Part 22

Fantasy Series 5989

*The Huntress*

Krincing~

Krincing~

Elok mereka yang ada di situ sedang tunduk membaca buku dan buat kerja masing-masing jadi tersentak.Kerana itu, kepala mereka di angkat lalu di palingkan kanan dan kiri dengan hairan sebab bunyi loceng kedengaran di sekitar mereka. Namun, mereka tidak dapat mengesan punca bunyi itu kerana semua di dalam kelas tu sedang duduk dan diam di kerusi masing-masing.

Krincing~

Krincing~

Krincing~

Sekali lagi ia kedengaran.

Semakin lama, bunyi itu semakin jelas dari arah pintu masuk kelas.

Jadi mereka yang dapat dengar bunyi bergemerincing itu pun fokus memandang ke arah pintu kelas.

Kricing~

Kali ini bunyi itu lebih jelas dan kuat.

Apabila pintu kelas terbuka, seseorang muncul dari situ dan melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Dan bila kaki itu memijak lantai kelas tersebut bunyi loceng pun kedengaran.

Kricing~

Setiap kali kaki itu melangkah, setiap kali itu la bunyi gemerincing kedengaran.

Mata mereka di situ terarah pada gadis bersanggul malas di depan mereka. Tanpa alihkan perhatian dari pelajar perempuan itu, mereka lirik ke langkah pelajar perempuan itu senyap-senyap. Berasa tak percaya sebab pelajar perempuan di depan mereka ini adalah The Huntress.

Bersama perasaan menggerutu tak puas hati, akhirnya Delia tiba di kelas posyen. Dan sebaik saja dia tiba di kelas bawah tanah, dimana kelas posyen selalu di jalankan, Delia terus masuk ke situ tanpa berkata apa-apa walaupun Master sudah sedia menunggu di meja depan kelas itu. Yalah masih awal lagi, rakan sekelas yang lain pun belum ada lagi. Dekat beberapa saat lepas dia sampai di mejanya, seorang lagi pelajar ikut masuk ke kelas itu.

Masa itu la Master Terra bersuara. "Excuse me mister Caesar Allius..apa kamu buat di kelas saya ni?"

Sedang Delia hendak menarik bangku keluar dari bawah meja dia terus gerakkan kepalanya ke depan kelas setelah mendengar nama itu di sebut. Huh? Pandang saja dia ke situ, keningnya terangkat tinggi lepas nampak Caesar berdiri di situ memandang Master Terra.

"Kelas."jawab Caesar dengan renungan tak berminat dia.

"Ya saya tahu...tapi kamu bukan di dalam kelas saya kan?"soal Master Terra dengan kening berkerut. Apa Budak bermasalah ni buat di dalam kelas dia.

"Fine...kalau macam tu Delia pun tak boleh ada dalam kelas master..."tak semena Caesar tunding jari tepat di mana Delia sedang berdiri.

Pelajar yang ada dalam kelas tu pandang tangan Caesar sebelum mereka palingkan kepala ke Delia dengan serentak. Terkejut dan hairan pada masa yang sama sebab tak pernah-pernah Caesar hadirkan diri ke dalam kelas apa lagi bergaul dengan mana-mana pelajar kini berubah angin mahu masuk ke kelas. Bersama dengan Delia lagi tu.

Delia yang dengar dah membutang mata tak percaya. Dia tunding jari ke dada sendiri. "Saya?"soalnya dengan pelik.

"Apa maksud kamu?"soal Master Terra yang mengerling ke Delia sekejap lalu ke Caesar semula sambil berkerut kening.

"Kalau saya tak boleh ada di dalam kelas ni, begitu juga dengan Delia. Titik. No argument." beritahu Caesar lagi dengan poker face. Sikit pun tak tunjuk garis takut atau gentar dari renungan itu.

Master Terra yang tak tahu nak cakap apa lagi hanya pandang geram ke Caesar sebelum lepaskan hela nafas panjang. Kalau nak berbalah dengan Caesar ni hanya akan buang masa dan memenatkan dia!Jadi dia biarkan saja. Maklumla kalau dah namanya berurusan dengan anak orang berada dan berkuasa. Begini la gamaknya!"Ya sudah. Kamu boleh ikuti kelas saya. Tapi sekiranya kamu timbulkan masalah, kamu perlu keluar dari kelas ni."

Ketika Master Terra membebel, ketika itu la Caesar gerak ke meja Delia. Dia dengan bersahaja dan selambanya tarik bangku di bawah meja itu dan duduk di situ tanpa memandang Delia sekali pun.

Sementara Delia yang masih dumbfounded dengan situasi itu pandang tak berkedip ke tepi muka Caesar. Dah kenapa pulak dengan mamat sengal ni?Tak cukup menakutkan dia dan sekarang nak jadi stalker dia pulak?

"Apa yang awak cuba buat sekarang ni Caesar?" tanya Delia dengan kening terangkat. Dia cucuk tepi lengan tu dengan jari sambil tu.

Caesar kemudiannya palingkan kepala. Dia pandang Delia tanpa berkata apa-apa untuk beberapa saat. "Pilihan untuk kau...biarkan aku atau aku akan rampas rantai yang kau pakai tu...My Huntress.."Setelah itu dia tarik sengih sinis meleret sambil menjungkit kening sebelah kiri mencabar Delia.

Terkejut dengan apa yang dia dengar dalam kepala ketika itu, Delia menahan nafas terkejut sewaktu memandang Caesar dengan mata terbutang luas. What the heck! Tak mungkin!Kenapa dia boleh dengar suara Caesar dalam kepala dia?Apa lelaki ni dah buat?

Caesar hanya berdengus mengejek bila tengok reaksi Delia.

"Yup...suka atau tak. Aku Knight kau!Selamat bekerjsama wahai Huntress yang dihormati!" dengan jelas suara Caesar kedengaran dalam kepala Delia. Dia tak nak hal semalam berulang lagi!Sebab itu dia kena buat macam ni. Walaubagaimanapun, untuk elakkan Delia di apa-apakan atau di sakiti, dia kena berada dekat dengan Delia tak kira apa sekalipun keadaannya.

Hampir hendak terduduk dekat lantai di buatnya. Delia pegang meja tu untuk sokong badannya serta merta. Kaki dia tiba-tiba jadi jeli sebab terkejut yang amat sangat.

Tipu!

Tak mungkin lelaki sengal ni pasangan dia!

No way!

Memangnya tak ada orang lain ke!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience