*Hari Yang Indah*
Beberapa hari kemudian.
Chirp!
Chirp!
Chirp!
Bunyi ciapan burung menyanyi menghuni kawasan laman berumput Istana Cordania. Suasana indah dan permai menghuni seluruh kawasan itu. Para pekebun sibuk dengan tugas mereka, dayang dapat di lihat ke hulu dan hilir melakukan sesuatu. Pengawal istana dan Royal Guardian menjalankan tugas mereka untuk mengawal keselamatan sekeliling istana sambil berborak sesama mereka.
Sejak berlalunya peperangan yang terjadi, keadaan sudahpun kembali tenang ke sedia kala. Penduduk dan rakyat sama-sama pulihkan diri untuk kesan dari serangan Raja Dark Orc. Walaupun begitu mereka tidak berputus asa atau kekal dalam kesedihan.
Walaupun ramai yang telah terkorban semasa peperangan yang berlangsung selama 20 tahun ini, mereka semua gagahkan diri untuk jalani hidup dengan kenangan insan tersayang yang meninggalkan mereka Bersama senyuman di bibir.
Tiada siapa salahkan sesiapa. Semua orang telah lakukan yang terbaik terutama sekali Raja Cordania sendiri yang telah banyak korbankan diri untuk keselamatan negara dan rakyatnya. Betap syukurnya rakyat Cordania kerana di kurniakan seorang raja yang berhati mulia yang sanggup berkorban demi mereka semua sekalipun ianya mampu meragut nyawa raja mereka sendiri.
Sebab itu la mereka tidak mahu berputus asa dan sama-sama bangunkan semula kehidupan mereka yang musnah dengan setulus hati. Untuk tidak sia-siakan usaha raja mereka selama ini.
Di tingkat dua bangunan utara sayap sebelah kanan istana
Angin sepoi Bahasa bertiup masuk ke dalam bilik tidur itu, menerbangkan angin yang penuh dengan aura positif dan sihatnya sebelum menggerakan anak rambut yang menutupi sebahagian kening itu. Pergerakan dari anak rambut itu perlahan-lahan menggesek mata yang sedang terpejam hingga buatkan lena orang itu terganggu.
Sambil berkerut kening hendak terjaga, kepala itu bergerak sedikit kanan dan kiri sebelum akhirnya membuka mata dengan susah payah. Rasa berat di kelopak mata buatkan dia yang mahu sedarkan diri rasa jengkel. Hairan kenapa la berat sangat, sekali bila pandangannya di sapa dengan cahaya terang, suara ngerangan lepas dari bibir tanpa sengaja.
Silaunya!
Bila dia berniat mahu mengangkat tangannya, sesuatu yang berat berada di tangan dirasai serta merta. Hairan dengan hal itu, dia pun buka matanya sebelum Nampak wajah yang berada dekat dengannya sedang tersenyum lebar.
"Abang handsome dah bangunla..."sapa Delia kepada Raja Blake lepas lihat mata itu terbuka dengan luas memandang dia kerana terkejut.. "Hai...tuanku.."ucapnya dengan nada perlahan dan ceria. Lega kerana dapat jugak dia lihat mata ini terbuka,
Lalu muncul Caesar dekat belakang Delia yang sedang duduk dekat katil sebelah badan Raja Blake. Dia pegang bahu Delia sewaktu memandang Raja Blake. Dia turut beri senyuman nipis di bibir kerana lega dan sebak kerana melihat raja yang sudah dianggap seperti abang dan sahabatnya sendiri sedar dari koma sejak beberapa hari yang lepas.
"Apa yang berlaku?"tanya Raja Blake dengan suara serak cracknya. Mereka menang ke?Rakyat dia selamat?Mana yang lain?Kenapa Delia dengan Caesar je di sini?Sage dengan Luca tak apa-apakan?Raja Dark Lord dah di kalahkan?
Delia beri tepukan lembut ke dada Raja Blake untuk tenangkan lelaki itu,"Shhh...jangan risau. Semuanya dah selesai. Sekarang tuanku boleh berehat...kita dah menang..semua orang selamat. Semuanya atas jasa tuanku."beritahunya sambil tu.
Wajah risau Raja Blake berkurangan lepas dengar. Jantung dia yang berdegup kencang tadi perlahan-lahan kembali tenang dek tepukan yang di berikan oleh Delia. "Iya ke?"
Caesar mengangguk kepala."Semuanya atas jasa tuanku. Terima kasih tuanku."ucapnya dengan seikhlasnya. Dia tak tahu nak balas semua kebaikan Raja Blake terhadap mereka semua di sini.
Delia tersenyum lebar. Dia tatap wajah yang masih ada kesan calar itu dengan perasaan senang. Rasa macam nak peluk je crush dan hero dia ni. Hahaha!Gembiranya tak boleh nak digambarkan. Apa yang dia tahu, dia lega sangat sebab tiada apa-apa yang berlaku kepada Raja Blake. Masa dia temui lelaki ini, menangis dia dekat situ kerana fikir sesuatu tak baik telah terjadi. Sekali lepas di check, masih bernafas rupanya. Jadi mereka terus bawa Raja Blake ke istana dan rawat lelaki ini dengan kuasa penyembuhan dia dan Caesar silih ganti.. Sehingga la ke hari ini.
Bersama hela nafas lega lepas darinya, Raja Blake kembali memejamkan mata kerana sebak dan bersyukur sebab semuanya telah selesai dan selamat. Wajah rakan-rakan seperjuangannya turut bermain dalam fikirannya saat ini. Tak sia-sia mereka korbankan diri untuk pertahankan dia. Tidak semena, ketika itu la satu pelukan yang hangat dan baru haruman manis menerpa dirinya.
"Terima kasih sebab masih hidup lagi.."ucap Delia semasa tunduk memeluk sekeliling badan tu dan pipinya di rehatkan ke bahu tu.
Terkejut dengan gesture itu, mata Raja Blake terbuka serta merta sebelum dia terpandang akan Caesar yang memberi senyuman 'tak apa-apa' kepadanya lepas Delia peluk dia.
"Anggap saja pelukan Delia itu adalah pelukan dari kami semua untuk tuanku.."beritahu Caesar sewaktu tunduk memandang Raja Blake.
Sambil tersenyum senang, Raja Blake lingkarkan sebelah tangan ke belakang badan Delia dan balas pelukan itu sebelum naik memegang kepala Delia. "Terima kasih jugak untuk usahanya.."balasnya sewaktu tepuk kepala tu dengan perlahan.
Delia tersenyum. Kalau dia ada abang, dia nak ada abang macam Raja Blake!
Share this novel