah banyak terkorban. Saya tak boleh kerahkan dengan lebih lagi atau sempadan negeri tak dapat di pertahankan lagi. Jumlah tentera Orc semakin bertambah. Malam tadi serangan terjadi dan sempadan hampir di tembusi. Dengan Tentera Aragorn saja kita boleh menangkan peperangan ni...once for all."beritahu Raja Blake dengan renungan serius.
Delia yang dengar pandang tepat ke mata Raja Blake tanpa berkedip.
"Menggunakan kuasa lima elemen kamu, para tentera ini dapat di bangunkan. Namun perjalanan untuk ke kubu itu bukan mudah kerana ia berada di daerah jajahan Dark Orc. Tempat dimana mereka telah kawal dengan ketat supaya tiada siapa yang hampirinya. Terutama sekali kamu."beritahu Blake lagi.
"Kenapa saya?"tanya Delia tak lama lepas tu.
Raja Blake lepaskan jela nafas pendek sebelum pandang kesal ke cangkirnya. "Sebab semua waris kamu sudah tiada. Datuk saya telah berikan kurnia kepada keturunan kamu untuk memiliki kuasa khas yang boleh bangunkan para tentera ini. Keturunan kamu adalah keturunan yang agung dan sangat dihormati oleh ramai pemerintah yang lain. Kerana itu negeri kamu adalah negeri pertama yang di jajah serta di musnahkan oleh Dark Orc. Sebab mereka tahu kelebihan yang negeri kamu miliki. Jadi sekarang harapan kami semua adalah kamu Delia."
Delia mengutil hujung jari jemari dengan resah sebaik mendengarnya.
"Berapa banyak masa yang saya ada?"tanya dia dengan perasaan teragak-agak.
"Paling lama tiga hari lagi...kalau paling cepat dua malam dari sekarang."jawab Raja Blake dengan kening berkerut risau. "Saya sedaya upaya lengahkan selama yang mungkin untuk elakkan dinding dan tembok yang di bina musnah"jawab Raja Blake.
Baru saja Delia hendak bersuara, dia terdiam sekejap lepas dengar suara aneh yang muncul dari angin yang bertiup di sekitarnya. Keningnya berkerut. Cuba pasang telinga hendak pastikan apa yang didengarnya tidak salah. Suara lelaki membaca sesuatu dengan Bahasa pari-pari berkumandang dalam kepala dia.
"Dengar tak tu?"tanya Delia kepada Raja Blake lalu ke arah Caesar dan yang lain dengan kening berkerut.
"Dengar apa?"tanya Raja Blake dengan muka tak faham.
Luca dan Sage cuba pandang kanan dan kiri mereka hendak dengar apa yang dimaksudkan oleh Delia. Tapi tak ada apa-apa pun yang mereka dengar kecuali bunyi angin bertiup.
Sementara itu, kening Caesar sudah berkerut kerana dia ikut dengar suara yang sama Delia dengar.
"Bangun la BlackHorn yang kejam!Semoga tanduk mu dibasahi darah para musuh-musuh mu...jatuh la menimpa ke atas musuh-musuh mu...berikan kegelapan di hati mereka.."gumam suara itu.
Tidak semena sesuatu seperti gelombang tenaga seakan gempa dirasai oleh Caesar hingga buatkan dia pegang dada kerana gelombang itu buatkan ulu hatinya pedih dan dadanya senak seakan di cucuk beribu jarum.
"Uhuk!"batuk Delia pula.
Sesaat kemudian, Caesar pun jatuh rebah ke atas lantai dengan muka pucat lesi tidak berdarahnya.
"Caesar!"panggil Sage, orang pertama yang nampak Caesar terjatuh di depannya.
Pada masa itu, Delia sudah terbatuk-batuk sebelum dia tunduk ke tepi dan memuntahkan darah ke lantai tersebut.
Raja Blake dengan lekas terus bangun dari situ dan dapatkan Delia lepas Nampak kejadian itu. "Delia!"panggilnya.
Sambil memuntah apa saja yang bergulum dalam kerongkongnya, mata merah merun Delia bercahaya. Dia cengkam kain kemeja di dadanya dengan erat menahan sakit akan sihir yang baru di sampaikan kepadanya. Nampaknya kedudukan dia telah terdedah!
"Kamu tak apa-apa?"tanya Raja Blake semasa tegakkan Delia semula di kerusi itu, Dia pandang wajah pucat yang berpeluh Delia dengan kening berkerut risau. "Apa yang dah berlaku?"
Delia pandang ke Raja Blake dengan nafas naik turun. "Saya tak pasti sama ada betul atau tidak...tapi saya rasa Dark Ork dah tahu saya ada di sini.."beritahunya dengan susah payah.
Menggunakan hujung lengan bajunya, Raja Blake kesat darah yang ada di bibir Delia. "Dia yang lakukan semua ni?"tanya dia sambil tu.
"Kita kena cepat kalau macam -"beritahu Delia sebelum kepalanya gerak jatuh ke belakang dan tangannya terkulai di riba tidak sedarkan diri.
"Nadi dia lemah.."beritahu Luca kepada Sage selepas memeriksa keadaan Caesar.
Sage angkat kepala memandang Delia yang di sambut oleh Raja Blake. "Tuanku...macam mana ni?"tanya dia.
Raja Blake apa lagi, dia terus gerak mencempung badan Delia dari kerusi dan dukung gaya pengantin. "Bawa dia...kemudian ikut saya."beritahunya dengan lekas sebelum gerak masuk ke dalam istana dengan langkah cemasnya.
Sage yang dengar angguk kepala patuh akan arahan itu. "Hei..tolong aku pegang dia..bawak dia ke belakang badan aku.."beritahunya kepada Luca.
Oleh kerana kebingungan Luca turutkan saja arahan itu. Risau dia dibuatnya. Sudahlah tengah gawat. Boleh pulak Caesar tak sedarkan diri macam ni!
Share this novel