Part 3

Fantasy Series 5989

*Tiga Makcik Berambut Hijau Lumut Tak Ubah Seperti Si Ular Berkepala Tiga*

Akademi Magika Dark Tower.

Ia dinamakan sempena dua Menara yang dibina sebagai teras kuasa dan pendinding keselamatan akademi ini. Dua Menara ini juga adalah sumber tenaga Utama buat semua pelajar di sini. Ia memiliki sebuah kuasa yang sangat kuat dan menganggumkan. Tanpa Menara ini, seluruh bangunan dan tanah di kawasan akademi ini akan mati.

Akademi ini menempatkan para penuntut dari seluruh daerah, negeri dan tempat.

Maka dengan itu pelbagai ragam dan jenis manusia juga wujud di dalam akademi ini.

Yang comel, yang bengis lagi menakutkan,

Yang cantik berlagak bergaya seperti di sini adalah fashion runaway

Yang handsome tapi perangai macam mintak penyepak.

Yang pandai nak mampus tapi pendiam macam mulut tu di lekat dengan gam gajah ditanya tak jawab dimintak tunjuk ajak buat pekak badak.

Yang kaya macam dalam dunia ni dia seorang saja berharta

Dan paling awesome sekali, orang yang memang berkuasa, pandai, kacak dan pendek ceritanya pakej untuk semua kategori yang di nyatakan turut berada di dalam akademi ini.

Kalau orang lain major dalam semua kategori ni.

Pasti akan ada yang MAJOR dalam perkataan LOSER dan UNDER-ACHIEVER!

Macam dia!

Ugh!

"Kenapa kau tak makan?"tanya Rose kepada Delia yang menopang dagu pada tapak tangan kanan dan termenung memandang sekitar dewan makan tu.

Delia kerling ke Rose, rakan sekelas seni pertahankan diri a.k.a roommate yang dia kenal sejak hari pertama ketibaannya di akademi ini. Dah setahun mereka bersahabat.Tapi kelas Rose lain, gadis ini adalah pelajar pandai dan merupakan anak kepada salah seorang master di akademi ini. Rose seorang gadis yang memiliki ketinggian sederhana. Tidak rendah tidak tinggi. Sedang-sedang sahaja. berambut bob cut pangkal leher beranak rambut menutupi dahi. Buatkan muka tu Nampak bulat macam anak patung China. Serta seorang yang peramah.

"Kau makan la situ...aku kenyang lagi."beritahu Deia yang ketika itu sedang focus ke arah sebuah meja dimana tiga orang makcik berambut hijau lumut yang tak ubah seperti Si ular berkepala tiga di situ. Mentang-mentang la senior dan berpengaruh, boleh pulak ya mereka gunakan kuasa mereka itu untuk kenakan orang yang lemah?Dia yang perhatikan sejak tadi dah mula merinding jengkel!

Ramai je yang nampak apa yang tiga orang pelajar perempuan tu lakukan terhadap dua orang pelajar lelaki yang tak berdaya di situ.

Namun tak ada siapapun yang sudi nak masuk campur atau hulurkan bantuan.

Sambil ketawa jahat, mereka bertiga di situ dengan seronok gonyoh makanan dekat mulut dua orang tu sampai comot muka tersebut dengan sisa krim dan sos. Kalau muka je okay lagi, ini tidak dengan rambut-rambut sekali di sapu rata dengan makanan dan minuman di situ. Sudah la dua orang tu dalam keadaan merangkak dekat lantai. Depan orang lagi tu!

Malu tak malu tu?

Rose perasan akan perhatian Delia yang terarah ke satu tempat, jadi dia pun ikut palingkan kepala untuk pandang. Dan sebaik saja dia nampak apa yang buatkan Delia hilang focus terhadapnya, kening Rose terangkat tinggi. Lah...geng Upper East Side rupanya. Dia pun kembali pusingkan kepala ke Delia dan berkata.

"Kau jangan masuk campur urusan dia orang. Sejak awal tahun lagi dia orang suka tunjuk perangai over powering dia orang tu...."beritahu Rose.

Delia turunkan tangan dari dagu dengan marah lalu pandang ke Rose sambil berkerut kening dengan tak puas hati. Geez! What a b*tch!"Aku tahu tu...masalahnya dia orang makin lama makin menjadi-jadi..ingat dia orang tu siapa?Ratu sampai orang semua kena patuh dan takut pada?"soalnya dengan nada tak percaya.

"Nak buat macam mana...ah tiga orang tu adalah anak kepada matron terkenal dalam negeri ni. Siapa cari pasal memang cari nahas la namanya. Sebab itu tak ada siapa yang berani nak usik dia orang.."balas Rose sambil suap potongan akhir sandwich ke dalam mulut.

So what!Matron ke Patron ke Petron ke!Peduli apa dia!Buli tetap buli!Siapa mereka sebenarnya bukan urusan dia untuk difikirkan!

"Tapi sayang"beritahu Delia masa kerling ke Rose lalu ke arah tiga orang yang berada dua meja jauh darinya di situ. Tak kali ni!Dia dah nekad. Apa nak jadi. jadi la!Lantak situ. Bila orang sakit dia akan ikut tanggung sakit tu!

"Apa yang sayangnya?"soal Rose sambil mengunyah makanan dalam mulutnya.

Maka Delia pandang semula ke Rose lalu beri senyuman paling manis dia.

"Aku bukan berasal dari negara magika ni...so kuasa dia orang takkan bagi effect pada aku..."dia dah tak tahan lagi. Awal masuk memang la dia tak berani nak masuk campur. Masalahnya dah setahun dia hadap perkara yang sama. Hari-hari tengok dia orang kenakan Budak-Budak junior dan bawahan macam dia seperti kain buruk seperti itu!Naik muak dia sampai nak makan pun tak lalu.

"Apa kau nak buat?"tanya ROse yang dapat mengesan sesuatu yang tak baik bakal di lakukan oleh Delia berdasarkan aura yang sedang bergelombang dekat sekeliling badan tu. "Jangan kau cakap kau nak-"

"Hehe...yes i'am.."terus Delia bangun dari situ. Dia langkah dari meja ke seberang tempat Rose duduk sebagai jalan pintas, Malas nak pusing jauh punya pasal. Sambil dia jalan mendekati meja dimana tiga orang makcik rambut hijau berada, sambil tu dia gerak mengikat satu rambut Panjang dia dengan gelang getah hitam di pergelangan tangannya waktu itu.

Sekarang tengok siapa ratu siapa hantu!

akaun aku yang lag atau NP ni yang lagging?Haih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience