Villa Dato’ Seri Zainul Arif
"Bila Reez akan sampai?" Tanya Dato' Seri Zainul Arif sebaik selesai menunaikan solat maghrib. Datin Seri Raihanah yang sedang melipat telekung solat pantas memandang suaminya.
"Katanya kejap lagi. Zuhdi dah pergi ambil kat airport," jawabnya mesra. Telekung di bawa ke bilik pakaian lalu disidai di tempat yang telah tersedia.
"Adik macam mana? Tak pergi tengok dia ke?" Kali ini perihal Aiza pula yang ditanya. Bimbang juga. Setelah dibedah terus makin murung. Bimbang pula hati tuanya.
"Pagi tadi Rai dah buat semunya. Mandikan dia. Cuci luka. Bagi makan ubat. Tapi tulah, rasa geram pulak dengan adik. Sejak belajar kat sekolah baru ni Rai tengok adik makin keras. Suka tinggikan suara pada Rai. Apa salah Rai bang. Nak kata Rai yang paksa dia tukar sekolah tak. Bukan Rai yang paksa. Dia sendiri yang nak pindah. Kalau Rai tersalah mengongkong tak juga rasanya." Datin Seri Raihanah mengeluh panjang. Dia sedar akan sikap Aiza tetapi dia tak mampu berbuat apa. Makin menjai-jadi kalau Mukhreez tak ada di rumah. Hendak dimarah selalu bimbang gadis itu lari dari rumah pula.
Dato' Seri Zainul Arif bangkit dari sejadah. Tarik kain baldu tersebut lalu dihulurkan kepada sang isteri.
“Dia buat apa?” soal lelaki itu mahu tahu.
“Masa Rai cuci luka dia Rai salah tekan sikit je dia naikkan suara. Siap dengan muka singa. Rai terkejut bang. Tak pernah lagi Rai tengok dia macam tu.”
Cerita si isteri buat Dato’ seri Zainul Arif berfikir panjang.
“Rai tak cuba selidik ke. Kenapa adik jadi macam tu?”
“Dah bang. Tapi masalahnya semua orang tak tahu. Nak tanya cikgu sekolah dia, awal-awal lagi dia warning Rai. Kalau dia dapat tahu classmate dia tahu siapa dia, katanya nak lari dari rumah.”
Terus terjongket kening Dato’ seri mendengar cerita begitu.
“Bila dia warning Rai macam tu?”
“Masa dekat wad bang. Pening kepala Rai nak fikir. Sampai Rai rasa macam Rai terlalu manjakan dia.”
Dato’ Seri Zainul Arif menggeleng menafikan.
“Taklah. Rai dah sayang anak seadanya. Mungkin adik tertekan dengan tempat baru. Tak pun dia stress sebab nak periksa besar tahun ni.”
Terus Datin Seri Raihanah mengangguk setuju. Boleh jadi.
"Tengah hari tadi Rai pergi jenguk adik tak?"
"Dah bang. Tapi tulah. Adik kunci pintu pula."
"Kalau macam tu biar abang pergi tengok kejap." Lantas tanpa bertangguh orang tua itu terus melangkah ke bilik anak daranya. Picu pintu ditarik. Sayang sekali berkunci. Lalu diketuk manja.
"Adik, kenapa kunci pintu. Daddy nak masuk," ujar Dato' seri namun tiada sahutan.
"Kalau adik kunci macam ni banyaklah adik kena bergerak."
Masih tiada sahutan.
"Adik!" Oktaf suara orang tua itu akhirnya naik tinggi apabila masih tiada sahutan.
"Leave me alone. Give me space to heal." Akhirnya suara Aiza kedengaran juga.
Dato’ Seri Zainul Arif menggeleng kesal mendengar kata-kata itu. Saat dia berpaling hendak meninggalkan bilik wajah sang isteri menyapa ruang mata. Wanita itu yang berdiri tidak jauh dari belakang tunjuk muka kecewa.
Sementara di dalam Aiza Munirah memandang gambar berukuran passport di tangan. Manik-manik jernih yang bertakung di dalam kolam mata tak mampu lagi bertahan lalu menumpahkan isinya dengan begitu banyak.
Dengan rasa sakit hati dia renyukkan gambar di tangan sekuat tenaganya. Namun hanya seketika. Kembali betulkan semula gambar tersebut dan menangis lagi sehingga sudah tiada suara yang hendak dihambur keluar. Sungguh, sakit di tempat pembedahan tidak sesakit hatinya. Kalaulah ia boleh ditarik keluar akan nampaklah betapa berkudisnya hati dengan segala perbuatan orang di dalam gambar.
"Aku benci kau. Aku benci kau. Mana janji kau dulu. Mana!" Aiza Munirah menangis pilu. Kalaulah dia tidak terlihat orang di dalam gambar hari dia keluar hospital dia tidak akan sesakit ini. Namun sudah takdirnya ternampak susuk itu di tempat parkir berpimpin tangan dengan seorang perempuan seksi. Mengenangkan semua itu dia meraung kuat. Bangkit dari katil lalu masuk ke dalam bilik air. Buang gambar ke dalam tanda dan diam sehingga tiada apa yang tertinggal. Kemudian dia menjerit lagi. Begitu kuat sehinggakan kedua-dua orang tuanya yang berada di luar terkejut besar. Malah kelam kabut mendekati pintu bilik.
"Kenapa dengan adik tu?" Soal Datin Seri Raihanah resah. Tak jadi hendak turun ke bawah bersama suami. Sebaliknya
“Aku benci kau!!!” suara raungan itu bergema di dalam bilik dan sekali lagi dan melukakan telinga kedua-dua batang tubuh yang ada di luar.
“Adik. Buka pintu ni?” berkali-kali Dato’ Seri mengetuk pintu namun tiada sahutan. Malah raungan pun tiada juga. Saat terdengar sesuatu yang keras menghempap ke dinding dan jatuh ke lantai hati Datin seri Raihanah kecut. Malah tangannya menggigil keresahan. Dia cukup bimbang andainya si anak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
“Mummy… daddy. Kenapa?”
Kedua-dua orang tua itu mengurut nafas lega apabila susuk anak jantannya muncul bersama Zuhdi. Wajah Mukhreez terpamer riak risau dan bimbang.
“Adik kat dalam bilik. Dari tengah hari tadi lagi berkurung. Sekarang mummy dengar dia mengamuk. Lepas tu senyap pula. Mummy bimbanglah, Reez!” luah Datin Seri Raihanah sebak.
Dada Mukhreez berdebar kencang lalu menyuruh orang tuanya ke tepi. Dia rapatkan telinga ke daun pintu.
“Adik… buka pintu ni.” Berkali-kali Mukhreez mengetuk pintu namun langsung tiada jawapan. Lama menunggu dia mula jatuhkan pandangan pada Zuhdi yang juga nampak risau.
“Adik… abang Di ada datang ni. Bukalah pintu.” Sengaja menggunakan nama lelaki itu kerana dia tahu Aiza memang rapat dengan anak Pak Aziz, pemandu daddy. Namun begitu tiada juga jawapan yang kedengaran. Masing-masing hilang punca. Mukhreez lagilah rasa pelik. Kenapa dengan Aiza. Apa yang telah berlaku?
Mukhreez mundar-mandir di hadapan bilik Aiza. Zuhdi yng menyaksikan keadaan Mukhreez cari idea. 15 minit mereka mengambil masa menyuruh Aiza membuka pintu namun tiada sahutan dari dalam.
“Adik, buka pintu ni?” jerit Mukhreez dari luar sekali lagi.
“Masih tak nak buka?” Muqree yang dihubungi sebentar tadi sudah sampai dan segera ke muka pintu. Helmet masih terselit dicelah ketiak lelaki itu.
“Adik buka pintu. Ini abang chik?” Muqree mengetuk pintu bilik begitu kuat namun tetap senyap-sunyi. Tiada respon.
“Kunci bilik adik mana?” tiba-tiba Zuhdi bertanya. Wajahnya nampak kalut. Bimbang sekiranya Aiza buat perkara yang tidak sepatutnya. Mukhreez mencari Mak Wan hendak menyuruh pembantu rumah mengambil kunci tetapi orang tua itu datang termengah-mengah ke arah mereka.
“Mak Wan dah cari dari tadi tapi tak jumpa,” ucap Mak Wan risau. Pandang majikannya yang kelihatan resah.
Mukhreez hilang punca. Muqree pula tidak banyak cakap lantas berlari keluar dari rumah dan menuju ke beranda bilik Aiza. Mukhreez yang memahami tindakan adiknya segera mengekori langkah Muqree.
“Abang long ambik tangga!” arah Muqree. Mukhreez pantas ke bilik stor dan mendapatkan barang yang diminta lantas tingkatan ke beranda bilik Aiza.
Muqree terus memanjat. Diikuti Mukhreez. Mujurlah pintu gelangsar tidak dikunci. Kedua-duanya terus masuk ke dalam bilik Aiza. Namun, batang tubuh adiknya tidak ada di atas katil. Terus hati diburu bimbang. Apabila mereka mengarah ke katil kedengaran air paip hujan menitik ke atas lantai dengan begitu lebat.
Kedua-duanya mengetuk pintu bilik air. Sementara orang di luar menunggu dengan penuh debar.
“Adik, buka pintu. Abang long dah balik!” jerit Mukhreez namun tiada sahutan dari bilik air. Resah dengan keadaan Aiza pantas sahaja menendang pintu dengan kuat. Sekali tendang sahaja pintu pun terbuka.
“Adik!!!”
Suara Mukhreez bergema sebaik sahaja melihat sekujur tubuh mungil tertiarap di atas lantai yang basah ditimpa air hujan. Tubuh Aiza yang dibaluti baju malam sudah basah kuyup. Dengan tenaga lelakinya dia kendong adiknya sehingga ke katil. Manakala Muqree meluru ke pintu lalu dibuka. Biarkan orang di luar terus masuk.
Di katil, Mukhreez menampar lembut pipi adiknya berulang kali namun Aiza tetap kejung. Wajah itu pucat dan kesejukan. Melihat mummy yang sudah menangis dia yang rasa bersalah. Pandang wajah daddy. Tak tunggu arahan ayahnya terus sahaja dicempung untuk dihantar ke hospital.
“Kereta aku.” pelawa Zuhdi risau dan Mukhreez mengikut saja. Dalam perjalanan hati tak lepas berdoa semoga Aiza baik-baik saja.
Share this novel