*The Queen Bee Comeback*
Aila, Maureen dan Donna duduk lepak di luar bangunan semasa waktu sengang rehat antara kelas sedang berlangsung. Sama seperti pelajar lain, mereka luangkan masa dekat laman atau mana-mana tempat yang mereka gemar untuk habiskan masa berehat itu.
Dan tempat kegemaran mereka ialah di taman berdekatan dengan asrama pelajar perempuan. Di bawah pondok kecil yang di kelilingi dengan tembok kecil dan tiang yang cantic.
Ketika Aila sedang bermain dengan rambut Maureen sementara Donna hanya enak menjamu buah epal di tangannya, kelibat Delia muncul dari arah tangga di lihat oleh Donna. Dia lepas Nampak terus bertegak dari sandar di tiang sebelah tembok dimana Aila dan Maureen sedang duduk.
Sejak kes hari tu, Donna yang masih belum menerima apa yang Delia telah lakukan terhadapnya. Dia masih marahkan Delia. Gara-gara Delia dia di Malukan malah di perlekeh depan Sage! Kebetulan dah ada dekat depan mata, apa salahnya kan!
"Hei!"Donna tepuk bahu Aila dekat sebelahnya ketika itu.
"Ya?"sambut Aila yang berpaling memandang Donna sementara tangannya masih memegang rambut Maureen yang dia sedang toncangkan.
"Cover aku...ada sesuatu yang aku nak buat.."beritahu Donna semasa serahkan epal di tangannya ke tangan Aila sebelum bergerak pergi dari situ. Mahu mendapatkan Delia. Dengar khabarnya perempuan half-blood ni balik ke dunia manusia beberapa hari ni. Tak sangka pulak dah balik hari ni. Elok la!Boleh la dia kerjakan perempuan ni serta merta!
Aila dan Maureen yang ditinggalkan dekat situ bangun dari situ untuk memandang ke arah dimana Donna telah pergi.
"Asal tu?"tanya Maureen.
Aila kecilkan mata dia untuk lihat arah Donna sebelum pandangan dia jelas. Delia ada di arah dimana Donna sedang menuju. "Mungkin Donna nak buat perhitungan dengan Delia tentang apa yang berlaku dekat kita minggu lepas dalam bilik umum wakil pelajar.."beritahunya.
Mulut Maureen ternganga. "hah?Serius la?Kau nak join tak?"
Aila geleng kepala laju. "Tak nak aku...nanti Sage marah kita yang kena."
"Habis tu kau nak biarkan je Donna?"Maureen ikut kecilkan mata nak tengok Donna yang semakin menjauh dari situ.
"Biarkan la dia..baik kita jangan masuk campur..Delia pun boleh tahan jugak orangnya sekalipun hanya seorang half-blood."beritahu Aila semasa kembali duduk di tembok itu.
Maureen pandang ke arah Donna lalu ke Aila. Hati dia berbolak balik. Tak tahu nak pilih yang mana. Kalau dia ikut Donna dia hanya akan berakhir kepada masalah. Kalau ikut Aila dia macam khiantai Donna pula. "Kau sure kita tak payah ikut dia?"tanya dia semula semasa duduk di tembok di situ.
"Terpulang...kalua kau nak kena sumpahan Delia dan Sage pada masa yang sama, kau cuba.."beritahu Aila yang tunduk mengemas peralatan soleknya.
Maureen pun apa lagi. Tak payah dipertimbangkan lagi, akur dengan kata-kata Aila. Ya mereka suka membuli, tapi semua tu sebab Donna yang suruh. Kalau mereka tak buat, Donna yang akan susahkan hidup mereka.
Delia baru sahaja hendak tiba di depan pintu masuk bangunan asrama pelajar perempuan yang berada tidak jauh dari taman di hadang oleh Donna tiba-tiba lepas perempuan itu berdiri depan laluan pintu masuk di situ.
"Suprise...suprise...tengok siapa yang datang balik..kenapa tak stay je dekat dunia manusia kau tu?"ujar Donna dengan sengih meleretnya.
"Bukan sekarang Donna."beritahu Delia yang mahu gerak jalan ke tepi. Dia penat ni ha!Satu hari suntuk naik kereta api kemudian kereta kuda. Sendirian lagi tu. Kalau ditemankan jugak. Ingat dia nak balik asrama dan tidur untuk berehat. Tapi makcik kepala ular ni muncul pulak.
Semasa Delia melewati kiri Donna, masa itu la Donna pegang lengan Delia dan tolak badan Delia dengan kuat sehingga buatkan Delia tercampak ke lantai.
Terduduk Delia dekat situ akibat tolakan Donna. Sambil berkerut kening dia terus dongakkan kepala ke atas memandang Donna. Perempuan ni kan!
"Kenapa?Marah?Sakit?Itu yang aku rasa masa kau kerja kan..."dengus Donna dengan mengejek. "Sekarang kau rasa apa yang aku rasa!"tanpa berlengah Donna keluarkan cahaya api dari tapak tangannya lalu di lontarkan tepat ke Delia! Kalau dia sakit, Delia pun kena sakit!Baru adil!
Share this novel