*Serangan Troll dan Hellbound di tentang Tentera Berpokok*
"Argh!"teriak Delia pertama-pertama sekali lepas Nampak binatang di depan mereka mula berlari menerkam kearahnya. Dia gerak ke tepi mahu larikan diri.
"Luca!"panggil Caesar semasa dia hasilkan satu lohong pentagram ke Delia sebelum buatkan Delia di telan lohong itu.
Apabila namanya di panggil, Luca hulurkan tangannya ke arah hellbound pertama sebelum bulatan pentagram muncul di depan tapak tangannya lalu ia berpusing-pusing mengeluarkan ribuan bilah kaca seperti ais darinya lantas ditembak ke arah hellbound tersebut.
Sage Bersama dengan rakan kesatria yang lain gerak menyerang hellbound kedua dengan pedang yang di salurkan kuasa padanya. Tanpa rasa gentar mereka berlari ke arah hellbound itu dan melibas badan itu berkali-kali dan menikamnya tanpa teragak-agak.
Lohong yang menelan Delia tadi buatkan Delia bertukar tempat dari atas tanah ke atas dahan pokok di situ. Bika dia tergantung di situ, dia boleh Nampak segala yang terjadi.
Caesar dengan cekap melompat ke Udara menggunakan piring pentagram Bersama pedang yang disalurkan dengan kuasa cahaya merah merun yang mana milik Delia ke Udara lantas menikam tepat ke atas kepala hellbound pertama tadi.
"HUARGHHH!"suara troll mengaum kedengaran tak lama kemudian sebelum bunyi sesuatu di patahkan muncul dari kejauhan,
Jadi Delia berdiri di atas dahan tu untuk lihat apa yang datang. Sekali bila dia nampak akan kelibat kepala-kepala troll jalan mendekati tempat itu, mata dia terbuka luas. Kuantiti mereka terlalu sedikit untuk lawan troll yang bersaiz tiga kali ganda lebih besar dari mereka ni.
Lepas dia tengok kehadiran troll yang berada tak jauh dari kedudukan mereka berada sekarang, Delia pandang ke lapan lelaki yang sedang bertarung habis-habisan menentang hellbound di bawah pokok tempat dia berlindung.
"Hish...tak pasal-pasal betul la."sungut Delia lepas dapat tahu, kalau dia tak masuk campur mereka semua akan cedera sebelum sempat tiba ke Kubu Tentera Aragorn! Mahu tak mahu, dia turun dari pokok itu sesaat kemudian. Susah la jugak sebab dia bukan pahlawan terlatih. Dia hanya anak perempuan yang terlebih manja dan menyusahkan! Jadi dirinya pun terjatuh atas tanah dalam keadaan terduduk seperti karung guni.
Setelah itu, Delia kemudiannya cepat-cepat tanggalkan sarung tangan yang terpasang di tangannya itu sebelum menekup kedua-dua tangan di permukaan tanah.
Kalau dia tak cukup kaki dan tangan. Dia akan cipta kaki dan tangan yang secukupnya untuk menentang troll tu nanti. Walaupun dia tahu apa yang dia akan cipta sebentar lagi bakal membunuh mereka semua!
Caesar yang sedang bergelut hendak bunuh hellbound pertama yang sejak tadi tak mati-mati walaupun dan banyak kali di cederakan itu ternampak Delia dekat depan sebuah pokok. Terus menempik dia dibuatnya. "Delia!Apa kau buat tu?! Naik atas pokok semula!"panggil dia sambil menghadang mulut hellbound di depannya yang ketika mahu membaham dia.
Delia tak dengar. Malah dia tumpukan kuasa elemen tanahnya di situ. Kalau berlengah mereka semua bakal menjadi habuan troll dan hellbound di sini.
Berdesup kuat bunyi dengung di telinga lepas mata dia mengeluarkan cahaya. Dan masa ini la dia membaca serampahnya.
