*Friend Rivalry*
KEDEBAM!
Pintu bilik umum Majlis Pelajar terbuka dengan kasar hingga buatkan orang yang duduk dalam bilik tu pun palingkan kepala sebab terkejut. Beberapa orang yang sedang duduk melakukan kerja masing-masing turut tersentak.
"Sage!"panggil Caesar sewaktu mendekat.
Sage yang duduk di belakang meja wakil pelajarnya itu angkat mata ke atas lantas memandang Caesar dengan renungan dingin. Dia tidak menyahut. Apa pulak lagi ni.
"Aku nak kau arahkan Budak-Budak dari Upper West Side supaya berundur.."beritahu Caesar lepas berdiri di depan meja itu, "Budak-Budak kau dah buatkan The Hunter tak berani datang dekat ke perangkap aku...!"
Beberapa orang anak buah Sage gerakkan mata mereka lepas dengar Caesar cakap macam tu. Oops!Kantoi la pulak.
"Oh...kau dah tahu?"tanya Sage.
Caesar lepaskan dengusan kasar. "Mesti la aku tau...sebab kau aku hapus seorang daripada pengintin aku sebab nak tutup rahsia aku. Alang-alang kau dah tau, better aku beritahu secara depan-depan."
"Kenapa aku kena buat macam tu?"balas Sage.
"Kau jelas-jelas tahu kenapa kan?Sebab dia orang aku tak boleh nak tangkap seorang pun pemburu-pemburu tu.."lafaz Caesar dengan muka tak percaya. Dia perlukan maklumat dari mereka secepat mungkin.
Sage tidak hiraukan rakannya itu. Dia malah selak helaian buku teks yang sedang di pegang ketika itu.
Melihat sikap acuh tak acup Sage buatkan Caesar merinding geram. "Aku serius ni...please la."
"Bukan aku tak nak, aku tak boleh biarkan dia orang dekat dengan kawasan akademi ni...arahan dari dekan sendiri. Kau sendiri tahu ayah aku tu macam mana..."ujar Sage sewaktu naikkan kaki atas meja dan sandar ke belakang membaca bukunya. Sebagai pelajar contoh dia kena sentiasa update ilmu dan maklumat supaya dapat catch up pelajaran dan lebih faham lagi.
Kening Caesar berkerut, air muka marah dia bertukar keruh lepas dia tengok reaksi Sage. Kenapa kawan dia ni berlagak tenang macam tahu sesuatu. "Kau tahu sesuatu ya?"soalnya.
Sage buat poket face tak ada perasaan dia masa dengar soalan tu. Dia tahu sesuatu atau tidak, bukan urusan Caesar untuk ambil tahu. "Beritahu aku dulu...kenapa kau terdesak sangat nak dapatkan maklumat dari para pemburu tu?Apa yang kau cari sebenarnya selama ni?"
Dalam diam-diam Caesar mengepal penumbuk menahan sabarnya. Dia nak cari keberadaan Puteri Mahkota dari Negeri Cahaya yang hilang tu. Seperti yang dinyatakan dalam wasiat ayahnya, dia perlu cari siapa puteri mahkota yang hilang tu dan lindungi puteri mahkota tu. Dan kini semuanya jadi serabut lepas kejadian Blood Moon berlaku. Kalau dia sempat temui puteri mahkota itu sebelum kejadian ni berlaku, pasti dia dah jadi Knight buat puteri mahkota tu. Bukan Delia! Semua ini gara-gara kumpulan Upper West Side milik Sage yang halang rancangan dia!
Sage tarik sengih sinis meleret lepas Caesar diamkan diri tak nak jawab soalan dia. "Kalau kau tak boleh nak share apa yang kau tahu, buat apa aku share perkara yang aku tahu dekat kau pulak?"beritahu dia dengan renungan dingin.
Caesar buat muka dalam konflik masa balas renungan Sage. Dia pandang wajah rakan yang telah sama-sama dengan dia membesar untuk di latih menjadi Knight dengan kening berkerut. Dia bukan tak nak beritahu, sama seperti Sage, dia pun ada misinya yang tersendiri.
Bersama-sama Luca, Sage dan juga Caesar sendiri serta beberapa orang lagi pelajar lelaki yang lain, mereka berasal dari pusat latihan yang sama. Iaitu akademi latihan Knight sejak kecil lagi. Selepas masing-masing berusia 16 tahun mereka di pindahkan ke akademi tempat dimana dekan akademi ini adalah ayah kepada Sage. Mereka menetap di sini dan belajar pada masa yang sama lindungi para Huntress yang di tempatkan di sini. Sama ada dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan mereka.
Mana-mana pelajar perempuan yang masuk ke akademi ini akan di lindungi oleh pihak akademk. Cuma ada yang mereka tahu pelajar perempuan itu Huntress atau tidak terpulang pada kemahiran masing-masing.
Jadi kalau ada Huntress di dapati dalam akademi ini, rasa persaingan tu sangat-sangat tegang dan serius. Sampaikan persahabatan bertahun lama mereka pun boleh rosak kerananya. Lagi-lagi lepas bertahun lama merekantunggu saat seperti ini.
"Fine...kalau kau tak nak bagi pelepasan...aku sendiri akan cari Hunter tu.."akur Caesar yang malas nak berbalah dengan Sage. Lagipun Sage ni seorang yang keras kepala dan berego tinggi, kalau mereka bertekak memang sah yang menangnya adalah Sage. Dia pun berpaling dari situ dengan muka kesal dan ke bengangnya.
Sage nampak belakang badan Caesar yang sepertinya merajuk akan dia. Terkesan dengan kata-kata itu, Sage turunkan kaki dari meja lalu lepaskan keluhan panjang sebelum berkata. Haih...kena beritahu jugak la ni. Kawan punya pasal dia mengalah. "Ada Huntress dalam akademi ni...sebab tu la aku tak boleh berikan pelepasan kepada kau sebab risau kalau pemburu tu kesan dia dekat sini...ayah aku pesan hal tu pada aku."beritahu dia sambil perhatikan langkah Caesar pergi dari situ.
Rakan-rakan Sage yang sebenarnya Knight juga berpaling memandang Caesar. Menanti reaksi dari lelaki tu.
Bila Caesar dengar, dia terus berpaling semula untuk menghadap Sage. Keningnya berkerut. Apa?Maksudnya dari awal lagi Sage dah tahu ke? Takkan la Huntress yang dimaksudkan tu adlaah Delia. "Kau dah tahu siapa?"tanya dia selepas itu.
"Itu aku tak boleh beritahu"Sage tarik sengih meleretnya. Mana dia boleh dia beritahu. Nama pun protokol. Even Caesar adalah rakannya sendiri, dia takkan dedahkan hal penting macam tu je.
Caesar hanya buat muka. Fine. Dia tak perlu tahu pun. Ada Huntress seorang pun tak boleh nak hadap apa lagi ambil tahu tentang yang lain. Urusan dia yang satu ni pun tak settle lagi. Tanpa berkata apa-apa lagi dia pun berpaling dan keluar dari situ.
Kena hadap Delia pulak lepas ni!
Lepas pintu bilik umum itu tertutup, rakan Sage yang berada di atas sofa bersuara. "Tak apa ke biarkan dia cari pemburu-pemburu sendiri?"
Sage pandang ke rakannya itu setelah dengar soalan tersebut. Kalau dia masuk campur bukannya Caesar akan terima. Malah di marah lagi adalah. "Pandai-pandai la dia...urusan dia. Biar la dia yang uruskan sendiri lagipun dia ada anak buahnya untuk bantu dia."jawabnya yang kembali membuka buku dan sambung membaca semula.
Share this novel