BAB 37

Drama Series 18121

Villa Tan Sri Zainul Arief

Mukhreez mundar-mandir tak tentu arah di laman rumah. Benaknya asyik menyoal keadaan gadis yang didambakan. Telefon di tangan juga sudah acapkali ditenung. Mengharapkan pesanannya dibalas. Sayang sekali hanya bluetick yang naik. Langsung tak ada balasan.

Hati Mukhreez penasaran. Sudah masuk hari ketiga tetapi pesanan yang dihantar tidak sampai kepada tuan pemilik nombor. Entah bagaimana dengan gadis itu. Dia ada bertanyakan Aiza namun adiknya itu memberitahu dua tiga hari ini tak menjumpai Cikgu Syifaa di sekolah. Dengan perasaan tak tentu arah Mukhreez bergerak mengambil angin di bawah gazebo. Mahu meringankan kepala yang sarat dengan persoalan.

Ketenangannya terganggu apabila kereta yang dipandu Pak Aziz memasuki garaj kereta. Aiza pantas keluar dari tempat duduk di hadapan dan melewatinya di gazebo. Gadis itu baru pulang dari kelas tambahan hari minggu.

Aiza pelik melihat abangnya masih ada di rumah.
“Abang long cakap nak keluar dengan Abang Di. Tak jadi ke?” soal Aiza sebaik sahaja dekat dengan lelaki itu. Wajah Mukhreez monyok macam mati bini.

“Dah keluar pagi tadi tapi abang long balik awal sebab nak jumpa adik.”

Aiza segera labuhkan punggung di sebelah lelaki itu lantas berikan senyuman.
“Ini mesti nak tanya pasal tweety dia lah tu kan?”

Mukhreez mengangguk penuh minat. Riak muka pun terus berubah. Sudah ceria.
“Dah masuk hari minggu tapi pesanan abang tak sampai. Phone cikgu adik ada problem ke? Abang kena beli telefon baru lagi ke?”

Terbit tawa kecil Aiza dengan gelagat abangnya.
“Hai bertuahnya cikgu. Abang long sanggup bagi apa saja untuk cikgu tau tak,” luah Aiza cemburu. Pandang abangnya yang kembali monyok.
“Abang jangan bimbanglah. Cikgu Syifaa cuti.”

Terus Mukhreez buntangkan mata.
“Dia pergi mana?” tanya Mukhreez tak sabar.

“Tak tahu. Adik dah tanya Cikgu Farah tapi kan cikgu diam je. Lepas tu adik perasan muka Cikgu Farah sugul je. Tak ceria.”

Pantas Mukhreez memandang jauh ke hadapan.
“Or… my sweetie sakit?” tanya Mukhreez risau.

Pantas Aiza menggeleng.
“Tak kut. Mungkin Cikgu Syifaa ada hal emergency.”

Mukhreez memicing matanya jauh memandang ke depan. Sesekali gerahamnya diketap dan tindakannya spontan menerbitkan taw alucu Aiza.

“Apahal gelak. Abang long tengah risau adik boleh pula nak ketawa.” soal Mukhreez geram dan tawa Aiza masih kedengaran.

“Mana tak ketawanya kalau perangai abang long makin menjadi-jadi. Dahsyat betul sakit abang ni. Sama je dengan orang yang duduk dalam wad mental,” kutuk Aiza tak berlapik. Pantas Mukhreez tegakkan badan.

“Adik jangan lebih-lebih. Kalau abang long gila, abang long tak akan pikat Cikgu Syifaa. Abang long akan cari yang sama sewel dengan abang long.”

Terus terluah tawa besar Aiza sehingga air matanya keluar kerana tidak tertahan dengan lawak abangnya.
“Call je lah abang long.” suruh Aiza tidak tahu. Padahal sudah acapkali Mukhreez menghubungi, namun langsung tidak terjawab.

“Dah dik. Entah berapa puluh kali dah abang long call tapi macam tu jugak. Tak makan jerat dik.”

Aiza menggeleng kasihan.
“Hai…. susahnya nak pikat burung kesayangan abang long tu.”

“Memang susah,” rungut Mukreez lantas pandang semula telefon di tangan. Aiza makin kasihan melihat abangnya.

“Apa kata kita pergi jenguk cikgu kat rumah.”

Mata Mukhreez terbuntang. “Erk, bukan. Maksud adik kita pergi mengintai. Kita tengok dari jauh.” tiba-tiba Aiza memberi cadangan dan terbit senyum di bibir Mukhreez.

Idea menarik.
Terus semangat Mukhreez naik apabila Aiza pandai memberikan menggembirakan hatinya tatkala kepala tengah berserabut. Dia terima dan dia akan pastikan cikgu kesayangan ada di rumah.

***

Di dalam bilik Syifaa

“Kau okay ke tak ni?” tanya Farah sebaik saja masuk ke dalam bilik Syifaa. Kelihatan Syifaa duduk di atas katil mengunyah epal sambil membaca majalah. Itulah yang akan gadis itu buat jika tertekan.

Syifaa tidak menjawab. Pantas Farah menggeleng kesal.
“Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku ingat kau akan betul-betul kuat tapi kau masih lemah rupanya. Sampai bila kau nak diam macam ni. Takkan lepas ni kalau jumpa Wieta balik kau berulang kali akan jadi macam ni,” rungut Farah kesal. Kesal dengan sikap Syifaa.

