Part 39

Fantasy Series 5989

*Nak Pujuk ke Nak Tambahkan lagi!*

Selepas habiskan masa selama berjam lamanya di pekan, akhirnya Delia dan Rose pulang ke akademi mereka. Habis singgah ke kedai pakaiah, Delia ajak Rose balik. Pertama sebab dia penat. Kedua sebab dia sudah tiada mood setelah kejadian yang berlaku di Lorong tu. Rose pun yang memang dah penat menurut tanpa banyak bunyi.

Lepas tangan penuh dengan barang mereka masing-masing bila sampai ke dorm tumbang ke katil kepenatan. Tak susahkan diri untuk kemas atau tukar pakaian.

Rose yang paling banyak beli barang terlentok sesaat kemudian lepas terbaring di katilnya.

Sementara Delia hanya diam termenung memandang ke siling bilik dengan tangan dekat atas perut.

Naik turun perutnya ketika dia cuba tenangkan diri supaya tidak naik angin di situ dan buatkan eletrik yang ada di akademi tersebut mati semuanya.

"Mana kau Delia?"tidak semena suara tu muncul dalam kepalanya.

Delia yang dengar buat tak peduli akan pertanyaan tu. Hatinya sedang sakit dan kejengkelan.

"Please...beritahu aku...kau dekat mana?" tanya Caesar lagi yang kedengaran seperti lelaki itu ada di depan mata. Sedangkan tak ada pun. Ianya hanya la suara dalam kepalanya.

Sambil menggesel-geselkan giginya, Delia cengkam kuat jari jemari yang ada di perut dia kegeraman.

"Kau nak orak arik satu pekan ni untuk cari kau atau kau beritahu aku sendiri kau dekat mana sekarang ni?"ugut Caesar dengan mendatar.

Delia menjuling mata menyampah. Itu saja la tau Caesar. Ugut...ugut....dah tak ada modal lain agaknya.

"Asrama."beritahu Delia selepaa dia diamkan diri untuk seketika selepas Caesar bertanya.

"Keluar."arah Caesar.

"Tak nak."protes Delia sewaktu dia bangun dari perbaringannya. Dia mahu masuk ke bilik air. Nak cuci muka.

"Perlu ke kau bertekak dengan aku masa aku cakap elok-elok?Nanti aku berkasar kau cakap aku apa?"bebel Caesar.

Delia tak balas. Dia tanggalkan kot labuh dari badan lalu gerak ke pintu bilik air yang ada di sebelah kanan dinding bilik itu.

Pulas saja tombol itu, Delia langkahkan kaki ke dalam ruangan itu. Sesaat kemudian lantai berjubin itu bertukar kepada lantai kayu dengan tiba-tiba. Dan suasana bilik air tadi bertukar menjadi suasana bilik tidur yang cozy sekelip mata.

Tersentak Delia setelah itu. Matanya di kedipkan beberapa kali hendak pastikan yang dia tak berkhayal ketika itu.

"Apa yang-?"kerana terlalu terkejut dia tak dapat nak habiskan kata-kata lepas sedar yang pintu bilik airnya telah di jadikan sebagai pintu ajaib untuk tembus terus ke bilik tidur Caesar.

Tanpa membuang masa, Delia pun berpaling hendak pergi dari situ. Memang tak la dia nak lama-lama dekat sini.

Toleh saja Delia ke pintu itu, mukanya tersembam ke depan satu permukaan hingga buatkan dia undur ke belakang sebab terkejut.

"Nak ke mana?"tegur Caesar dekat depan pintu itu. Dia maju ke depan serta merta.

Delia terpaksa la undur ke belakang nak jauhkan diri.

KLIK!

Pintu bilik tertutup apabila Caesar masuk ke dalam dan berdiri membelakangkan laluan keluar itu.

Tanpa alihkan matanya dari Delia, Caesar dekati Delia sambil tanggalkan sarung tangan hitam di tangannya ketika itu.

Mata Delia dah gerak kanan dan kiri nak cari laluan keluar dari situ sewaktu kakinya mengundurkan diri. "Balik."beritahunya sambil.tu.

Sarung tangan itu di campak ke tepi begitu saja."Baru datang takkan nak balik.." kata Caesar sewaktu kot dari badan pulak yang ditanggalkan.

Buk!

Delia terlanggar katil yang ada di belakangnya sebelum dia terduduk di situ sebab tak perasan dan tak sempat nak di elak. Tapi lepas terduduk tu, dia cepat-cepat bangun nak gerak ke tepi.

Namun begitu, Caesar lagi cepat. Dia campak kotnya ke lantai sebelum pegang lengan Delia sewaktu Delia gerak hendak bangun. Lengan itu ditarik olehnya sebelum dia tolak badan tu tumbang ke atas katil sesaat kemudian.

"Ah"aduh Delia apabila dia terbaring ke belakang dengan mengejut tiba-tiba. Sambil berkerut kening dia letak tangan ke dada Caesar untuk tolak badan tu jauh darinya pula. "Apa ni!Bangun sekarang!"gelutnya.

Tangan dekat dada itu di capai Caesar sebelum dia bawa kedua-dua tangan Delia di atas kepala. "Kau marah?"bisik dia di depan muka Delia dengan perlahan setelah itu.

Delia tidak bergelut, dia hanya pandang mata yang ada di atasnya dengan kening mencerlung. "Awak nak pujuk ke nak tambahkannya lagi?" soal dia dengan nada jengkel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience