*Mirrored*
Ketika pelajar lain sibuk berehat dan melepak, di dalam ruang latihan combat, pelajar-pelajar lelaki yang sedang lakukan aktiviti mengeluarkan peluh kegemaran mereka. iaitu latihan bertarung dan pertahankan diri sesama mereka.
Sakit itu memang sakit.
Tapi sakit yang membawa kepada kepuasan.
Sebab bila rasa sakit tu semua tekanan dan perkara yang menyerabutkan kepala terus hilang dan di lupakan dengan mudah sekali.
Di dalam ruang itu dapat di lihat kebanyakan pelajar lelaki di situ sibuk dengan latihan masing-masing.
Ada yang punching beg pasir, ada yang berlawan menggunakan kuasa magis, ada yang berada di lantai combat menajamkan skill bertarung mereka. Ramai-ramia di situ, terdapat Caesar sedang berlatih seni pertahankan diri bersama spare partner dia. Masing-masing hanya mengenakan singlet dan seluar pendek warna hitam tanpa gear keselamatan. Peluh merintik di dahi dan seluruh anggota badan.
Caesar hayun penumbuk, lawannya hadang dengan lengan.
Lawan Caesar berikan high kick ke tepi kepala, Caesar tepis dengan lengannya.
"Kau nampak bertenaga semacam...ada apa-apa ke?"tanya Luca semasa gerak mahu menumbuk rimbuk Caesar.
Caesar tidak memberi komen malah dia angkat tangannya menepis tangan Luca dari hinggap di rimbuknya ketika itu. Setelah itu dia gerak hendak melutut tepi rusuk Luca pula.
Luca tersengih, dia dengan bersahaja pegang kaki Caesar dan pusingkan badannya ke tepi hingga buatkan tubuh Caesar hilang kawalan sebelum jatuh berguling di atas lantai combat tersebut.
Sesaat dia terbaring di situ sesaat kemudian Caesar berdiri dan tanpa berhenti dia hayun penumbuknya ke muka handsome Lucas dengan kelajuan yang padu. "Kenapa?Kau dah jumpa Huntress kau ke sampai tanya aku soalan macam tu?"tanya dia sambil tu.
Bila penumbuk itu hampir mengenainya, Luca hanya gerakkan sikit saja kepala dia ketepi, seakan tak terkutik pun dengan serangan Caesar. "Belum...tapi aku sure kau dah tahu siapa Huntress kau kan?"beritahu dia yang kemudiannya berikan satu tumbukan dia tepi lengan Caesar.
Caesar tak sempat nak elak, lantas tumbukan itu mengenai lengannya. Tanpa berlengah dia tarik lengannya dan berdiri tiga langkah dari Luca secepat mungkin. Terus dia tersengih mengejek. "Jangan kau nak menyibuk" beritahunya yang mahu bergerak mahu menyerang Luca.
Luca yang bersemangat mahu beri sepakan pada Caesar kemudiannya terhenti. Dia berdiri tegak dekat situ dengan mata terbutang luas. Entah kenapa dengan tiba-tiba sesuatu yang kuat lagikan menyakitkan dirasai pada lengan sebelah kiri dan bawah perutnya.
"Auw!"Caesar terduduk terlebih dahulu dekat situ sambil pegang lengan kirinya.
Lalu diikuti Luca yang memeluk perut kerana senak seperti ada yang baru berikan satu letupan bebola berapi ke dirinya ketika itu.
Namun bukan mereka berdua sahaja yang rasai kesakitan itu, beberapa orang pelajar lelaki yang sibuk buat latihan di situ tiba-tiba saja rebah dan mengerang kesakitan.
"Ahh!!"
"Panas!"
"Arghh!!"
Tak semena ruang latihan itu riuh dengan suara mereka mengerang kesakitan.
Bagi yang tak terkesan kebingungan sendiri. Mereka pandang terkejut ke rakan-rakan lelaki mereka yang ada yang melutut, ada yang mengerengkot dekat lantai. ada yang tersandar dekat dinding menahan sakit.
"Wei kenapa dengan kau orang ni?"
"Kau okay tak?"
"Apa yang sakit?"
"Kenapa ni?"
Tanya mereka yang tersisa di situ dengan cemas. Tak faham kenapa sebahagian pelajar lelaki di situ sudah melungkup kesakitan.
Caesar yang masih melutut di situ sudah merah padam mukanya menahan sebu dan pedih yang menjalar di sekitar badannya. Rasa panas seperti terbakar dapat di rasai. "Tak guna! Baru sehari berlalu! Takkan la dah dalam masalah pulak.."gumamnya dari balik ketapan gigi.
"Uhuk!Uhuk!"batuk Luca semasa gagahkan dirinya untuk bangun dari situ. "Apa yang dah berlaku ni?"tanya dia dengan urat belirat timbul di leher kerana menahan sakit ketika itu.
Bersama nafas naik turunnya Caesar angkat mata ke Luca. "Kau rasa?"
Baru Luca nak bersuara, tak semena satu lagi satu ledakan yang kuat dirasai di belakang kepalanya. Hal itu buatkan mata dia terpejam erat dan dia pegang belakang kepala dengan kedua-dua tangan sebelum berguling di situ.
Bukan setakat di dalam bilik latihan itu saja, tapi di tempat lain dalam akademi ini pelajar lelaki yang lain turut mengalami nasib yang sama. Ada yang di dalam kelas seni sudah berguling bagai nak apa, ada yang sedang duduk dalam perpustakaan sudah meraung kuat, ada yang duduk melepak dengan kawan mereka menjerit minta tolong kerana kesakitan.
Riuh rendah kawasan akademi itu bila pelajar-pelajar lelakinya tanpa sebab meraung kesakitan sedangkan tiada apa-apapun yang menyentuh mereka ketika itu.
Share this novel