Syifaa pula perlahan-lahan jatuhkan majalah ke atas riba.
“Aku perlukan masa.”

“Masa apa lagi Syifaa. Takkanlah setiap kali kau ada masalah kau nak ambil crk. Nak ambil mc. Kau tak penat ke?” soal Farah lantas labuhkan punggung ke atas katil di hujung kaki Syifaa.

Syifaa hanya diam dan pandang ke luar jendela. Sebuah kereta berhenti betul-betul di sebelah pagar rumah di depan. Mata mengamati Honda HR-V berwaran silver itu. Tidak ada tanda penumpang akan keluar. Namun, tak sangka telefonnya berbunyi. Pantas mata kerling seketika. Malas hendak melayan.

Farah yang melihat pantas menggeleng geram.
“Tengolklah. Dah 25 missed calls. Biar betul kau ni. Buat orang tertunggu-tunggu.”

Syifaa terus diam. Malas hendak melayan.
“Macam ni lah kau kan. Kenapa nak seksa diri. Kenangan tu dah tak beri apa-apa makna. Apa yang utama sekarang ni selesaikan semua masalah yang kau nak tahu tu cepat-cepat. Aku rasa barulah hidup kau akan tenang.”

Akhirnya Syifaa hembus nafas panjang. Tegakkan tubuh dan sekali lagi telefonnya berbunyi.

“Apa saja masalah yang kau ada kau kena hadap Syifaa. Aku tak boleh nak tolong kau melainkan kau sendiri yang bentuk kekuatan kau. Aku hanya boleh jadi tempat kau bersandar. Kau kena terima semuanya. Kau kena hadap semuanya.” Farah tak lelah menasihati.

“Aku sayang Wieta, Farah.Tapi… sampai hati dia buat aku macam ni. Dia tipu aku. Dia buat aku macam orang bodoh.”
Dan Syifaa hamburkan tangisan. Farah pantas menyentuh betis Syifaa.

“Aku tak tahu sebab apa dia buat kau macam tu tapi aku nak kau jumpa dia kau tanya. Kenapa dia buat kau macam tu. Kenapa dia perlu berbohong dan cakap dia tak kenal lelaki itu.”

Syifaa terus menangis.
“Kau saja yang boleh minta jawapan tu. Bukan aku. Jadi, kau perlu kuat. Pergi jumpa Wieta.” Pantas kad bisnes yang separuh daripada tapak tangan itu diletakkan di atas meja tulis Syifaa. “Kalau kau nak aku temankan kau, cakap dengan aku. Aku sanggup tadah telinga.” Pandai Farah mengusik dan terus tangisan Syifaa berganti ketawa. Ketika itu jugalah deringan kedengaran lagi.

"Kasihannya mamat ni. Kenapalah kau tak jawab. Dah banyak kali dia tu call. Kasihan dia," omel Farah seraya menghembus nafas geram. Geram dengan sikap Syifaa.

"Aku tak kenal dia. Kenapa aku nak jawab," balas Syifaa seraya menyeka air mata. Biarkan saja panggilan itu putus dan Farah hembus nafas melalui mulut.

"Kalau kau tak kenal kau tak akan save nama. Kau akan letak alien ke hantu ke. Ini tak kau bubuh nama Sylvester the cat. Maksudny akau kenal, " Farah membidas.

"Kenal nama tak semestinya boleh jawab panggilan dia. Lagipun aku dah tahu dia nak apa. Tentu nak minta aku kawan dengan dia. Tak pun nak ajak kahwin.”

Pantas Farah menggeleng.
"Kau ni… jangan sebab hal dulu terus kau tutup pintu hati kau. Jangan keraskan hati kau.”

Pantas Syifaa menggeleng.
“Aku takut. Aku takut jadi macam dulu.”

“Tak semua lelaki sama. Lagipun aku yakin arwah suami kau nak cakap hal yang sebenarnya tetapi ajal dia sampai dulu.”

Tiba-tiba saja air mata Syifaa luruh pula. “Ya. sebab macam tu lah buat aku takut sangat.”

Farah pantas mengusap bahu Syifaa.
“Kau kena lapangkan dada, Syifaa. Jangan sempit sangat. Mungkin ini permulaan untuk kau buka buku baru. Sudah tiba masanya kau bakar buku lama.”

Terus Syifaa bangkit. Pandang ke luar. Kereta HR-V itu masih di situ. Tak nampak pula orang di dalam gara-gara cermin kereta yang gelap. Dan… telefon berdering lagi lantas Syifaa berpaling. Tak sangka Farah pantas mengambil telefon di atas katil.

“Eh, kau jangan memandai nak jawab,” marah Syifaa. Namun Farah buat muka selamba.

"Kau kena cakap dengan aku dulu yang kau akan move on. Baru aku tak jawab." Mata Farah memicing lama mata Syifaa. Mengharapkan gadis itu akan menepati janji.

“A… a… aku….” Ah, susahnya hendak membuang segala kenangan dan membuka pintu hati untuk lelaki lain.

"Kau tak nak eh….” Pantas Farah menyeret ikon hijau ke kanan dan bibir tersenyum puas hati apabila suara di sana memberi salam. Syifaa di depan mengetap bibir geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience