BAB 11

Drama Series 18121

Di dalam kereta

Berkerut muka Syifaa melihat telefon di tangan. Dari tadi lagi kemusykilannya tidak terjawab. Malah ada pelbagai soalan menerjah ingatan.
Kenapa gadis itu menghubunginya.
Apakah tersalah mendail atau barangkali gadis itu mahu memohon maaf atas keceluparan mulutnya tadi. Namun dia tidak mendengar sebarang perkataan pun dari mulut gadis itu. Hanya sedikit pertengkaran kecil yang tidak difahami. Sebab itulah dia putuskan talian. Lama berdiam diri dia dail semula. Cuba berlagak tenang dan mengharapkan gadis itu membalas panggilannya. Tapi sayang, hanya diputuskan tiba-tiba.
Dari itu tahulah dia. Gadis itu hanya silap mendail.
“Sorry kau kena tunggu lama.” muncul Farah membimbit beg plastik berisi baju korporat sekolah.
Syifaa pantas menyimpan telefon ke dalam handbag.
“Kenapa lama?” soalnya.
“Kena otter sikit. Salah saiz. Biasanya tukang jahit ni tak pernah salah. Tiba-tiba pula dia terbesarkan baju aku. Kalau aku macam beruang bolehlah pakai. Ini macam kancil je. Manalah nak fit. Dah macam pakai selimut pulak.”
Tergelak besar Syifaa dengan penjelasan Farah.
“Ada hari-hari tertentu yang kita akan salah buat itu ini. Nak buat macam mana kan. Dah tersurat.”
Farah angguk. Memang betul.
“Nak pergi makan tak?” soal Syifaa.
“Tak naklah. Nasi goreng pagi tadi ada lagi kan?”
Syifaa angguk.
“Kau habiskan.”
Erk, Syifaa terkedu.
“Kau?”
“Aku makan maggi je.”
Pantas Syifaa luahkan tawa. Nak berjimat punya pasal.
“Jomlah. Kita pergi makan. Aku belanja.”
Terus bersinar mata Farah.
“Kalau macam tu aku setuju.”
Cepat benar Farah mengangguk dan Syifaa mula menekan pedal minyak lalu berundur hendak keluar dari kawasan rumah kedai.
“Nak makan kat mana?” tanya Farah sambil mata mencari-cari restoren di tepi jalan.
“Mana-manalah. Tapi aku tak nak makan berat. Nasi goreng dah ada kan.”
Farah angguk lagi. Mencari-cari cafe yang sesuai dengan tekak Syifaa.
“Kau dah pernah tengok abang Aiza kan?” tiba-tiba Syifaa bertanya sambil memandu. Farah mengiyakan.
“Masa kat wad hari tu lah.”
“Dia cakap abang dia driver bus.”
“What?”
Ternganga mulut Farah mendengar cerita Syifaa.
“Biar betul kau. Tak mungkinlah. Isk, tak percaya. Tak percaya.” Farah gelengkan kepala.
“Kenapa pulak. Dah dia sebatang kara. Mungkin betul abang dia driver bas. Tak banyak duit nak sara adik.”
Farah masih gelengkan kepala.
“Tak percaya aku. Pakaian dia mahal weh. Gila kau driver bas je.”
“Ya ke mahal. entah-entah yang dekat pasar malam je dia pakai.”
Farah mencebik.
“Kau ingat aku tak tahu beza ke yang ori dengan yang celup. Dari jauh lagi aku boleh bau kau tau.”
Syifaa terkekek ketawa dengan cara Farah yang buat-buat macam hidu buah. Ada ke macam tu.
“Aku agak dia tipu kau lah. Tak mungkin abang dia driver bas. Muka pun langsung tak nampak macam bawak benda alah tu. Macamlah kita tak pernah naik bas. Pak cik boroi rambut tak ada. Hah, gitulah. Tapi lelaki yang datang jaga dia kat wad tu bukan macam tu. Kalau aku tak bertunang dah lama aku ayat tau.”
Syifaa kerutkan muka.
“Maksud kau?”
Lambat pula kepala Syifaa nak tangkap.
“Handsomelah kakak oooiii.”
Akhirnya Syifaa gelak kecil.
“Dah Aiza tu cantik, tentulah abang dia pun sama.” puji Syifaa tanpa mengenali lelaki itu.
“Eh, kita nak makan kat mana ni?” tanya Farah apabila kereta yang dipandu Syifaa sudah masuk ke kawasan yang belum pernah mereka lalui.
“Alamak! aku dah tersalah lorong ni. Leka berbual dengan kau sampai salah jalan.” ujar Syifaa lantas perlahankan kenderaan dan berhenti di hadapan sebuah rumah yang bercirikan konsep melayu. Rumah separuh banglo separuh papan itu cukup menarik. Tak jadi Syifaa hendak mengundurkan kereta apabila sebaris nama yang melekat di sebelah pintu pagar mengusik tangkai hatinya.
Rumah Impian Kasih Juwieta.
dan tiba-tiba sahaja matanya bergenang. Nama akhir yang terukir indah itu memaksa air matanya turun laju.
Farah yang menyedari segera menyentuh paha gadis.
“Pantang betul kau lihat nama Juwieta terus saja nak menangis. Pleaselah. Aku tak nak dah tengok kau macam ni. Tapi kau still nak nangis. Dah. Biar aku yang drive pulak.” dengan rasa geram Farah keluar. Mereka bertukar tempat dan Farah memandu laju meninggalkan kediaman yang tak dikenali itu membawa Syifaa yang lencun dengan air mata.
Gadis itu perlu dilarikan jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience