BAB 43

Drama Series 23843

Villa Tan Sri Zainul Ariff

Mukhreez menyanyi-nyanyi kecil sewaktu menuruni anak tangga untuk ke meja makan. Wajahnya pagi ini benar-benar ceria sehingga Aiza yang baru sahaja duduk di meja makan memandang dengan rasa hairan. Apabila lelaki itu labuhkan punggung ditiliknya wajah itu dengan seribu tanda tanya.

“Abang long nak makan ke?” tanya Aiza pelik apabila lelaki itu menarik cawan berisi kopi o panas lalu dihirup sedap. Tangan satu lagi tarik pinggan berisi nasi lemak.

Pelik sungguh Aiza melihat sikap abangnya. Biasanya lelaki itu tidak makan pagi. Alih-alih hari ini macam orang mengandung. Nampak berselera.

“Adik macam terlepas sesuatu je?”Aiza rapatkan bibir ke telinga Mukhreez. “Cikgu dah setuju ke?” soal Aiza teruja. Tak sabar nak tahu cerita petang kelmarin. Gara-gara semalam abangnya terus ke pejabat menemui ayah mereka jadi mereka tak dapat bersua. Alih-alih pagi ini baru dapat tengok muka.

“Belum, tapi….” Mukhreez kenyitkan mata. “I know she will dream of me.”

Pantas Aiza julingkan mata ke atas.
“Lah. Ingatkan dah couple. Belum lagi,” rungut Aiza lantas suapkan nasi lemak ke dalam mulut.

“Sabar okay. Sikit lagi,” bisik Mukhreez berhati-hati. Bimbang wanita yang sedang kalut di dapur mendengarnya. Aiza turut memandang. Pagi ini wanita itu tidak ke mana-mana.

“Dik, how beautiful she is. Make me deeply in love with her again and again,” luah Mukhreez seraya memandang jauh ke depan.

Aiza pula julingkan mata ke atas.
Orang angau memang macam nilah. Teruk benar perangainya. Apatah lagi abangnya itu keluarkan telefon dan tunjuk gambar semalam.

Mukhreez sengih. Sempat dirakam aksi gadis itu yang pandang sana sini. Nampak resah tetapi wajah pucat itu amay comel.

Aiza yang melihatnya pantas mengerutkan dahi.
“Cikgu tak pakai baju yang adik bagi?” soal Aiza hairan. Terus corak wajah Mukhreez berubah kecewa.

“Sadly not adik.”
Lalu Aiza kerutkan dahi dan muka itu berubah kecewa. Tetapi hanya seketika.

“It’s okay. I know how to make her wear that baju.”

Mukhreez pula yang kerutkan dahi tak tahu. “How?”

“Did you know that her birthday is coming up?” duga Aiza seraya picingkan mata.

Mukhreez bagaikan tersedar dari lena. Lama dia merenung ke depan. Cuba mencari sesuatu di situ. Akhirnya dia bangkit cepat dari kerusi. Pusingkan badan lantas menjejak anak tangga menuju ke bilik sendiri. Masuk sahaja ke dalam dia segera ke meja kerja dan tarik laci dengan cepat. Keluarkan lukisan yang tersimpan di situ entah sudah berapa lama. Matanya meneliti tarikh yang tercatat di hujung lukisan.

Matanya dipicing dalam. Bukankah pertemuan antara mereka dulu terjadi semasa hari lahir gadis itu. Lalu dia ukir senyum lebar. Betapa Tuhan telah memudahkan urusannya.

Melihat lukisan itu dan juga tarikh yang tertera dia tak sabar hendak meneruskan misi seterusnya. Kegembiraan kelmarin bersambung pagi ini dan spontan Mukhreez menjerit kuat.

Yahooo!
Suaranya yang kuat mengejutkan semua orang di bawah. Masing-masing terkedu.

***

“Kenapa dengan abang long adik tu?” soal Tan Sri Zainul Arif yang baru sahaja sampai dari surau. Pagi-pagi hari minggu begini memang orang tua itu rajin berjemaah di surau berdekatan dan akan pulang setelah selesai menunaikan solat dhuha.

Aiza di meja makan pula hamburkan tawa kuat. Pandang emaknya yang muncul menyendukkan nasi untuk si suami.

“Entahlah Reez tu. Sejak sampai kat rumah ni Rai tengok perangai anak sulong abang tu lain macam. Kena sampuk dekat apa tak tahu. Hah, tengok tadi tu. Sampai macam tu sekali dia menjerit,” ujar Puan Sri Raihanah seraya memandang ke tingkat atas.

Aiza di depan terkekek-kekek ketawa. Pantas saja hati pasangan suami isteri itu disimbah hairan. Saat itu juga Mukhreez muncul dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

“Ceria je anak teruna mummy ni. Ada apa-apa yang mummy tak tahu ke?” sapa Puan Sri Raihanah sebaik sahaja Mukhreez duduk di tempat asal. Anak bujangnya itu lempar senyum bahagia lantas kembali sambung bersarapan.

“Mummy sabar ya. Tak lama lagi Reez mummy akan dapat berita gembira.”

Balasan kata Mukhreez buat hati wanita itu kembang berbunga. Sebagai orang yang sudah lama makan garam dia dapat mengagak berita yang akan anaknya sampaikan nanti. Ia tentu berita yang diidam-idamkan. Cuma, buat masa sekarang dia tak mahu berharap.

Lalu pada pagi minggu ini mereka semua bersarapan dalam keadaan ceria dan gembira. Masing-masing punya alasan masing-masing menzahirkan rasa hati sendiri. Cuma Tan Sri Zainul Arif sahaja yang diam memerhati anak bujangnya. Amat berharap senyuman yang terhias indah itu tidak akan tercalar dengan luka pedih sekali lagi.

“Long, petang nanti mummy dengan daddy nak ke Kelantan. Nak setelkan harta pusaka Pak Su kamu. Dah banyak kali ulang alik ke sana tapi satu pun tak selesai lagi,” beritahu Tan Sri Zainal Arif dan pantas sahaja mematikan senyuman Mukhreez. Dada lelaki itu tiba-tiba berdetak sakit. Mendengar sahaja nama pak su hatinya terguris pedih. Terus matanya memandang wajah Aiza yang turut berubah.

“Tak setel lagi ke daddy?” tanya Mukhreez senada. Cuba untuk berlagak tenang namun wajahnya tak mampu menipu. Ada rasa sakit mencengkam ulu hati.

“Tak setel lagi. Mak su kamu punya pasallah ni. Masa daddy balik Kelantan hari tu dia cakap dia akan balik Malaysia. Bila daddy dah tercongok dekat rumah pak su dia tak jadi balik pulak. Kali ni daddy dah paksa dia balik. Daddy bukannya larat sangat nak ulang alik ke sana. Tambah-tambah pula darah daddy asyik tak menentu sejak sebulan dua ni,” cerita Tan Sri Zainal Arif lemah dan Mukhreez memandang orang tuanya seraya kepala berfikir panjang.

“Daddy… rasanya masalah tak akan selesai juga kalau balu pak su tak jumpa-jumpa,” ujar Mukhreez setelah lama berfikir. Tan sri Zainul Ariff mengeluh dan membuat semua mata memandang tepat ke arah orang tua itu.

“Kalau tak libatkan perempuan tu tak boleh ke, daddy?” tiba-tiba Aiza bertanya. Geram pula bila isteri kedua arwah bapa saudaranya itu sukar dicari.

“Kita kena usaha selagi boleh. Kalaupun perkahwinan pak su dengan perempuan tu sekejap saja, dia tetap ada hak juga. Itu sudah termaktub dalam hukum. Kita tak boleh nak ambil mudah begitu sahaja,” jelas Tan Sri Zainul Arif kesal.

“Masalahnya kita tak kenal dia, daddy. Dah la kahwin kat siam. Lepas tu nama pun tak tahu. Pendek kata tak ada siapa pun tahu perempuan tu kat mana. Mungkin juga perempuan tu yang bunuh pak su. Sebab tu menyorok sampai polis pun tak boleh nak kesan,” tukas Aiza tak suka dan membuat semua orang terdiam.

“Adik. Jangan tuduh sembarangan. Polis siam dah sahkan. Bukan balu arwah buat kerja tu.” Tan Sri Zainul Arif berbunyi. Namun Aiza tunjuk muka tak suka. Begitu juga Mukhreez.

“Sebab perempuan tu lah hidup mak su terseksa. Kalau Reez jumpa dia Reez akan bunuh dia daddy.”

“Mukhreez!” kuat suara Tan Sri Zainul Arif terlontar keluar. “Jangan berdendam. Kita yang akan rosak nanti. Lagipun kita tak tahu kisah sebenarnya. Jangan menghukum tanpa selidik betul-betul dulu.”

“Tapi daddy… perempuan tu dah buat mak su menderita. Tengok! Dah berapa lama mak su dekat luar negara. Tak balik-balik. Mak su cakap untuk apa dia balik kalau pak su dah tak ada dan kenapa daddy nak juga cari perempuan jahat tu?” Luah Mukhreez geram. Pagi yang indah sebentar tadi bertukar kelam. Muka masing-masing sudah tidak ceria.

Tak Sri Zainul Arif pula memandang jauh ke belakang rumah. Di situ segala bayangan silam muncul semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience