Part 47

Fantasy Series 5989

*Cari Kawan Tapi Dia yang Diculik*

Dari awal pagi sampai la waktu makan tengah hari, dia tak Nampak langsung kelibat kawannya yang satu ni. Hairan pulak?Biasanya waktu begini mesti muka tu dulu yang dia Nampak tercongok dekat kawasan dewan makan ni. Something berlaku ke?

Delia berdiri dekat tepi dewan makan tu dengan tangan mencekak pinggang dan leher memanjang sewaktu mahu melihat sekitar tempat itu kalau-kalau Rose ada dekat meja yang ada di situ. Naik berpinar mata dia gara-gara tengok muka setiap orang di situ. Tapi tak Nampak langsung.

"Mana pulak minah ni?Kelas tak habis lagi ke?"tanya Delia sendirian dekat situ sambil berkerut kening ke bingungan. Sekali tu mata dia ternampak orang yang tak sepatutnya pulak.

Ya.

Siapa lagi kalau si tak guna bernama Caesar Allius.

Bersama julingan mata menyampah, Delia pandang ke arah lain. Berharap Rose dilihatnya. Sekali masa dia pandang ke meja dekat sebelah dinding, mata dia ternampak akan Sage duduk Bersama Donna di sisi Bersama Aila dan Maureen. Nampak gembira je dia orang berborak dekat situ. Buatkan dia teringin sangat nak jumpa Rose. Kalau Rose tak ada. memang tak la dia nak makan sendiri dekat dewan makan ni. Pelik pulak rasanya bila makan sendiri.

"Haish..mana la minah ni pergi.."sungut Delia semasa berpaling untuk keluar dari situ. Berniat nak cari Rose dekat sekitar laman akademi atau kelas Rose sendiri.

Baru saja beberapa langkah Delia berjalan, di depannya muncul pula Luca dengan geng pengawas lelaki tu. Bila mereka bertembung, Luca berhenti terlebih dahulu lalu diikuti Delia sebab Luca hadang laluannya.

"Hai."sapa Luca.

"Hai."balas Delia yang nak cepat.

"Ada apa ni?Nampak macam cemas je?"tanya Luca lagi.

Delia menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Saya pergi dulu.."pamitnya setelah itu. Dia jalan melepasi Luca begitu saja sebelum belok ke kanan koridor.

Sementara Luca dekat situ jungkit bahu tak kisah lantas menyertai rakan-rakannya menuju ke meja yang kosong di dewan makan itu.

Bertapak je dia dekat laman akademi, Delia check sekitar tepi bangunan dan termasuk la kawasan berbangku serta pokok rendang yang ada. Tapi tak kelihatan jugak kelibat Rose.

"Apa kau tengah buat?"

Oleh kerana sudah terbiasa dengan suara tu dalam kepalanya, Delia buat tak hirau. Malah dia hanya focus pada pencariannya. Lepas yakin yang Rose tiada di luar bangunan, Delia gerak semua masuk ke dalam.

"Delia Kerrie..."

"Awak nak apa?Jangan ganggu saya. Saya tengah busy."tegas Delia dalam kepalanya sambil berkerut kening. Selalu la ganggu dia di masa yang tak sepatutnya.

"Kau dekat mana sekarang ni?"

"Hish!Saya cakap hari tu jauhkan diri dari saya kan...kenapa awak sibuk tanya saya dekat mana?"tanya Delia lagi yang sedang mendaki tangga berpusar untuk naik ke tingkat atas.

"Haih...kenapa la susah sangat nak handle kau ni Delia?Berhenti suruh aku jauhkan diri dari kau...sebab ianya takkan ada gunanya sebab kita akan berada dekat tak kira apa yang berlaku sekalipun kau suruh aku jauhkan diri.."bebel Caesar.

Delia yang dengar buat muka menyampah. Cringey betul! "Jangan nak perasan...okay. Yang pasti saya takkan dekati awak"dia cebik bibir sambil fikirkan perkataan itu dalam kepalanya buat Caesar dengar.

"Oh really?Kau sure ke pasal tu?"

Baru saja Delia tiba di puncak tangga dan mahu membelok, tidak pasal-pasal depannya berlanggar dengan badan seseorang. Dia apa lagi, cepat-cepat la nak undur ke belakang. Tapi tak sempat lepas tangan tu melingkar ke sekeliling pinggang dia sebelum deru angin bertiup di sekitarnya ketika itu.

"MAK!"teriak Delia lepas satu tarikan dirasai dan tubuhnya gerak terjatuh ke belakang dan mendarat di atas hamparan rumput dan bunga sesaat kemudian.

What the hell!?

Bersama mata terbutang luas, dia pandang akan orang yang ada di atasnya ketika ini. "Hei!Apa kena dengan awak ni?Boleh tak berhenti teleport saya tiba-tiba tanpa amaran macam ni.."marahnya serta merta ke Caesar.

Caesar tersengih. "Bukan aku.."jawabnya yang menopang kedua-dua tangan di tepi kepala Delia sementara kakinya ada di celah kaki Delia ketika mereka terbaring atas hamparan lapangan yang penuh dengan bunga dandelion putih.

"Habis tu siapa?Saya?"soal Delia sambil letak tangan dia kedua-dua belah dada Caesar. Nak jarakkan mereka berdua dan dari dihempap sepenuhnya dengan Caesar.

"Siapa lagi?"kata Caesar sambil menilik segenap wajah Delia di bawahnya ketika itu. Semakin berseri wajah ini. Suka dia bila tengok.

Ah!Merepek!Macam dia tak ada kerja nak bazikan tenaga untuk teleport ke tempat entah dimana je ni. "Sudah la..bangun dari saya sekarang."sudahlah kuasa mereka belum berbalik semula kepada yang asal. Dan Caesar tak habis-habis nak jengkelkan dia menggunakan kuasa sihir pentagram lelaki ni. Berlagak betul!

Niatnya nak cari Rose, sebaliknya dirinya pulak yang di culik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience