BAB 27

Drama Series 18121

Bilik Resort

Syifaa lebarkan senyum sebaik pintu bilik terbuka. Melihat keindahan bilik hati berasa tenang. Sedang melilau Aiza di belakang meluru laju. Terus melangkah ke pintu gelangsar. Gadis itu menarik pintu dengan cepat lalu melangkah ke luar dan berdiri di beranda.

Syifaa terpisat-pisat melihat Aiza depakan tangan. Merasai udara yang berhembusan bebas. Angin laut yang kuat menerbangkan rambut Aiza yang tidak diikat menerbitkan teka-teki. Apakah Aiza sukakan pantai?

Terus dia teringat pertemuan mereka di Pantai PCB lepas. Pertemuan itu dan sikap gadis itu memberi jawapan Aiza sukakan pantai. Lantas Syifaa lorekkan senyum gembira lalu turut melangkah mendekati gadis itu.

“Aiza suka pantai?” tanya Syifaa sekadar berbahasa bersama senyuman indah. Tak disangka gadis itu balas dengan jelingan tajam. Nampaknya Aiza tidak suka diganggu lantas masuk semula ke dalam dan hempaskan punggung ke atas katil.

“Saya nak tidur. Jangan ganggu,” ujar gadis itu lantas menarik selimut. Kerana suhu pendingin hawa yang amat sejuk gadis itu membungkus seluruh tubuh.

Syifaa menggeleng kesal seraya pandang jam tangannya. Tak zuhur lagi. Jadi dia akan biarkan gadis itu tidur dulu. Lagipun tidur sebelum waktu zuhur lagi cantik.

Dia hembus nafas panjang. Bergerak mendekati gadis itu. Dari sekolah lagi Aiza hanya berdiam sahaja. Langsung tak mengendah. Telinga itu hanya disumbat dengan earphone dan sesekali Syifaa lihat Aiza pejamkan mata. Dia tahu gadis itu tidak tidur. Dia mahu mengajak berborak agar tak mengantuk tetapi Aiza buat tak faham. Hingga sampai ke resort pun gadis itu tak mahu bercakap dengannya.

Ikutkan hati dia mahu menuntut janji gadis itu. Akan mendengar katanya apabila berada di sini tetapi Aiza tetap begitu. Tetapi dah ikut ini pun dia bersyukur sangat. Jadi, dia tak akan memaksa.

“Aiza! Pukul tiga nanti kena masuk slot pertama dulu. Kena dengar talk tentang koperasi. Jadi, Aiza rehatlah dulu. Nanti cikgu kejutkan,” ramah Syifaa melayan. Bagaikan melayan adik sendiri. Namun dalam berbungkus Aiza sengetkan senyuman. Sebaik Syifaa masuk ke dalam bilik air gadis itu terus keluar dengan hati girang.

***

Bilik Seminar

Jam sudah menganjak ke angka tiga setengah namun kelibat Aiza tetap tidak kelihatan. Resah Syifaa menanti gadis itu di dalam bilik seminar. Lama menunggu namun Aiza tak muncul. Sebelum dia keluar tadi, dia sudah kejutkan gadis itu dan Aiza hanya menggeliat. Malah dia siap berpesan akan menunggu di dalam bilik ini. Lagipun mereka hanya menggunakan bilik yang sama seperti pagi tadi.

Dia menghubungi gadis itu. Berulang kali mendail namun, talian ditutup. Hati berhempas kecewa.

Sesekali matanya melirik ke arah pintu dewan seminar. Nasib baik sekarang ini sekadar mendengar sahaja. Kalau malam nanti Aiza buat hal juga entah alasan apa yang perlu dia berikan. Resah sungguh menunggu sehingga jam hampir berganjak ke angka lima dan Aiza tak muncul juga.

Malu pula dekat cikgu-cikgu yang lain. Ada yang ramah bertanya ke mana Aiza pergi sebab pagi tadi mereka sudah saling berkenalan. Terpaksa dia berbohong mengatakan gadis itu tidak sihat. Sampai rasa berdosa pula sebab menipu.

Dari petang sampai ke malam, Aiza tetap tak muncul. Sampai satu tahap Syifaa rasa sungguh kesal. Kalau tengah malam ini Aiza tidak juga muncul dia akan buat laporan dekat pejabat resort.

***

Depan pintu bilik

Hari sudah lewat malam dan Aiza masih melangkah mengikut gerak kakinya. Sengaja melarikan diri sejak petang tadi. Dia mahu mencari ketenangan. Bukan itu saja, dia mahu melihat sejauh mana kesabaran guru kelasnya itu. Dia mahu mendera. Biar cikgu itu nanar mencari. Baru padan muka.

Jam sudah menunjukkan angka sepuluh. Tiba-tiba tubuhnya meremang. Pandang sekeliling. Tiada seorang pun manusia yang bermain di pesisir pantai. Jika maghrib tadi masih ada yang bersukaria menunjukkan kebahagiaan. Tetapi kini dia mula gugup. Dia tak biasa berseorangan ketika dalam gelap.

Terus Aiza angkat kaki melangkah pulang ke bilik. Dalam rasa seram dia tetap menunggu lif tiba. Entah kenapa terasa begitu lama pula kotak ajaib itu hendak tiba. Sekali lagi matanya memandang keliling. Tiada seorang manusia pun yang kelihatan di pandangannya.

Lama menunggu akhirnya pintu lif terbuka juga. Masuk ke dalam dan dada tiba-tiba berdegup kencang. Cikgu Syifaa sudah pulang dari aktiviti malam atau tidak. Bagaimana kalau cikgu itu masih belum tiba. Habis tu dia nak tunggu kat mana. Kat lobi? Tak. dia tak suka orang yang lalu-lalang melihatnya. Lalu dia berdoa cikgu tersebut sudah ada di dalam bilik.

Loceng lif berbunyi dan Aiza lega. Dia sudah sampai ke arasnya. Sebaik pintu terbuka matanya buntang. Terhidang sebuah drama yang cukup menyakitkan hati malah mendera emosi. Pantas bibir diketap geram. Melihat pasangan yang tak tahu malu saling menggesel hidung macam kucing terus dendam di dalam hati membukit.

Dia tak boleh kalah. Apatah lagi sepasang mata beralis tebal itu sempat melirik ke arahnya. Muka itu berkerut dan Aiza tak mahu ambil peduli. Terus melangkah keluar. Melintasi pasangan itu dengan cepat sehingga tiba di depan biliknya. Tanpa disedari dirinya diekori.
“Aiza!”
Suara itu memanggil dengan nada tak terduga. Nada terkejut yang buat amarah Aiza mendidih melebihi darjah. Terus Aiza hentikan langkah. Namun, tubuh tiba-tiba seram sejuk. Kaki diangkat semula untuk terus bergerak namun tubuh pemilik suara lebih dahulu menghalang. Berdiri di depan dengan senyuman yang nampak menyeramkan.

“It’s you, darling.” Lelaki itu mengesahkan. Mata itu meliar ke segenap wajah Aiza dan akhir sekali berhenti pada mata nan cantik yang langsung memandang ke arah lain.

“Long time no see. I miss you, darling!” Tiba-tiba saja ayat itu keluar dan memuntahkan lahar amarah Aiza.

“Aku warning kau. Jangan tunjuk muka jahat kau depan aku sampai mati.” Keras suara Aiza memberi amaran seraya menolak tubuh itu dan mengetuk daun pintu berulang kali sampai tangannya sakit. Amarahnya semakin melahar apabila orang di dalam bagaikan tuli. Langsung tidak membuka pintu. Nafas dihembus geram lalu jeling Azlee yang berikan senyum panjang.

Lelaki itu bergerak lalu menyandar di daun pintu.

“Kenapa muka masam macam mangga ni. Dah lama kita tak jumpa. Sepatutnya Aiza tunjuk senyum manis. But… kenapa nak larikan diri dari abang,” soal Azlee beria. Muka pula semanis mungkin dizahirkan dan tangan pantas naik merayap ke lengan Aiza. Terus Aiza menepis kuat dan bergerak hendak meninggalkan bilik. Tak sanggup berdepan dengan lelaki yang telah melukakan hatinya. Mencemarkan harga dirinya.

Baru selangkah dua Azlee menarik lengannya.
“Lepaslah.” Aiza meronta-ronta namun lelaki itu makin mencengkam kuat.

"Hey, darling. I said I miss you. Can’t you see it in my eyes?”
“Lepaslah. Aku cakap lepaslah.” Aiza meronta-ronta. Ayat romantik lelaki itu langsung tak memberi kesan kepada hati. Sebaliknya menumbuhkan rasa benci yang terlalu kuat sehingga dia mahu memukul muka itu berkali-kali. Malah dia mahu membunuh lelaki itu kerana mata tajam itu sehingga kini masih meliar di mukanya.

“Abang tak akan lepaskan Aiza. Dah lama abang cari. Abang rindu sangat dekat Aiza. Abang cari Aiza merata tapi tak jumpa.”

“Tipu!” kuat suara Aiza terlontar keluar sehingga tangan lelaki itu terlepas dari lengannya. “You lied!” jerit Aiza lagi dengan mata merah menahan tangis.

“Tipu apa sayang?” soal Azlee tak faham. Namun, Aiza sudah maklum dengan muka itu. Muka itu pandai menyorokkan wajah jahat. Sungguh Aiza benci dan menyampah dengan muka itu.

“Aku benci kau. Baik kau pergi sebelum aku buat kau malu.”
Aiza nak melangkah namun lelaki itu menolaknya rapat ke dinding betul-betul di hadapan biliknya.

“Lepas!” Aiza meronta namun Azlee dengan cepat meragut bibir mungil Aiza dan sebiji penampar naik ke muka lelaki itu.

“Kau memang gila!” Aiza cuba menolak tubuh itu namun Azlee makin kuat mencengkam kedua-dua belah bahunya. Malah mencari-cari bibirnya untuk dipagut sekali lagi.

“I love darling.” Azlee sudah seperti orang tak makan setahun. Meliar memerhati bibir Aiza. Kemudian mata itu turun ke dada Aiza yang tertutup dengan sweater. “Darling, abang tak akan lupakan malam tu. Malam kita sama-sama….”

Panggg!!!
Sekali lagi sebiji penampar hinggap di pipi Azlee. Terus amarah lelaki itu meruap naik.

“Jangan cabar abang.”

“Kau jahat. Kau yang rogol aku,” jerit Aiza hingga tidak menyedari pintu biliknya telah ditarik dari dalam.

“Aku tak paksa kau. Kau yang rela.” Tiba-tiba saja Azlee berubah watak dan tahulah Aiza yang dia memang salah. Salah dalam menilai lelaki itu.

“Kau jangan tunjuk baik sangat. Kau yang pujuk aku. Kau cakap kau akan jaga aku. Tapi… kau tak jaga pun aku. Kau buat jahat dekat aku. Kau buat aku macam perempuan sampah. Kalau aku tak lari malam tu, a… aku… a… aku….”

Tak mampu habiskan kata. Mula terbayang di depan mata. Bagaimana rakan-rakan lelaki itu meminta-minta dengan Azlee. Tak sabar menunggu giliran masing-masing hendak melempiaskan nafsu jahat mereka. Dia yang dalam kesakitan sempat menarik pisau pengupas epal. Mengugut hendak membunuh diri jika diapa-apakan buat kali kedua. Sakitnya hati mengenangkan semua itu. Sampai ke saat ini dia tak mampu menghilangkan bayangan hitam itu.

“Syussshh, darling. I am sorry, okay. Abang sayang Aiza sebab tu abang buat macam tu.”

“Gila!” tempik Aiza kuat dan sepasang mata di celahan pintu mula menitikkan titik-titik suam.

Kesakitan yang ditanggung si gadis membuat Syifaa terkedu. Air matanya terus laju. Sungguh Syifaa tak terduga dengan cerita yang dia dengar.

“Abang sayang Aiza,” luah lelaki itu dan tangan merayap ke rambut Aiza. Terus Aiza tepis kuat.

"Kau memang gila. Kalau kau tak gila kau tak akan serahkan aku pada lelaki lain. Kau dah jahanamkan hidup aku. Sebab kau aku pregnant. Aku gugurkan anak yang tak berdosa TU sebab kau juga. Kau memang jahat. Kau jahat.”

Dan Aiza memukul lelaki itu semahu hati bersama air mata yang terus meluruh. Syifaa di celahan pintu mula bergerak keluar. Sedar tak sedar dia sudah berdiri di luar gara-gara tergamam dengan cerita yang singgah di telinga

“Chill, darling!” Tangan Aiza ditangkap. “Kita muda lagi. Lupakan benda lama. Kita enjoy puas-puas. And you know, I miss that night.” Azlee merayu bersama senyum jahat.

Buntang mata Aiza mendengar kata-kata Azlee lantas dipijaknya kaki lelaki itu. Melompat-lompat Azlee seraya berpusing. Dan… ketika itulah mata tajam itu terpandang susuk cantik berpijama merah jambu bercorak hati berdiri di luar pintu. Walaupun bertudung namun wajah ayu itu spontan membuat Azlee tegakkan tubuh.

Pandang wajah cantik di muka pintu itu dengan tajam. Aiza di belakang pula tersentak. Apabila mata Cikgu Syifaa singgah pada matanya terus dia angkat kaki melangkah meninggalkan tempat itu dengan perasaan malu dan rendah diri. Tanpa dia sedari ada peluang baru untuk Azlee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience