*Musuh Dalam Selimut, Ibarat duri dalam daging*
Untuk pertama kali dalam beberapa hari ini, akhirnya mereka semua dapat tidur dengan lena dan dapat berehat dari tanggung sakit yang selalu bertandang di setiap malam. Hal itu jelas-jelas beritahu bahawa Huntress yang susahkan mereka selama beberapa hari ini sudahpun Berjaya menemui Knight mereka sudahpun berdamai. Buktinya, cuaca di langit cerah dan mood mereka pun ceria dari sebelumnya pada hari ini.
Dan lebih ketara lagi adalah Huntress itu sendiri.
"Hai Delia.."sapa Master Karina sewaktu dia berjalan masuk ke dalam kelas dan orang pertama yang menarik perhatiannya ialah Delia sendiri. "You look good today.."senyum dia lepas tengok betapa lainnya penampilan Delia hari ini.
Delia tersenyum. "Ya ke?Terima kasih.." balasnya.
"Something berlaku ke?Sudi nak share?"Master Karina Tarik kerusi di belakang meja itu lalu duduk menghadap Delia sambil susun atur buku dan barang di atas meja itu hendak bersedia memulakan kelasnya pagi itu.
Delia topang tangan ke bawah dagunya lalu memandang Master Karina. "tak ada yang istimewa pun..biasa-biasa je."beritahunya.
Pelajar lelaki di dalam kelas tu pandang sekejap ke Delia dan Master Karina sewaktu mereka berdua berbual sebelum tunduk melakukan kerja masing-masing.
Sementara pelajar perempuan pula pandang cemburu ke Delia kerana tak sangka, rupa-rupanya rakan sekelas mereka ini boleh tahan jugak cantic orangnya. Yalah selama ni Delia selalu mempamerkan penampilan selekeh tak terurus dan tak berdayanya.
Hari ni tiba-tiba je muka tu flawless dan berseri mengalahkan mereka yang mengenakan make up berinci tebalnya. Tiba-tiba rasa insecure pulak bila tengok Delia.
Master Karina tarik senyuman penuh maksudnya sebelum tunduk menyelak buku teks. "Kalau begitu mari kita mulakan kelas kita"ajaknya sewaktu bangun dari situ mahu menghadap papan hitam. Namun selepas dia mula hendak tulis menggunakan kapur di situ, senyuman Master Karina jatuh. Renungan dia jadi gelap.
Akhirnya!
Dia Berjaya temui juga Huntress yang di kehendaki oleh mereka selama ini. Nampaknya Knight Delia sudah gabungkan kuasa mereka berdua. Kerana itu baru kali ini dia dapat detect identity Puteri Mahkota dari Negeri Cahaya yang hilang ni. Tak sangka, orang yang dia cara selama ini berada di depan matanya. Apapun dia akan sampaikan berita ini kepada para Hunter yang lain. Mereka pasti suka mendengar berita ini, dan dia akan di beri bayaran yang tinggi untuk maklumat ni.
Sewaktu Delia sedang tunduk melihat buku teks yang ada di mejanya, beberapa orang pelajar lelaki yang duduk di belakang kelas berpura-pura melakukan hal sendiri sedangkan di dalam kepala mereka ketika ini sedang menerima pesanan dari ketua mereka melalui komunikasi jarak jauh psikik.
Jadi sambil mereka tunjuk reaksi tenang dan bersahaja, sambil tu mereka dengar makluman dalam kepala mereka.
"Makluman kepada Royal Guardian...raja beri titah supaya menghadap. Puteri Mahkota Negeri Cahaya telah di temui. Selamat dan jayanya oleh Knight Caesar Allius. Untuk itu semua yang terlibat hadirkan diri di perkarangan Istana Cordania pada waktu makan tengah hari nanti selepas waktu kelas."
Selepas makluman itu di sampaikan muncul la suara-suara lain di dalam kepala mereka. Mula bertanya akan itu dan ini kerana ingin tahu.
"Siapa Puteri tu?Adakah dia seorang dari daripada pelajar akademi ni?"
"Caesar ada?"
"Rasanya Ketua Wakil Pelajar Sage tahu tentang hal ni?"
"Donna ke?"
"Rasanya dalam akademi ni hanya ada beberapa orang Huntress je"
"Selain Delia, Donna dan seorang pelajar junior...rasanya itu je.."
Ketika suara-suara pelajar lelaki berada dalam fikiran mereka ketika itu la muncul satu suara yang jarang sekali timbul dalam komunikasi mereka itu.
"Delia...dia orangnya"Luca jawab dengan mendatar.
Tersentak mendengarnya mereka yang ada di belakang kelas itu angkat kepala lalu pandang ke belakang kepala yang berambut merah merun di ikat satu itu dengan mata terbutang luas.
"Deliaa?Budak kelas kita orang?"
"Woah...serius?Terbaik la!"
"Bertuah ketua kita nampaknya...."
"Diam!"tidak semena Caesar bersuara dalam komunikasi tu. "Kalau tak ada benda penting yang nak di sampaikan. Keluar dari lingkaran komunikasi!"tegasnya lagi.
"BAIK!"sahut mereka dengan serentak dan seragam dalam lingkaran komunikasi tersebut. Jadi intermidate bila dengar suara tegas dari ketua mereka itu.
Terus mereka yang ada di dalam kelas tu putuskan lingkaran dan focus pada Master Karina yang sedang menulis sesuatu di papan hitam.
Share this novel