*Hidup Normal bukan segalanya*
Selepas pulang ke rumah dan nikmati makanan yang dimasak oleh ibunya, Delia berehat untuk pertama kalinya dengan lena tanpa menanggung rasa sakit. Tapi malam tu jugak dia telah mengakibatkan satu blok apartment tu kesejukan sebab eletrik mati.
Tak pasal-pasal betul.
Tiada siapa yang tahu, tapi ibu dan ayah Delia yang sedia maklum kejadian itu angkara siapa, mereka berdua la yang tolong uruskan masalah itu sehingga selesai.
Esok paginya pula mereka satu keluarga keluar sama untuk bersarapan sebelum bertolak ke tempat pengamal perubatan ahli sihir yang tinggal menetap di dunia manusia biasa yang di pandu oleh ayah Delia sendiri.
Termenung la Delia sepanjang perjalanan itu. Dia topang dagu pada pintu kereta tu melihat keluar tingkap. Melihat pemandangan sekeliling bandar mewah yang kini diselaputi salji dimana-mana. Semuanya Nampak putih dan basah!
Musim sejuk. Musim paling tidak di sukai oleh Delia.
Nak tahu...
Bezanya duduk dekat dua dunia yang berlainan banyak sebenarnya.
Ada pro dan kontra.
Pronya semuanya moden dan lebih convenient
Kontranya, cuacanya..fuh!Kalau dah sejuk, sejuk sangat, kalau panas, panas sangat, kalau dah lembab, lembab sangat
Disebabkan sudah lama dia tak duduk dekat dunia manusia, rasa pelik itu ada lepas dia jejak kaki di bandar ni. Bunyi bising, bau, Udara serta kesibukan yang ada di sekitar benar-benar buat dia rasa tak suka.
Pemanduan selama sejam itu berakhir apabila Ayah Delia tiba di sebuah kawasan yang jauh di pedalam hutan. Di dalam hutan itu terdapatnya sebuah rumah banglo yang sangat besar dan kelihatan mewah. Tak macam cerita ahli sihir yang biasa didengari,,rumah menakutkan, ada nenek nenek hidung bengkok tinggal di dalam rumah menunggu kanak-kanak malang masuk perangkapnya.
Ini lebih kepada seperti suasana normal. Kalau manusia biasa pandang mungkin mereka Nampak seperti rumah biasa, tapi kalau seseorang yang di lagikan sebagai ahli sihir boleh Nampak aura dan penjaga bergetayang di sekitar rumah ini.
"Dekat mana ni?"tanya Delia selepas ayahnya parkir kereta di depan laluan kecil yang terarah ke sebuah rumah banglo di situ.
"Rumah Master Oldie. Kamu ingat lagi atuk yang selamatkan kamu lepas kamu kena serang dengan Hunter sewaktu berusia 8 tahun?"tanya ayah Delia sambil matikan enjin kereta.
Delia dekat seat belakang dah buat muka. Ada ke patut tanya perkara yang terjadi masa dia kecik. Memangnya dia akan ingat ke? "Entah.."balasnya.
"Sudah mari kita masuk cepat...lama pulak orang tua tu tunggu nanti."ajak Ibu Delia yang sudahpun sedia membuka pintu kereta.
Tiga beranak itu kemudian berjalan sama menyusuri laluan yang selimuti dengan salji tetapi diiringi dengan pagar berbunga sepanjangnya. Sesampai saja di depan pintu tersebut, loceng rumah di tekan oleh Ayah Delia.
Delia yang tenggelam dari balik mafela dan baju tebalnya sudah goyangkan badan tak sabar nak masuk sebab kedinginan pandang ke pintu rumah itu. Berharap sangat orang tua di dalam rumah ini cepat-cepat buka pintu.
Kreeeett~~
Bunyi engsel pintu bergeser kedengaran apabila pintu di depan mereka terbuka dengan menakutkan sekali bila tiada siapa-siapa yang berdiri dekat situ.
Berasa awal tiba-tiba, Delia cepat-cepat berdiri dekat dengan ayahnya sebelum intai dari balik bahu tu. Hantu ke yang bukak?
"Mari masuk.."ajak Ayah Delia lepas tu.
Delia cubit kain baju ayahnya kerana rasa takut sebelum berbisik perlahan. "Ayah sure tempat ni selamat?"tanya dia.
"hahah..jangan risau. Memang macam ni cara dia sambut tetamu.."beritahu Ibu Delia yang ketawa kerana rasa lucu dengan reaksi yang diberikan oleh Delia.
Mereka pun berjalan masuk ke dalam sama-sama. Dan bila Delia dah masuk, pintu di belakang dia tertutup dengan sendiri dengan mengejut. Hal itu buatkan dia melompat terkejut sambil menjerit mendapatkan ibunya dan dipeluk badan tu serta merta.
Ibu Delia hanya menepuk lengan tu sambil tersenyum nipis. "It okay..jangan takut. Semuanya akan baik-baik."beritahu dia semasa pintu di tepi laluan masuk terbuka dan seorang lelaki berkemeja putih dan seluar hitam berdiri dekat situ.
Elok Delia nak takut terus tak jadi lepas tengok betapa mudanya Master bernama Oldie ni. Cepat-cepat dia lepaskan pelukan dari bahu ibunya dan berdiri tegak di situ tunjuk cool.
"Selamat datang.."ucap lelaki itu dengan senyuman paling manis yang pernah di lihat Delia. Sampai dia yang tengok ikut terngiur sendiri.
"Mana datuk kamu?"tanya Ayah Delia.
"Ada dekat tingkat atas...tengah buat preparation..mari la saya bawakan tuan sekeluarga."aju lelaki itu sambil tunjukkan tangan ke arah tangga.
"Bu..siapa tu?"bisik Delia dekat belakang ibunya dengan rapat di tepi telinga itu.
Ibu Delia hanya pandang ke belakang sekejap untuk tatap wajah Delia lalu dorong badan itu supaya maju ke depan."Kamu akan tahu nanti."
Share this novel