"Rowanku...aku melihat kau bercahaya,dibawah atap dedaunan yang tertidur...ketika aula belantara menjadi hijau dan sejuk..kembali la kepadaku....bangkit la si penjaga tanah...bangunlah pokok-pokok ditanah...jadikan kaki dan tanganmu sebagai senjata memansuhi musuh ku..."habis saja bacaan serampah itu di lafazkan satu ledakan cahaya bertebaran di permukaan tanah sebelum menyentuh akar dan menjalar sepanjang batang dan berakhir di hujung ranting pokok-pokok di situ.
Terduduk dia lepas tu dengan nafas naik turun sebab gunakan kuasa elemen benar-benar memakan tenaga. Buat seketika, Delia diam menanti apa yang akan berlaku. Masa dia tengah tunggu,

Pada masa itu lah enam ekor troll muncul dari celah kegelapan dan mengaum lantang di depan mereka semua. Bersama senjata di tangan tanpa membuang masa, troll-troll tersebut menghayun dan menghentak senjata mereka ke arah Caesar dan rakan-rakannya yang masih bertarung dengan hellbound sebentar tadi.
SNAP!
Kriitt~~~
PRAK!
Bunyi sesuatu disentap dan selangi dengan bunyi dipatahkan mulai bergema dalam hutan itu. Delia yang dengar jelingkan matanya dengan laju ke tanah di bawahnya. Mula dia diam dan perhatikan permukaan tanah tu. Tidak semena satu akar meletup keluar dari situ hingga buatkan tanah tempias mengenai mukanya. Oh shoot! Kuasa dia telah berhasil. Tanpa berlengah dia pun cepat-cepat bangun dari situ sebelum berteriak sekuat hatinya.

"Lari semua!LARI!!!!!"jerit Delia bila tanah dekat kaki dia mula bergerak, akar-akar pokok yang berada dalam tanah mula melantun keluar ke serata tempat. Tanah bersepah-sepah ke sana sini mengenai muka, rambut dan pakaian.
Caesar yang dengar akan teriakan Delia gerak hendak dapatkan Delia tapi tak sempat bila sebuah pokok yang berada berhampiran dengan dia tiba-tiba bergerak lalu berdiri tegak mempunyai kaki hingga buatkan dia terjatuh ke belakang sesaat kemudian.
"Oh my gosh!What the hell is going on here!!!"lafaz Sage sewaktu tunduk dirinya dari dilibas ranting pokok yang tiba-tiba muncul dari belakang lalu mengenaiai hellbound yang asalnya nak menerkam dia.
Hasil libasan itu buatkan hellbound tersebut tercampak ke jauh di situ tapi sesaat kemudian ia penyet di pijak satu dari pada pokok-pokok yang mula berjalan dan bergerak ke sana sini.
Troll di situ hayun hendak tumbangkan pokok yang menghalang laluannya namun ia di tumbuk dengan tangan pokok tersebut sebelum troll itu tumbang ke sisi lantas kepalanya itu kemudiannya di pijak hingga pecah berderai dengan kaki pokok yang sama.
Sewaktu keadaan di situ huru hara dan kelam kabut, Delia lari ke arah dimana Luca dan Caesar berada. Sekejap dia tunduk sekejap dia meniarap, sekejap melompat gara-gara nak elak dari pokok yang berada di situ. "Lari!Pokok-pokok ni akan alihkan perhatian dia orang!"laung Delia semasa tiba di depan Caesar dan Sage yang terpisat-pisat bangun lepas di timbus dengan tanah dari kebangkitan pokok-pokok di situ.
"Delia apa yang awak dah buat?"tanya Luca.
"Lari je la!"Delia capai tangan Caesar dan Luca sebelum Tarik mereka untuk lari di celah pokok-pokok yang cuba menumpaskan troll di situ.
Sage dan lain ikut berlari ke arah yang sama dengan susah payah lalu menyertai Delia serta Luca dan Caesar tak lama kemudian masuk lebih dalam ke dalam hutan tersebut Bersama bunyi ngauman troll dan rintihan hellbound yang di belasah oleh pokok yang digerakkan oleh Delia itu.
Share this novel