Part 45

Fantasy Series 5989

*Keluar dari sini dengan baik atau mati*

"Selamat pagi Master Karina.."sapa pelajar yang jalan melewatinya di koridor itu.

Bersama senyuman nipis di bibir Master Karina balas sapaan itu dengan anggukan kecil. Tapi tak lama lepas dia menjauh, air muka ceria Master Karina pun jatuh. Renungan dia jadi kosong, dan dia kelihatan kesal sepanjang sisa perjalanannya itu.

Mana taknya...lepas berita Hunter telah di hapuskan dari tanah ni, dia yang tergantung tiada pendapatan jadi bingung. Nak harapkan gaji sebagai tenaga pengajar di akademi ni tak cukup nak support pembelajaran Rose. Lagipun anak perempuannya itu suka sangat bergaya. Nanti kalau dia tak beri apa yang di mahukan, tak ke angin Rose nanti.

Dia atur langkahnya ke pejabatnya tak lama kemudian lalu tiba di situ.

Pintu pejabatnya di tolak dengan tiada mood sebelum melangkah masuk ke situ Bersama langkah yang berat. Memandangkan dia ada kelas sebentar lagi, buku yang telah siap sedia di susun dekat situ di capai dari atas meja. Namun baru saja dia toleh ke arah pintu semula, Master Karina melompat terkejut hingga buatkan buku yang di pegangnya terjatuh lantas mengenai kakinya.

"Caesar.."sebut Master Karina dengan nafas tertahannya lepas Nampak Caesar berdiri di depan pintu pejabatnya mengejut tiada bunyi macam tu. "Bila kamu sampai tiba di sini?"soalnya sewaktu mahu tunduk mengutip buku yang ada di lantai semula.

Bersama jelingan mata tak Sukanya, Caesar gerakkan buku itu ke tepi merentasi bilik sebelum berhenti di rak buku.

Terkejut melihat buku itu bergerak dengan sendiri. Master Karina tegakkan badannya semula lantas memandang Caesar dengan kening berkerut. "Kamu dah kenapa?"tanya dia.

Tanpa berkata apa-apa, Caesar jalan menghampiri Master Karina Bersama renungan menakutkannya.

Berasa takut dengan renungan itu, mata Master Kairan terkedip-kedip gelabah lalu dia undur sedikit ke belakang nak jarakkan diri. "Caesar...saya beri amaran kepada kamu. Kamu dekat pada saya..jangan salahkan saya sekiranya kamu di apa-apakan."beritahunya tergagap-gagap sambil tu.

Berdiri saja di depan Master Karina, baru la Caesar bersuara. "Saya tahu siapa Master sebenarnya.jadi sementara saya cakap elok-elok dengan master. Saya mahu master keluar dari sini dan tinggalkan tempat ni buat selamanya jangan kembali ke sini semula."beritahunya mendatar tiada emosi dari balik nada itu.

Mata Master Karina terbutang luas lepas dengar.Dia telan air liur dengan susah payah. Apa?Caesar tahu siapa dia?

"Bawa Rose dan tinggalkan tempat ini tanpa berkata apa-apa pun pada semua orang di sini."Caesar renung tepat ke mata tu Bersama perasaan terkilan. Dia tahu dia tak patut lepaskan Master Karina hidup-hidup. Tapi dia tak sanggup nak bunuh Master Karina apa lagi Rose yang tak bersalah tu.

"Apa yang kamu katakan ni?Saya tak faham."nafi Master Karina dengan kening berkerut tak bersalahnya.

Rahang Caesar berketik. Dia ketap gigi seeratnya. Menahan dirinya naik angin di situ.

"Apa yang kamu tahu mengenai saya sampai suruh saya keluar dari sini?Kamu fikir kamu tu siapa?"tanya Master Karina lagi. Dia cuba beranikan diri supaya tidak kelihatan seperti pesalah.

"Cukup-cukup la tu Master. The Hunter sudah tiada lagi. Mereka semua telah di hapuskan. Pada siapa lagi Master mahu menaung?Dark Orc?Mereka tu hanya segerombolan raksasa tiada perasaan. Sebelum terlambat baik Master pergi dari sini...pergi ke tempat dimana jauh dari semua ni"minta Caesar lagi dengan nada perlahan namun kedengaran terdesak. "Raja Blake minta saya hapuskan Master dengan Rose...saya tak sanggup..jadi tolong la.."

Terkedu terus Master Karina lepas dengar. Bibirnya menggigil hendak menangis. Raja Blake telah beri titah supaya bunuh dia?Sampai begini sekali ke teruknya keadaan dia?

Caesar buat muka kesalnya sambil menggeleng kepala dengan perlahan.

"Kenapa Master?Kenapa Master buat semua ni?"tanya Caesar sambil berkerut kening kecewa. "Saya hormati master...saya anggap master sebagai penjaga dan pengajar berharga buat saya dekat sini...tapi apa?Master bekerjasama dengan pemburu dan Dark Orc untuk bunuh Delia?Pelajar master sendiri?Kawan Rose?Apa yang Master fikirkan?"soal dia lagi.

Mata itu perlahan-lahan menakungkan air mata sewaktu Master Karina dengar pertanyaan Caesar. "Saya tiada suami Caesar. Hidup pula susah...Rose perlukan kehidupan yang baik. Untuk itu saya terpaksa lakukan apa saja demi dia...kalau saya gagal jadi seorang ibu yang baik buat Rose...bagaimana saya nak jawab pada suami saya nanti bila mati?"soalnya semasa termenung memandang bingkai gambar lama dia Bersama mendiang suami dan Rose bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience