SAMB. BAB 28

Drama Series 23843

Di dalam bilik

Dada Syifaa berdetak kuat. Entah kenapa dia dapat merasakan Aiza dalam keadaan tak selamat.Terus dilajukan langkah.

"Get out! I said, get out!"
Syifaa tersentak.
Dari pintu yang terbuka dia mendengar jerkahan Aiza dan langkahnya terus mati di muka pintu. Mata membuntang tak percaya.

"Aku nak jumpa si cantik manis semalam. Mana dia?" Azlee bertanya sambil mata melilau mencari wajah yang telah mengganggu lenanya sejak semalam. Rambut Aiza dicengkam kuat dan gadis itu terdongak ke atas.

"Dia dah balik. Tak ada siapa pun kat sini. Baik kau keluar,” jelas Aiza namun jawapannya tidak membantu apabila mata menangkap susuk Cikgu Syifaa yang kaku di muka pintu. Terus sahaja Azlee cengkam kolar baju Aiza pula sebaik melihat orang yang diimpikan sudah muncul. Mulut terherot sengih jahat. Tangan pula mencekik leher Aiza sehingga Aiza susah hendak bernafas. Kelihatan tangan Aiza tergapai-gapai meminta tolong.

“Bagus. Si cantik muncul tepat pada waktunya. Come here, baby!’ panggil Azlee namun Syifaa kaku di situ. Tangannya menggeletar. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat ini. Meninggalkan Aiza atau masuk ke dalam?

“Masuk… kalau tidak….!” dan… Azlee menolak kuat tubuh Aiza lalu gadis itu jatuh terperosok ke dinding. Syifaa terkejut. Melihat Aiza yang diperlakukan seperti barang buruk dia tak sampai hati meninggalkan gadis itu. Pantas dia mendekati. Tarik Aiza lalu dipangku bersama juraian air mata yang merembes ke pipi.

"Kau binatang. Kenapa kau buat jahat dekat Aiza. Kenapa?" jerit Syifaa seraya menyuruh Aiza bangun dan larikan diri. Tetapi sayang, Azlee yang lebih dahulu bergerak. Kunci pintu dan ukir senyum jahat. Kemudian lelaki itu menghampiri Syifaa. Tarik lengan Syifaa yang memeluk Aiza kemas. Namun, apalah daya. Dia tak kuat dan lelaki itu berjaya menariknya lalu menghempaskan tubuhnya ke katil.

Aiza yang kesakitan pula perlahan-lahan bangkit.

"Did you know that I d of you? What a pretty girl." Dan bibir itu hendak singgah di wajah Syifaa namun dengan cepat Syifaa berpaling. Sungguh hatinya takut.

Azlee pula sunggingkan senyum jahat. Tangan kanan mencengkam bahu Syifaa dan tangan kiri pula galak mengusap wajah Syifaa yang indah.

“I’ll take yours, slowly. Don't be afraid.”

Syifaa terkejut.
Terus dia bertempik apabila faham dengan kata-kata itu yang bermakna akan merenggut maruah dirinya. Dia tak akan sesekali membiarkan orang yang tak berhak menariknya. Lalu dia meronta sepenuh hati. Tetapi tenaganya tak kuat. Apatah lagi bibir jahat itu sudah singgah ke tengkuknya.

Tak semena-mena kepala lelaki itu lepaskan cengkaman. Spontan berdiri. Syifaa pantas bangkit. Melihat pemanas air di tangan Aiza dia bungkam. Pantas bergerak menjauh apabila sekali lagi gadis itu menghentak kepala lelaki jahat itu.

“Lari, cikgu. Cepat lari,” jerit Aiza dan Syifaa tak berlengah. Terus bergerak ke pintu. Namun langkahnya mati apabila melihat Aiza yang sedang membaling apa saja yang ada ke arah lelaki itu namun tak juga berjaya menjaga diri. Lelaki itu berhasil menangkap Aiza dan menampar muka itu berulang kali.

Tak sanggup Syifaa melihat keadaan Aiza yang semakin lemah lalu dia kembali. Menarik lengan sasa itu sambil merayu agar melepaskan Aiza. Gadis itu jatuh terduduk apabila lelaki itu lepaskan tangan dan Syifaa pula terkedu melihat wajah jahat Azlee. Senyuman sadis diberikan. Tuah sudah datang semula dan Azlee pantas mengepung Syifaa sekali lagi.

“Aku tak akan lepaskan kau. You make me crazy, baby.” Syifaa berjaya ditangkap. Dengan kasar lelaki itu menarik tudung Syifaa dan terurailah rambut ikal mayangnya. Terus Syifaa menangis semahu hati. Kebuasan lelaki itu sudah terzahir dan Azlee cengkam kepala Syifaa lalu mengelus rambut itu penuh bernafsu. Apabila Syifaa tak mampu melawan diciumnya berkali-kali bagaikan orang gila. Bau harum yang melekat pada rambut Syifaa membuatkan nafsu lelaki itu makin bergejolak keluar.

Syifaa menjerit ketakutan sambil meronta-ronta minta dilepaskan. Tangan yang melekap di dinding menyukarkan dia untuk melepaskan diri. Dia hanya mampu menjerit. Meraung meminta tolong namun tiada siapa yang mendengar. Apatah lagi pintu gelangsar tertutup rapat dan pintu bilik juga sudah tidak terbuka lagi.

Aiza pula bangkit sekali lagi. Apapun yang terjadi dia perlu mempertahankan cikgunya. Dia tak mahu Cikgu Syifaa mengalami peristiwa pahit seperti dirinya. Lalu mata melilau mencari sesuatu untuk mengajar lelaki itu. Teringat akan kotak pensel di dalam beg sandang lalu dia bergerak mendapatkan bekas tersebut. Gagau mencari sesuatu dan matanya menangkap barang yang tajam. Pisau pemotong kertas dikeluarkan. Tak teragak-agak dia berpaling.

Melihat lelaki itu mengoyakkan baju Cikgu Syifaa hatinya mendidih sakit. Apabila tali anak baju sudah kelihatan dia nekad akan menghapuskan lelaki itu. Apa pun yang jadi dia akan bertanggungjawab.

“Kau jantan tak guna!” jerit Aiza lalu berlari hendak menikam belakang lelaki itu.

Dan… Azlee berpaling. Tersentak dan pantas mengelak. Lalu pisau di tangan Aiza merodok perut Syifaa. Serta-merta darah pekat mengalir membasahi baju.
Aiza tergamam.
Azlee pun sama.

Syifaa pula pandang wajah Aiza dengan mulut ternganga. Dia mahu menyebut nama Aiza tetapi begitu sukar hendak meluahkan. Tangan pantas menekap perut kerana begitu pedih. Perut sudah terasa basah lalu diangkat tangan separas muka. Melihat darah merah membaluti permukaan tangan kepala pun berpusing pening. Isi di dalam pula sudah menjolok keluar. Dia mual dan tak lama Syifaa terkulai layu di atas katil.

Aiza tergamam.
Tak menyangka dia salah merodok orang. Lalu pisau di tangan jatuh ke atas lantai dengan sendirinya. Dengan cepat Aiza duduk di sebelah Syifaa yang sudah tidak sedarkan diri. Meraung memanggil cikgunya. Azlee yang ketakutan pula segera berlari keluar bagaikan pelesit.

Di dalam,
Aiza merangkul kepala Syifaa.
“Cikgu… bangun cikgu. Saya tak sengaja. Bangun cikgu!” Gerak Aiza dalam linangan airmata.

“Bangun cikgu. Saya minta ampun pada cikgu. Saya tak sengaja,” jerit Aiza kuat. Sungguh dia kesal dengan apa yang telah terjadi.

“Maafkan saya cikgu. Tolonglah bangun, cikgu. Jangan tinggalkan saya. Saya janji kalau cikgu bangun saya akan jadi budak yang baik. Tolonglah cikgu.” Aiza tersedu-sedu memanggil Syifaa. Namun Syifaa sudah tidak sedarkan diri. Malah darah pula tak berhenti mengalir.

Hati Aiza menjerit sakit. Pandang keliling. Pintu yang sedikit terbuka membataskannya untuk meminta tolong. Kenapa tak ada orang yang melihat mereka. Mana abang longnya. Kenapa tak sampai lagi. Suara menjerit pedih.

Sementara di luar, Mukhreez baru tiba. Terus ketuk daun pintu.
“Adik! Abang long dah sampai ni.”
Mukhreez memberitahu.

“Abang! Masuk bang. Tolong adik. Tolong!”
Mukhreez tersentak. Mendengar suara kuat dari dalam terus dia tolak daun pintu. Sememangnya tidak tertutup rapat. Sebaik terbuka matanya menyaksikan sesuatu yang tak terduga. Dalam hati yang tertanya-tanya dan dada yang berdetak kencang dia melangkah laju masuk ke dalam menghampiri adiknya yang memangku seseorang. Rambut yang panjang menutup keseluruhan muka itu menyukarkan dirinya untuk mengecam. Tetapi baju di badan seakan baru dilihatnya.

“Abang long!” panggil Aiza dalam esakan yang semakin kuat. “Tolong abang long. Tolong!” jerit Aiza lagi dan Mukhreez terus jatuhkan lutut. Melihat pakaian yang dibasahi darah hatinya ketakutan. Hati menolak keras. Tak mungkin!

“Cepat abang. Selamatkan cikgu.”
Apabila Aiza menyebut cikgu barulah Mukhreez kembali ke alam realiti. Terus mencempung si gadis yang terkulai layu. Sebaik rapat ke dadanya rambut yang menutupi wajah si gadis pun jatuh ke bawah dan menzahirkan wajah yang pucat tak bermaya.

Mukhreez terkejut.
Dadanya bagaikan dipalu dengan besi. Terkejut bukan kepalang sebaik melihat wajah itu. Wajah yang dilihatnya sebentar tadi. Wajah yang diangan-angankan. Tetapi sayang pertemuan mereka dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.

“Cepat dik. Selamatkan cikgu dulu,” arah Mukhreez lalu mencempung si gadis membawa bersama rasa kesal yang tak sudah. Dalam hati tak lepas berdoa agar nyawa si gadis akan selamat.

Share this novel

Rozi Ramli
2025-05-29 21:20:45 

lambatnyr kamu mukhreezzzzz

ida
2025-05-27 23:52:17 

Saspennya. Bapak Setan azlee ni..cepat2 sambung tau GH.


NovelPlus Premium

The best ads free experience