*Pengawas Yang Hot Lagikan Prick Menyakitkan Hati*
"Dorm Check!"laung suara pelajar perempuan dari hujung koridor sambil berlari merentasi koridor asrama dengan cemas.
Suara laungan tersebut membuatkan ramai pelajar perempuan mula berpusu keluar dari pintu bilik masing-masing.
Mereka yang telah siap sedia sejak awal mula keluar dari bilik masing-masing. Mereka semua tidak lagi mempedulikan apa-apa selain penampilan mereka. Sama ada mereka menyimpan barang larangan atau melanggar peraturan, semua itu tidak lagi difikirkan. Ini kerana misi utama mereka pada hari pemeriksaan cuma satu.
Iaitu kelihatan presentable sebaik mungking.
Maka, setelah semua yang ada di situ berdiri di hadapan pintu bilik masing-masing, dari hujung koridor lagi pelbagai bau haruman boleh dihidu dan wajah mereka semua telah di solek lengkap dengan make up dan gincu.
Dorm Check merupakan rutin mingguan yang di jalankan setiap satu kali dalam satu minggu. Bergantung pada tahap kerajinan Pengawas yang bertugas hari apa yang mereka mahukan. Dan biasanya aktiviti ini adalah hari yang di tunggukan oleh semua pelajar perempuan. Yalah, siapa yang tidak suka bila ada pengawas yang hot lagikan kacak serta menyakitkan hati datang buat pemeriksaan.
Delia dan Rose muncul paling terakhir dekat barisan luar koridor tu. Mereka berdua berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik tanpa berlengah selepas bergelut dengan susah payah untuk mengemas dan menyusun apa yang patut dan menyorokkan barang yang tidak sepatutnya di bawa apa lagi di simpan dalam bilik mereka tadi.
Ramai-ramai yang ada di situ, hanya Delia saja yang mengenakan hoodie akademi dan seluar skinny jean. Rambutnya yang memang liar seperti perangai Delia sendiri dibiarkan dalam keadaan bersanggul malas. Dia sedikitpun tidak berusaha untuk kelihatan kemas dan teratur. Tak seperti pelajar perempuan lain yang kelihatan cantik dan menarik di pandang.
Sebenarnya sehingga ke hari ini, Delia masih tidak faham. Kenapa pelajar perempuan di asrama ni akan berperangai pelik iaitu berias ketika adanya pemeriksaan?Memangnya mereka ingat ini majlis lelongan apa?Siapa paling cantik bakal di pilih?Atau pemilihan ratu cantik?Begitu? Sedangkan mereka hanya menjalankan sesi pemeriksaan aje pun...dah macam ayam pencen mintak kena sembelih pun ada gayanya.
"Dia dah datang.."
"Oh my god..tengok tu.."
"Hihihi!Tak sabarnya aku.."
Dengan gembira dan terujanya setiap pelajar perempuan mula menjengah kepala ke hujung koridor sebaik menyedari adanya beberapa orang pelajar lelaki yang segak mengenakan uniform pengawas iaitu biru laut dengan lencana emas di kot masing-masing mula masuk satu persatu bilik yang ada di sepanjang koridor tersebut.
Rose yang sejak tadi berada cemas pandang ke Delia. Dia pukul lengan tu. "Kau dah sorokkan belum?"bisiknya.
Delia yang sedang enak mengorek telinga dengan hujung jari kelingking tersentak. Dia pandang ke Rose sambil berkerut kening tak puas hati. Kacau ah! "Apa bendanya?"tanya dia lepas tu.
"Hish..ditanya lagi. Kau punya buku terlarang tu la."bisik Rose dengan keras sebab geram. Kawan dia ni bukannya boleh dipercayai, kalau balik ke dunia manusia biasa, mesti ada saja yang di bawa pulang ke sini. Komik 19+ la, buku sihir terlarang la....bekas posyen dan ubat yang aneh lagikan pelik. Banyak kali dia pesan jangan bawa. Tapi itu la....orang yang dia bercakap sekarang ni adalah Delia...memangnya nak ke di dengar?
"Ah...jangan risaulah. Dia takkan jumpa punya."Delia lambai tangan tak kisah sambil berkata. Dia dah sorokkan dekat tempat paling best punya. Tikus pun takkan berani dekat!
Sedang dua orang itu berborak, dalam masa yang singkat, akhirnya tiba giliran mereka pula untuk di periksa. Ketika itu seorang pengawas lelaki sudahpun berdiri di depan dua orang yang sebut mengenai tempat persembunyian. Jadi lepas dia dengar, pengawas itu terus bersuara. "Memangnya kau sorokkan dekat mana barang terlarang kau tu?"
"Mak!"dengan serentak Delia dan Rose melatah sebab terkejut dengan teguran itu. Serta merta mereka pandang ke depan lantas bertentang dengan muka dingin milik pengawas di depan mereka.
"Senior Luca...selamat siang."sapa Rose terlebih dahulu sambil memberi tundukan hormat kepada senior tahun akhir mereka itu.
Sementara Delia hanya buat muka tak peduli. Kenalkan semua, Luca Cassius, pengawas paling prick yang ada dalam akademi ini. Sejak kali pertama dia temui Lucas adalah semasa minggu pertama dia berada di sini, dan lelaki ini telah rampas sebahagian dari buku dan komik kegemaran dia!Sampai la ke hari ini...dia antikan pengawas depannya. Kenapa?Well sebab ramai-ramai pengawas, lelaki ni jugak yang buat spot check di bilik dia. Kalau sekali tu tak apa la. Ini tidak, Setiap kali. Selalu lelaki ni dan bilik dia. Banyak je bilik lain yang boleh di check, tapi bilik dia aje yang di aim!
"Mana sapaan awak pada saya Delia?Tak belajar ke apa tu perkataan 'hormat'?"tanya Lucas dengan nada sinisnya.
Delia silangkan tangan ke dada. Hormat?"Tak...dalam kamus hidup saya tak ada perkataan hormat...so jangan susahkan diri untuk tanya soalan tak guna tu pada saya."balasnya dengan protes.
Rose pandang kengerian ke Delia, lalu ke muka serius Luca. Haish!Kawan dia ni kan. Tanpa berlengah terus dia siku tepi lengan tu beri amaran. "Apa kau buat ni?"bisiknya.
Tanpa berkedip sekali pun, Delia tidak hiraukan teguran Rose. Ingat dia peduli ke!Grr!Kecik besar dia perhatikan lelaki depannya ni.
Mata Luca tak bergerak seinci pun dari Rose, malah dia focus pada Delia. Hairan dia dengan Budak half-blood ni!Sudah la suka buat masalah, perangai pulak memang out habis. Ramai-ramai dalam akademi, cuma Delia saja la yang tak reti nak hormat dia. Rasanya bukan dia seorang yang Delia tak hormat...tapi kebanyakkan pelajar dekat sini. But still, dia pelik!"Fine..."dengan kasar dia kemudiannya jalan masuk ke bilik Delia. Masa jalan tu sempat lagi dia laga bahunya ke bahu Delia dengan sengaja.
Berlanggar saja bahu mereka, Delia buat muka tak percaya sambil memandang ke belakang badan tu!Hish!Dasar si Prick!
Dan sekali lagi. Delia tertangkap sebab seluduh masuk buku sihir terlarangnya. Entah macam mana boleh tertangkap pun dia tak tahu. Dia dah sorokkan dekat tempat paling masyuk lagi tu, iaitu di timbunan pakaian dalam di laci almarinya. Tetap jugak si 'anjing' ni dapat tahu dan kesan dimana keberadaan buku tu!
Share this novel