*Serangan Terakhir*
Seperti yang diarahkan oleh Delia, dua orang Knight tadi berdiri dekat depan tembok batang pokok itu lalu tekapkan tangan mereka ke dinding itu. Sesaat kemudian permukaan kayu itu mula diselaputi dengan kepingan ais putih.
Pada masa yang sama Luca dan Sage berusaha pertahankan diri mereka dari serangan warg yang hendak membaham rakan mereka yang lain.
Caesar yang tidak mahu lepaskan peluang turut menyerang satu daripada warg yang ada di situ. Dia menggelongsor di atas tanah itu sebelum sampai di bawah kangkangan haiwan tersebut, Masih dalam keadaan menggelongsor itu dia hunus pedangnya ke bawah perut binatang tersebut lalu di belah sepanjang bawah leher hingga ke hujung ekor. Rebah la binatang itu ke bawah tak lama kemudian. Luca yang lihat ambil kesempatan untuk memegang kepala goblin yang menungang warg tersebut.
SPLAT!
Terpelanting kepala goblin itu di atas tanah betul-betul dekat depan kaki Delia.
Membutang mata Delia masa dia lihat mata yang terbuka luas milik kepala Orc itu. Takut punya pasal dia tending ia jauh darinya sebelum memandang dua Knight yang masih berusaha bekukan dinding kayu itu.
"Dah boleh dihancurkan belum?"tanya Delia dengan tidak sabar.
"Sikit lagi!"beritahu Knight pertama dengan tangannya sudah kebiruan dek ais yang sejuk itu.
Tidak semena pada masa itu dua anak panah berdesup melintasi tepi kepala Delia lalu mengenai dinding kayu di depannya ketika itu. Menahan nafas terkejut dia dibuat kemunculan anak panah itu. Sekali masa dia palingkan kepala dia Nampak goblin dengan busur panah sedang memandang dia tidak jauh dari tempat dia berdiri. Namun tak sampai sesaat dia pandang Luca muncul dari tepi lalu menerkam goblin itu hingga jatuh ketepi dan goblin itu bertukar menjadi debu kemudiannya.
Wow!
Amazing!
"Awak tak apa-apa Delia?"tanya Luca selepas berdiri dari melututnya di atas tanah tu. Dia pandang risau ke arah Delia ketika itu dengan nafas naik turun dan darah mengalir dari dahi tu.
Tak tahu nak cakap apa, Delia hanya mengangguk kepala beritahu yang dia tak apa-apa.
"Okay!Dah."laung Knight kedua tak lama selepas itu.
Tersentak dengan makluman itu, Delia hadap ke tembok yang tadi hasilnya adalah batang kayu kini berubah menjadi dinding ais. "Caesar..."panggilnya dalam kepala ketika itu. "Masanya dah tiba..arahkan semua naik ke atas pokok sekarang jugak. Saya tak nak gelombang kuasa saya ubah sesiapa jadi batu dekat sini.."
"Baik"balas Caesar yang membunuh goblin terakhir dengan kuasa awan hitamnya. "Kau orang!Naik atas pokok sekarang!"teriaknya selantang yang boleh.
Pada mereka dengar arahan itu dua goblin di hancurkan menjadi cebisan debu dengan serentak dan warg yang terakhir di pegang kepalanya oleh Sage.
"Macam mana dengan Delia?"tanya Sage semasa yang lain sudah memanjat pokok yang ada di situ tanpa berlengah.
Caesar pandang ke Sage lalu tepuk bahu lelaki tu. "Pergi je. Tunggu sampai masanya tiba."pesan dia sebelum dapatkan Delia yang sedang berdiri sendirian depan dinding ais di situ.
Sage yang masih dalam keadaan berbelah bahagi terpaksa turutkan arahan itu. Dia mula panjat pokok di situ dan berdiri di atas dahan pokok untuk memerhatikan rakannya dari jauh.
Sambil membuat rengangan supaya tak salah guna kuasanya, Delia Tarik hembus nafas beberapa kali nak prepare sebelum dia mula gunakan kuasanya.
"Semua dah sedia."beritahu Caesar yang muncul di sebelah Delia tak lama kemudian.
Kepala Delia berpaling memandang Caesar. "Kalau macam tu pecahkan dinding ni"arah dia sebelum matanya bercahaya merah merun dan kedua-dua tangannya mula mengeluarkan cahaya kelabu.
Tanpa berkata apa-apa, Caesar berikan satu tumbukan berkuasa penuh ke permukaan dinding ais itu.
KEDEBUM!
Satu letupan besar terjadi di situ sehingga menciptakan deruan angin yang kencang dan bergelombang. Tetapi Delia dan Caesar berdiri teguh di situ apabila dinding di depan mereka runtuh sepenuhnya Bersama serpihan ais berterbangan di Udara.
Runtuhan dinding itu akhirnya mendedahkan satu kumpulan goblin dan orc yang berkumpul dekat laluan masuk sebuah laluan yang menuju sebuah bangunan yang berada tidak jauh dari situ. Bila orc dan goblin di situ Nampak Delia dan Caesar sahaja yang berdiri depan mereka. Mahkluk-makluk itu mula menyeringai menunjukkan barisan gigi dan wajah kotor berminyak dan basah dengan cecair busuk masing-masing. Maka tanpa berlengah mereka yang berjumlah puluhan ekor goblin dan Orc itupun menerjah kearah Delia dan Caesar beramai-ramai Bersama senjata di tangan mereka.
Pada masa itu la Caesar gerak ke belakang badan Delia dan berdiri di situ sambil pegang belakang tu. Memberi sokongan dan pada masa beri perlindungan untuk badan Delia supaya tidak overused tenaga.
Sementara Delia depakan tangannya ke kanan dan kiri lalu melepaskan letupan gelombang kuasanya ke arah mahkluk di situ tanpa berlengah lagi.
BERDESUM!
Satu bunyi yang kuat hingga mengilukan telinga mendengar, tiupan angin meledak ke seluruh kawasan itu. Dan dalam masa beberapa saat sahaja, dari tumbuhan, pokok, peralatan senjata dan mahluk yang berada di depan Delia telah berubah menjadi batu yang kukuh seakan di siram simen.
Senyap sunyi tempat itu.
Tiada satu bunyi pun kedengaran.
Luca dan Sage yang saksikan kejadian itu tergamam kerana melihat beratus hektar dari kawasan itu sudah berubah menjadi batu, termasuk tanah di bawah mereka. Mujur la hanya batang pokok di situ saja yang menjadi batu bukan di bahagian atas tempat mereka bergayut.
Setelah serangan terakhirnya berjaya, mata bercahaya Delia berubah menjadi normal sebelum dia gerak hendak rebah ke belakang kerana berasa lemah dan terkejut akibat kuasa yang di gunakan sebentar tadi.
Mujurla Caesar ada di situ, dia sempat sambut badan Delia dan dukung badan itu gaya pengantin serta merta. "Kau okay?"bisiknya di depan muka yang berada di atas bahu dia.
Delia angguk kepala. "Pening sikit"jawabnya dengan mata terpejam dan kening berkerut.
"Kalau macam tu mari kita akhirkan misi ni serta merta."ajak Caesar yang masih memandang wajah tu.
Perlahan-lahan Delia buka mata dia lalu pandang ke atas dengan susah payah Bersama rasa pening dan sakit di dadanya ketika itu. Dia balas tatapan Caesar bersama senyuman nipis di bibir.
Share this novel