*SALAH KELAS*
Setahun kemudian..
Tap!
Tap!
Tap!
Dengan lekas kaki berkasut kilatnya lari merentasi koridor lengang tanpa penghuni di situ. Bukan tak ada orang. Ada orang....cuma itu la...dia lambat bangun lagi hari ni!
Hareeyyyy!
Kalau dikira kelewatan dia ni ibarat emas...memang kaya la jawabnya dia setahun duduk sini. Tak payah susah payah cari duit lagi dah!
Sampai saja di depan pintu kelas, tanpa berlengah pintu itu di tolak olehnya dalam keadaan tercungap-cungap. Sumpah!Kalau lama-lama macam ni, dia boleh jadi pelari terpantas dalam akademi ni. "Maafkan saya master!"ucap Delia dengan lekas setelah berdiri di depan kelas tersebut dalam keadaan tunduk 90 darjah serta merta. Mesti kena pelangkung lagi macam dua hari lepas.
5..
4..
3..
2..
1..
Huh?
Kenapa diam?
Kenapa master Sejarah dunia sihir dia ni senyap tak bersuara?
Bukan ke orang tua ni akan terpekik-pekik kalau dia masuk lambat?
Pelik dengan situasi tersebut, Delia pun kembali tegakkan badan dia untuk pandang ke depan. Sekali lepas dia pandang, muka yang dia tak pernah Nampak dalam kelas sedang memandang ke arah dia.
What the heck?
Kejung membatu Delia lepas sedar situasi apa yang dia sedang hadapi sekarang ini!
Kira-kira 20 pasang mata semua terarah pada Delia yang mengenakan uniform serba tak terurus tu. Tali leher longgar, baju kemeja tak dimasukkan dalam skirt, stoking pun sebelah Panjang sebelah pendek. Rambut di sanggul malas sampai anak rambut bersepah dekat muka tanpa make up atau hiasan itu.
"Delia Kerrie...bukan?"tegur master lelaki yang sedang memegang bekas posyen di tangan depan meja seorang pelajar. Jelas-jelas master ini bukanlah master yang ajar subjek sejarah untuk Delia.
Wo!Kenal dia ke?Famous rupanya dia ni kan!"Hihihi..oops sorry!"belakang kepalanya di garu sebab rasa kekok tiba-tiba. Hak alah! Salah kelas la pulak. "Maaf..."ucap Delia segan silu di situ. Ini kelas posyen la!Adeh!
Tanpa berlengah dia berpaling dan keluar dari kelas tersebut lalu gerak ke kelas yang ada di depannya pula.
Sebenarnya bukan dia saja-saja lewat.
Dia ada alasan yang kukuh kenapa dia sering lewat masuk ke kelas.
Memandangkan Delia hanya la seorang half-blood badan dia tak dapat nak adapt sepenuhnya dalam dunia magika ni. Macam alergik la. Cuma side effect sebagai half-blood ni hanya terkesan di dunia magika saja. Kalau di dunia manusia biasa, dia tak apa-apa. Cuma kalau dia duduk dalam dekat dunia magika, kuasa dia pulak asyik tak dapat nak di bendung. Sebab itu ayah dan ibunya hantar dia ke dunia magika dan menetap di sini untuk elakkan hal tak sepatutnya berlaku di dunia manusia biasa.
Setiap malam, Delia akan di ganggu mimpi buruk yang mengerikan dan perasaan sakit seakan berpuluh ribu mata bilah pedang menikam-nikam di badan. Sakitnya kalau sikit tak apa. Ini tidak, sampai ke tulang temulang! Gara-gara sakit itu lena Delia sering terganggu. Dia boleh tidur pun pada waktu subuh saja. Kiranya dia ni macam kelawar jugak la. Malam berjaga siang lena.
Knock!
Knock!
Pintu diketuk oleh Delia selepas dia berdiri di depan pintu yang tertutup rapat itu.
Untuk kurangkan beban ni, dia kena cari siapa Knight a.k.a bakal pasangan dia untuk bantu dia hilangkan rasa sakit ni pada malam Blood Moon yang biasanya terjadi beberapa tahun sekali. Beberapa hari saja lagi umur dia genap 18 tahun, dan pada hari yang sama akan berlakunya kejadian Blood Moon itu.
"Masuk!"panggil suara dari dalam kelas tidak lama kemudian.
Selain menetap dari satu akademi ke akademi yang lain demi dapatkan perlindungan, sebenarnya Delia dalam misi mencari Knight dia juga. "Maafkan saya kerana lewat.."ucapnya sambil menolak pintu ke dalam kelas dan berdiri di situ.
Pelajar dan master yang sudah lama memulakan pelajaran itu palingkan kepala ke Delia dengan serentak selepas perasan pintu kelas terbuka.
"Kamu lagi...kamu lagi...dalam akademi ni dah tak ada orang lain yang selalu lewat ke kelas!"bebel Master Karina kepada Delia sambil mencekak pinggang.
Sambil beri senyuman kerrang busuknya, Delia beri tunduk mohon maat. "Maafkan saya master..."ucapnya lagi. Lantas dia pandang ke masternya dengan puppy face dia. Rasanya dekat sini ada ke knight dia nanti?Kalau tak ada?Apa dia patut buat lepas Blood Moon terjadi?
"Sudah...duduk sana. Untung kamu, hari ni mood saya baik. Kalau tidak,kamu habis saya bebelkan." ujar Master Karina dengan menyampah.
Berasa lega, Delia tanpa berlengah terus ke tempat duduknya yang ada di depan sekali dan baris kedua berdekatan dengan pintu. Agaknya tadi masa keluar bilik tadi dia langkah kanan agaknya!
Hahah!
Share this novel