*The Squad Without The Leader.*
"Apa tu?"tanya The Hunter bila mereka nampak dinding kaca yang melindungi Delia.
"Sh*t!Royal Guardian!!Dia orang ada dekat sini!"sebut The Hunter yang lain.
Pada masa mereka menyedari keadaan itu, lima kelibat muncul secara tiba-tiba di situ dari pelbagai arah. Ada yang muncul dari atas. Ada yang muncul dari dinding bangunan di situ. Ada yang muncul dari belakang seorang dari mereka. Ada juga yang muncul betul-betul dekat sebelah Hunter yang mahu menikam Delia tadi.
"Cis!Ini perangkap!"laung Hunter yang lain sewaktu mereka Nampak lima orang yang mengenakan pakaian biasa di situ muncul dengan serentak dengan mengejut.
"Berundur!""laung rakan Hunter yang lain pula dengan cemas.
Delia yang saksikan kemunculan mereka di situ sudah terbeliak mata dengan luas sebab terkejut yang amat sangat. Bukan terkejut dirinya di selamatkan. Tapi terkejut bila Nampak Luca, dua orang dari rakan sekelasnya ada di situ sekali.
Seperti pahlawan yang cekap, mereka di situ tanpa berlengah keluarkan senjata dari balik lubang pentagram yang terhasil di Udara mahupun dari tanah di situ lantas di libas ke arah pemburu-pemburu di situ.
Luca yang munculkan diri di sebelah Hunter yang mahu menikam Delia tadi sudahpun keluarkan bilah petir dari tangannya lalu di lontar tepat ke dada Hunter tersebut sebelum badan itu meledak menjadi debu halus.
Melompat terkejut Delia sewaktu saksikan kejadian pembunuhan yang terjadi di depannya ketika itu. Dia kerling ke Luca. Dia ingatkan Luca akan tunjukkan emosi dekat muka tu, tapi tak. Bersama renungan dingin, Luca tikam dan pergi dari situ untuk menyertai yang lain selepasnya.
Dua orang rakan sekelas Delia pula melawan baki Hunter yang lain disamping rakan sepahlawan mereka yang lain.
Pemburu pertama gerak hendak menikam belakang badan rakan Delia, namun baru dia hendak hentak senjata itu,seorang lagi Knight yang bukan pelajar akademi muncul di belakangnya. Knight itu cekau belakang kolar Hunter tersebut lalu mencampak tubuh itu ke dinding dengan satu balingan yang padu hingga buatkan bila badan Hunter itu terhentak ke dinding, dinding itu pecah meninggalkan lekuk retak di situ.
"Tinggalkan seorang untuk hidup!"beritahu Luca semasa gerak mahu berlari ke arah penyerang yang mahu lontarkan bola cahaya ke rakannya.
Dua orang rakan Delia yang handle seorang dari mereka di situ dengar, lantas kekang diri dari gunakan kuasa mereka sebaliknya hanya tangan dan kaki mereka saja yang bergerak mengerjakan badan Hunter di depan mereka.
Mata Delia gerak kanan kiri dengan kalut sewaktu perhatikan pergerakkan tangkas dan pantas Luca serta rakan-rakan lelaki itu di depannya.
Sampai saja Luca di belakang Hunter yang sedang mencekik separuh mati rakannya, dia keluarkan bilah petir dari tangannya lantas di tikam ke belakang badan tersebut serta merta sebelum Hunter itu meledak menjadi debu sesaat kemudian.
"Argh!"teriak Hunter terakhir setelah dirinya di kekang oleh dua orang rakan sekelan Delia ke dinding di situ. Sementara rakan-rakannya yang lain sudah dihapuskan oleh Knight yang lain.
Delia yang berada dalam bulatan pentagram itu tidak dapat ke mana-mana selain terduduk di situ tak bergerak sejak tadi kerana terlalu pegun menyaksikan lagat lima lelaki di situ. Sumpah!Dia terkejut sangat. Dia tak faham apa yang berlaku sekarang ni?Kenapa mereka dekat sini?Kenapa bukan Caesar?Kenapa bukan Knight dia yang selamatkan dirinya sekarang ni??Ke mana lelaki tak guna tu?
Baki tiga orang lagi Knight kemudiannya gerak mendapatkan Delia yang terperangkap dalam bulatan pentagram mereka. Luca serta dua orang Knight itu melutut dekat atas lantai berbatu itu sebelum tekap tangan di permukaan tersebut. Mahu hapuskan sihir pendinding dari situ sepenuhnya.
Sesaat kemudian dinding kaca dan bulatan pentagram yang ada di sekeliling Delia pun hilang.
Setelah itu mereka bertiga berdiri semula dan Luca gerak dapatkan Delia yang terduduk dalam keadana bersimpuh di situ.
"Hai....awak okay?"hulur Luca tangannya ke Delia untuk di sambut.
Okay!?Serius?Tanya dia soalan tu lepas semua ni terjadi?!Terus mencerun kening Delia, dia pandang tangan Luca sebelum di tampar ke tepi. "Jangan awak nak berhai dengan saya bagai!"getusnya sewaktu bangun dari situ dengan marah!
Luca hanya buat muka tak kisah dengan rejection itu. Dia perhatikan Delia dari atas ke bawah nak pastikan tiada yang luka atau kurang dari badan tu.
"What the hell is going on right now?"tanya Delia sewaktu pandang tak percaya ke Luca. "Dan awak berdua...asal awak berdua boleh ada dekat sini?Mana Caesar?"tanya dia satu persatu dengan marah dan jengkel. Berani-berani betul ya!Sudah la jadikan dia umpan!Biarkan dia dekat jalan mati ni sendirian!Dibiarkan lagi tu jadi sasaran mereka. Kalau terlambat tadi macam mana?Tak ke sia-sia dia hidup!
Mereka di situ pandang ke Delia termasuk Hunter yang di biarkan hidup oleh mereka dengan kening terangkat. Terkejut dengan suara marah tu.
"Bawa bertenang Delia.."minta rakan sekelas Delia pula.
"UhHH!"berdengus tak percaya Delia di buatnya. Dia cekak pinggang sebelah tangan sambil kuak rambutnya dengan tangan sebelah lagi kasar-kasar. "Jadi ini tujuannya?Jadikan saya umpan?Hah?Supaya awak semua dapat tangkap Hunter ni?"tunjuk dia ke Hunter di situ sewaktu pandang ke Luca.
Luca cuba buka mulut hendak bersuara. Kening dia berkerut serba salah. Alahai..."Delia...saya-"
Delia lempar tangan dengan kesal ke sisi lalu menggeleng kepala.
"You know what..beritahu dekat lelaki tak guna tu jangan jumpa saya!Dan jangan tunjuk muka dia depan saya lagi!"lafaz Delia sebelum beredar dari situ dengan langkah marahnya. Mahu mendapatkan Rose semula. Serius beritahu!Dia takkan hiraukan Caesar lagi!
Luca pandang tak percaya ke langkah Delia lepas Delia pergi dari situ.
Sementara mereka dekat situ yang tercengang silih ganti pandang antara satu sama lain sebelum terarah pada Hunter yang berada dikekangan mereka.
"Well at least kita ada back up untuk Caesar lepaskan marah dia lepas dia dapat tahu hal ni nanti."komen seorang dari mereka di situ.
Share this novel