Part 28

Fantasy Series 5989

*Hide And Seek.*

"Kau ada kelas lagi ke lepas ni?"tanya Rose kepada Delia di depannya.

Delia yang sedang menyumbat makanan dalam mulut pada masa yang sama perhatikan Donna dan dua lagi sidekick perempuan itu pun bersuara. "Kenapa?"sejak hari tu, Donna dah tak berani nak pandang apa lagi hiraukan dia. Setiap kali mereka bertembung dengan dia, sebolehnya mereka mahu jauhkan diri dan mengelak. Baru tahu takut...dia dah bagi warning awal-awal kan. Bila dah terhantuk baru nak terngadah!

"Saja tanya...sebab lepas ni aku ada kelas menari dah Bahasa asing."beritahu Rose dengan nada merajuknya. Penat la belajar ni..ibu dia asyik aturkan jadualnya sepadat mungkin. Tiada ruang langsung nak berehat. Dalam seminggu ada 7 hari. Lima hari di luangkan untuk waktu di akademi. Dua hari di luangkan untuk kelas tambahan dan latihan. Nak pecah otak di buatnya.

"Oh ya...good luck for that. Sebab lepas ni aku dah tak ada kelas...maybe aku lepak dekat library.."beritahu Delia yang kemudiannya alihkan perhatiannya ke Rose. Dia pandang muka rajuk rakannya dengan sengih nipis di bibir. "Alah kau ni...jangan la nak monyok sangat. Yang pandainya kau jugak nanti..yang untungnya kau jugak...tak ada ruginya pun." pujuknya.

Rose lepaskan dengusan pendek mengejeknya. "Kau cakap senang la...kau dalam lima hari hanya enam subjek. Hari minggu kau boleh rehat. Kalau beruntung kau keluar dari akademi untuk pulang ke dunia manusia kau tu.."selorohnya dengan nada kecewa. "Aku ni hah kalua boleh 24/7 belajar."

Baru saja Delia nak bersuara tiba-tiba di dalam kepalanya muncul suara Caesar. Lelaki tu panggil dia. Tapi dia tak menyahut. Ooh...tengok siapa yang cari dia!

"Delia!"panggil Caesar dalam kepala dengan marah.

Senyap!Dia tak balas.

"DELIA KERRIE!!!!"panggil Caesar lagi.

Sambil tikam ceri tomato yang ada di pinggan dengan geram. Delia bersuara dengan lantang dalam kepala."APAHAL!"

"Jangan kau tinggikan suara kau dekat aku! We need to meet!Now!"

Jumpa?Delia berdengus mengejek dengan perlahan sebelum suap ceri tomato itu ke dalam mulutnya lalu di kunyah dengan berselera."Tak nak!Jangan dekati saya!Saya tak nak jumpa dengan awak!"

"Jangan sampai aku cari kau...datang jumpa aku sekarang!"

"No!"telan saja sisa makanan dalam mulutnya dia capai piala minumannya lalu di sisip sedikit air itu.

"Berapa lama lagi kau nak macam ni!Kita kena ikat pertalian secepat mungkin!"

Tersengih dia. Kalau bukan kerana mengenangkan Rose ada di depannya ketika ini, sudah lama dia ketawa. So funny... ingatkan Caesar takkan mengalah dalam masa sedekat ni? Takkan la rasa sakit sikit dah nak mengalah?Tak gentle betul!"No!Saya tak nak dengan awak!"fikirnya lagi dalam fikiran.

"Kau nak terus macam ni?Hah?Aku tahu la kau kuat nak tahan semua sakit ni!Masalahnya ia membabitkan orang yang tak sepatutnya terlibat!!"marah Caesar lagi.

Dekat seminggu Caesar cuba temui dia dan dekatinya. Tapi dia yang bersikap licik ini pandai menyorok dan elakkan diri dari di temui oleh Caesar.

"Cari orang lain!Saya tolak awak Caesar Allius sebagai Knight saya. Berapa kali saya nak beritahu!" bantah Delia dengan tegas dalam kepala Caesar.

"Fine...kau nak aku yang jumpa kau sendiri. Better kau menyorok dengan baik...sebab hal ni takkan berakhir dengan baik Delia Kerrie!"

Game on!

"Hei...aku kena gerak dulu...jumpa kau dekat dorm nanti."pamit Delia semasa bangun dari meja itu.

Rose serta merta dongak memandang Delia. "Hah?Dah nak pergi ke?"tanya dia dengan kening berkerut.

"Sorry..."sengih Delia sewaktu keluarkan kaki dari bangku tu lalu berjalan lekas ke arah pintu keluar dewan makan itu.

Berdiri saja di depan pintu dewan tu, Delia pandang kanan dan kiri koridor hendak lihat arah mana dia mahu pergi. Apabila hatinya tergerak hendak ke kiri, dia pusing ke kanan. Tanpa berlengah dia mula gerak menyusuri koridor tersebut dengan sengih di bibir. Bukannya susah mana nak menyorok dari Caesar ni. Dah dua minggu dia cuba hilangkan diri dari di lihat oleh Caesar. Jadi untuk kali ni rasanya dia tak ada masalah.

KEDEBUK!

Tak pasal-pasal muncul seseorang dari selekoh sebelah kanan koridor dimana Delia mahu melintasi melepasinya. Berlanggar saja mereka, Delia terundur ke tepi beberapa langkah dengan muka terkejutnya.

"What the hell?"lafaz Delia dengan kening mencerun tak puas hati.

"Oops...sorry. saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?"

Bila Delia pandang siapa yang langar dia tadi, kening mencerunnya semakin berkerut. "Luca...saya ingatkan siapa tadi."lafaznya dengan menggerutu. Lelaki ni lagi!Kenapa la asyik nak muncul depan dia sepanjang minggu ni. Memangnya dah tak ada orang lain apa untuk dia bertembung dengan.

"Hai Delia..maaf. Saya nak cepat tadi masa belok, tak perasan pulak awak ada sekali." kata Luca.

"It okay..."balas Delia sebelum gerak hendak menyambung langkahnya semula.

Namun begitu Luca pegang lengan Delia dan halang Delia dari pergi dari situ. "Eh...awak nak ke mana?"tanya dia.

Delia berpaling, lalu tunduk memandang tangan yang berada di lengannya sebelum pandang ke muka Luca pula. "Saya tak rasa ianya ada kaitan dengan awak.."beritahu dia dengan renungan judging. Sibuk nak tahu kenapa?

"Percaya atau tidak. ianya memang urusan saya. So ke mana awak nak pergi?Kalau awak rancang tak ke mana-mana. Mari ikut saya.." ajak Luca yang mengeratkan cengkamannya di lengan Delia.

Bila Delia dah rasa pelik dengan tingkah Luca, dia mula pulas lengannya supaya di lepaskan. "Dah kenapa ni?Lepas la!"mintanya.

Reaksi mesra Luca terus berubah menjadi gelap. Renungan riangnya terus menjadi serius. Dia Tarik Delia dengan kuat mendekat kepadanya hingga buatkan badan itu bersandar ke dadanya. "Sorry but not sorry...saya kena lakukan hal ni Delia...saya tak larat nak tanggung sakit awak tu setiap malam dan setiap hari Delia.."beritahunya setelah itu.

Sambil membutang mata terkejut sewaktu pandang muka Luca, Delia cuba gerak menolak tubuh tu jauh dari dia! "Apa awak nak buat ni!"tanya dia dengan mata menjegil bulat. Apa yang Luca merepekkan ni!Apa lelaki ni nak buat pada dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience