Part 64

Fantasy Series 5989

*Hero Konon!Kalau namanya pelajar, tanggungjawab pelajar still kena buat*

"Huargh."nguap Gibson dengan air mata keluar dari tepi mata selepas dia tak berhenti menguap. Letihnya jangan cakap. Selepas bertarung bagai nak rak dan nyawa hampir melayang, tiada siapa tahu siapakah hero yang telah selamatkan nyawa semua orang. Termasuk la orang dalam akademi ni. Tak siapa kisah, tak siapa tanya.

Tak cukup dengan tugas sebagai Royal Guardian, masuk-masuk akademi kena hadap kelas, kerja master yang sudah bertimbun tak sempat di siapkan. Hadiri kelas awal pagi. Aduhh...sampai ke sudah perjalanannya ini tiada penamatnya.

"Huargh!"nguap rakannya, Negolas yang ikut serta akan misi menyelamatkan negara di sebelah meja.

Hal itu di sedari oleh rakan mereka yang duduk di meja depan. Mereka berpaling dan pandang akan rakan mereka.

"Kau orang ni kenapa?Letih betul aku tengok?Tidur lambat lagi ke?"

"Iya...dah la tak masuk kelas, datang-datang tunjuk muka toya macam tu?"

"Hei..jangan la cakap macam tu...entah-entah dia orang jaga anak ke apa.."

Seloroh mereka di situ yang sama sekali tidak sedar apa yang telah terjadi kerana segalanya perlu dirahsiakan.

Gibson dan Negolas hanya menjuling mata menyampah sebelum jatuhkan kepala mereka ke meja. Malas nak layan. Dari layan mereka berborak better mereka tidur sementara tunggu master mereka masuk ke kelas.

Tidak lama selepas itu, seorang master berjalan masuk ke dalam ruangan tersebut. Dia memberi arahan kepada pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing dan mula memberi makluman mengenai kehadiran dan peperiksaan yang akan mendatang sebelum musim sejuk tiba. Selesai ambil kehadiran dan sebagainya, baru la dia mulakan sesi syarahannya yang mengantikan tempat Master Karina mengajar.

20 minit selepas sesi pembelajaran di mulakan, tidak semena pintu kelas itu terbuka dan muncul Delia di depan itu dengan muka tak sempat berias dan pakaian selekeh tak sempat dikemaskan kerana terlewat masuk ke dalam kelas gara-gara terlajak tidur.

"Ha-ha-Ma-afkan..ha-ha-saya master."ucap Delia sambil tercungap-cungap mencari nafas kerana berlari tanpa henti semata nak tiba di kelas ini.

Master Tiana mencekak pinggang tak puas hati semasa melirik akan penampilan Delia. "Jadi kamu la pelajar legenda yang dikatakan sering datang lewat ke kelas ni?Saya tak sangka akan bertemu dengan kamu secepat ini?"komen dia.

Pelajar-pelajar dalam kelas itu berdengus hendak ketawa lepas dengar.

Sambil Tarik sengih tak bersalahnya, Delia garu belakang kepala dia kerana kekok. "Heheh...so?Master izinkan saya masuk ke kelas atau tidak."

"No!Keluar dari kelas saya."arah Master Tiana sambil tunding jari keluar ke kelas.

Terus mencebik bibir Delia lepas dengar. Alah..kalau macam ni banyak la yang dia ketinggalan. Bersama bahu jatuh hilang semangat dia gerak berpaling dari situ dan keluar melalui pintu di situ.

Lepas perhatikan Delia keluar dari situ, Master Tiana ternampak akan dua pelajar lelaki yang meletakkan kepala atas meja di depannya. Ini lagi satu. "Kamu berdua yang dekat belakang tu!Keluar dari kelas saya kalau kamu datang ke sini untuk tidur."

Kepala Gibson dan Negolas dengan serentak tersentak. Mereka pandang terpinga-pinga ke master mereka.

"Keluar sekarang!"arah Master Tiana dengan jengkel. Apa la nak jadi dengan anak-anak di akademi ini?Memangnya mereka datang sini hanya untuk bermalas-malasan dan tidur semata aje ke!Haih!

Dengan rela, dua orang itu bangun dari situ dan gerak keluar dari kelas tu. Yalah, mereka sendiri tak boleh nak angkat kepala, apa gunanya mereka duduk di dalam kelas tu. Berdiri saja mereka di luar kelas, mereka bertembung dengan Delia yang sedang merenggus menguak rambut keletihan dekat situ.

"Kau terlajak tidur ke?"tanya Gibson kepada Delia sebelum menguap.

Negolas sendeng ke Gibson dan rehatkan pipinya ke bahu Gibson sebab tak larat nak buka mata. Dia perlukan tidur sekarang ni.

"Umm.."jeda Delia dengan letih. "Kau orang kena halau gak ke?"

Gibson mengangguk kepala. "Ha'ah..kau nak join sekali ke laman akademi dengan kita orang ke?"aju dia.

"Mana-mana je..asalkan aku dapat baring sekarang.."keluh Delia yang capai tangan Gibson sebelum sandarkan pipi ke lengan tu.

Masa itu la Gibson lenyapkan mereka secara tiba-tiba dari koridor itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience