BAB 33

Drama Series 18121

Bilik guru

Masa berjalan dengan begitu pantas. Sedar tak sedar sudah masuk bulan ke lima persekolahan dan Syifaa juga sudah seminggu kembali mengajar. Sebaik sahaja sihat dia sempurnakan segala tugas yang terbengkalai agar urusan selepas ini akan berjalan dengan mudah.

Sebelum waktu rehat dia sudah masuk mengajar kelas 5 Dinamik. Seminggu ini hatinya cukup ceria. Melihat perubahan sikap Aiza yang sudah mesra dengan rakan sekelas meyakinkan Syifaa yang gadis itu benar-benar berubah. Gadis itu sudah mampu berbincang dalam kumpulan. Malah menolong rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran. Cuma satu sahaja yang tidak berubah. Ada masanya Aiza akan menyendiri. Dari situ Syifaa mengagak itulah cara gadis itu menenangkan fikiran.

Usai kelas, Syifaa menghabiskan masa di dalam bilik guru. Menyiapkan rekod pengajaran. Selepas itu menanda buku-buku latihan. Habis saja menyempurnakan kerja dia mahu ke kantin untuk berehat. Baru saja hendak bangkit, telefonnya berbunyi. Tanpa mengesyaki apa-apa jarinya pantas menatal layar skrin lalu membuka peti pesanan.
After a few weeks I am still waiting for a reply.

Syifaa tersentak lalu menghembus nafas kesal. Rupa-rupanya lelaki itu masih menunggu jawapan daripadanya. Dia ingatkan kesenyapan seminggu ini menandakan lelaki itu sudah putus asa. Rupanya tidak.
Saya senyap sebab nak beri ruang pada awak
Ambil masa untuk fikirkan

Itu alasan lelaki itu dan sekali lagi Syifaa menghembus nafasnya. Lalu dia perlu berikan jawapan sebelum lelaki itu makin mengharap dan tertunggu-tunggu.
Terima kasih atas pertolongan encik.
Saya rasa cukuplah setakat itu sahaja.
Dan… saya minta maaf.
Saya tak sudi berkawan dengan encik.
Hantar nombor akaun. Saya nak bayar balik bil hospital.
Terima kasih.

Pendek tetapi keras. Itulah balasan yang sepatutnya dan Syifaa tak mahu dekat dengan mana-mana lelaki. Cukuplah sekali dibohongi. Pantas dia menarik tas tangan lalu bergerak menuju ke kantin. Baik dia isi perut dari melayan lelaki yang tak dikenali.

***

Di dalam pejabat Mukhreez menghembus nafas kesal.

Gadis itu sukar ditawan. Lalu hati menyuruh bersabar. Ini baru permulaan. Hendak memikat burung di taman perlukan kesabaran. Malah ilmu pun perlu tinggi.

It’s okay Mukhreez.
Dia akan terima nanti.
Just believe in hard work.

Hati berpesan dan bibir melarikkan senyum panjang. Pandang layar skrin. Nama Aiza di ketik. Apa-apa hal pun, adiknya perlu ada untuk melancarkan misi yang gagal di permulaan usaha.

Sweetie, wait for me.
I’ll come like a Sylverster. Although you're tweety, for me you are just a white rose. I’ll touch you with my actions and one day you will love me.

Akalnya merancang. Biar orang di sana jadi tak keruan.

***

“Cikgu Syifaa sekejap!” panggil kerani di muka pintu pejabat sebaik ternampak Syifaa yang baru balik dari kantin. Terus saja Syifaa melangkah masuk ke dalam dan kaki mengikut sahaja kelibat kerani yang sudah melangkah ke meja.

“Ada apa Kak Siti?” terus Syifaa bertanya apabila kerani awal 40 an itu tidak menjawab. Wanita itu berhenti di kaunter lantas menarik sejambak mawar putih serta sebuah beg kertas.

Terpinga-pinga Syifaa tidak faham sebaik sahaja Kak Siti hulurkan semua yang dipegang.

“Erk, untuk siapa?” soal Syifaa tidak tahu. Hati jadi tak keruan melihat mawar putih yang cukup indah. Malah harum semerbak baunya apabila jambangan itu dekat di hidung. Terus teringat mawar di rumah yang sudah tiba masanya untuk dibuang.

“Untuk Syifaa lah. Ada orang hantar tadi.”

Terus kepala Syifaa menoleh ke pintu masuk. Mencari gerangan pengirim.

“Dah… tak payah cari. Tukang hantar dah balik,” ujar Kak Siti lucu.

Pantas Syifaa mengangguk malu.
Berat sungguh hendak menerima pemberian ini. Namun dia tidak mahu menjadi bahan perbualan cikgu lain lantas ucapkan terima kasih kepada Kak Siti dan bawa pemberian ke meja sendiri.
Nasibnya tidak baik. Sewaktu ke meja sendiri, Cikgu Wahidah muncul dari depan. Mata itu memandang tajam. Tetapi Syifaa abaikan. Terus duduk dan letakkan beg kertas. Namun, jambangan bunga itu direnung lama.

Hati mengagak.
Tentu lelaki yang telah menolongnya itu mengirim semua ini. Semenjak dari hospital lagi hatinya tak keruan. Dia dapat membaca apa yang lelaki itu mahu. Sungguh dia takut. Sebab itulah dia menolak kemahuan lelaki itu yang mahu berkawan dengannya.

Sebuah keluhan dilepaskan. Jambangan bunga tadi diletakkan ke atas meja. Kali ini tangannya menarik beg kertas pula. Terketar-ketar tangannya meleraikan ikatan. Bimbang di dalam ada sesuatu yang menakutkan. Tetapi tidak seperti yang dijangkakan. Sebaik menarik kotak di dalam beg hati jadi panas tiba-tiba. Melihat jenama pada kotak dia tahu hadiah itu bukan biasa-biasa.

Dalam keadaan panas hati, penutup tetap ditarik dan matanya terus terbeliak melihat jam tangan yang cukup cantik. Melihat jam yang seakan emas itu dia mula tilik. Apakah emas betul. Pantas diletakkan kembali ke tempat asal.

Lelaki itu gila ke apa.
Tidakkah hadiah yang mahal itu tidak sesuai diberikan pada pertemuan yang belum terjadi. Hati pantas menolak. Tangan tarik telefon dari dalam beg.
Awak yang bagi dekat saya kan?
Awak nak apa lagi?

Kiriman itu dirakam dan dengan cepat dihantar kepada lelaki itu. Lama menunggu balasan sehingga duduknya tak kena. Berpeluh-peluh tangannya menunggu. Dia berharap dia tak salah orang.
Seketika,
A bouquet of white roses to a beautiful lady like you.
To say happy working.
And a gold watch
To make you always remember your superhero.
Your Sylverster the cat.

Buntang mata Syifaa memandang tak menduga. Bukan perihal gelaran lelaki itu tetapi jam emas yang diperkatakan. Dia tak sanggup menjual jawapan hanya kerana lelaki itu kaya.

Ya. Lelaki itu kaya.
Dari apa yang telah lelaki itu buat dia tahu lelaki itu bukan calang-calang orang. Dan dia?
Sudah terlalu perit untuk mempercayai lelaki kaya. Jadi, dia terus akan bekukan hatinya.

***

Mukhreez pandang jam tangan. Sudah jam 12 tengah hari. Habiskan perbincangan dengan Zuhdi serta beberapa orang staf dengan muka ria. Zuhdi menyedari kelainan wajah itu semenjak dua menjak ini namun sengaja buat tak tahu sebab dia yakin Mukhreez tak akan berahsia dalam tempoh yang lama.
“Jom lunch, Reez. Perut aku dari tadi lagi duk bertukang,” ajak Zuhdi sebaik saja Mukhreez menutup planner lalu menggeliat kecil. Ketika itu staf yang lain sudah keluar dari biliknya.

Baru nak bangkit, telefon di dalam poket pula berdering.
“Kau tunggu aku kat luar dulu,” arah Mukhreez lalu tarik keluar telefon. Melihat saja nama pemanggil terus dadanya berdetak kencang. Malah hatinya mula kembang setaman.

Di meja, Mukhreez cukup tak percaya. Kenapa si pemanggil seakan tak kenal sabar kerana deringan terus sambung berbunyi. Dia mahu main tarik tali. Tetapi mengenangkan peluang seterusnya itu tak mungkin datang lagi pants diseretnya ikon hijau ke kanan seraya melangkah mendekati Zuhdi.

Tak sempat hendak bagi salam suara di sana sudah menerjah gegendang telinganya.

“Ambil balik bunga dengan jam yang encik bagi. Saya tak sudi.” Terus sahaja suara itu menusuk ke dalam hati. Walaupun kedengaran keras tetapi di telinga Mukhreez ia berasa lemak merdu dan mengulit hatinya.

“Saya tak terima pemberian daripada orang yang tak dikenali.” Lagi suara itu keluar dan Mukhreez sudah hilang entah ke mana. Zuhdi di sebelah pula memandang pelik. Hati tak sabar hendak mengetahui siapa pemanggil yang telah membuat Mukhreez tersengih macam seluar koyak di lutut.

“Kalau encik tak nak ambil balik saya akan bagi dekat orang lain. Jam emas tu mahal kan. Tak sayang ke?”

Sreettt!
Khayalannya mati.
“Erk, ya sayang!”

Dan kali ini Syifaa pula yang terkedu.
“Apa?”

Pantas Mukhreez tersenyum kecil. Kali ini kedengaran suara keras itu sudah kendur.

“E… e… en… encik cakap apa?” soal Syifaa gagap dan terus Mukhreez luahkan tawa lucu.

“Tadi awak tanya tak sayang ke? Saya dah jawab. Ya, saya sayang. Sayang sangat!”

Kali ini Syifaa kerutkan kening. Langsung faham dengan nada itu dan buat hatinya sakit.
“Encik salah faham ni. Saya tanya encik, tak rasa rugi ke bagi jam emas dekat saya. Kita tak kenal. Lagi pula saya yang dah banyak terhutang budi dengan encik. Sepatutnya saya yang bayar balik. Tapi encik buat saya macam miskin tegar. Kena ditolong selalu.”

Tak sangka terhambur tawa besar Mukhreez sebaik mendengar perkataan miskin tegar. Pandai betul gadis itu buat dia terhibur.

‘Awak tak miskin tapi terlalu kaya dengan kelebihan sampai saya yang rasa rugi jika kehilangan awak.’ Kata-kata itu bergema di dalam hati dan bibirnya pantas tersungging manis.

“Okay. Saya tak akan buat lagi. Tapi janji dengan saya dulu?” Mukhreez sengaja memancing.

“Janji apa?”

“Let’s be friends!” ajak Mukhreez sekali lagi dan Syifaa ketap bibirnya geram. Tidak ada tanda-tanda akan membalas kata. Cuma yang kedengaran hanyalah helaan nafas yang memikat hati Mukhreez.

Haih, memang teruk betul lelaki itu. Dengar bernafas pun dah tak betul. Kalau ada depan mata tak tahulah macam mana.

“Cik Syifaa!” Akhirnya Mukhreez memanggil apabila tiada suara yang kedengaran.

Hati Syifaa pula berdetak kesal. Menyesal kerana menelefon. Apatah lagi permintaan lelaki itu sama saja. Cuma ayat saja yang berbeza.

“Maaf encik. Saya tak kawan dengan lelaki.”

Kening Mukhreez terangkat dan hati pantas berbunga.
“Jadi Cik Syifaa belum dimiliki?”

Tiada jawapan.

“Oh, I see. Saya dah faham. Kalau macam tu tak salah terima kiriman saya. Anggap saja pemberian dari orang jauh. Atau sebenarnya… awak takut kena marah?” sengaja Mukhreez bermain kata.

“Tak ada siapa pun yang nak marah saya. Saya yang tak sudi sebab kita saling tak kenal.”

Kepala Mukhreez menggeleng lucu. Hanya gadis itu yang tak mengenali. Dia pula lebih dari itu. Tapi tak apa. Dia akan bermain denga kata.
“Kalau macam tu… apa kata kita saling kenal. Sebab tu saya minta kita kawan dulu.”

Pantas Syifaa mendengus tak suka.
“Kan saya dah cakap yang saya tak kawan dengan lelaki. Awak tak faham ke?” Keras suara Syifaa menjawab.

“Saya tak faham apa yang awak cakap. Saya hanya faham apa yang saya cakap. Saya nak kawan dengan awak sampai kawin. Jadi?”

“What???”
Dan Syifaa ternganga tak tahu nak jawab apa.

***

Syifaa mendengus geram.
Lelaki mana yang dah selamatkan dirinya. Alien ke apa? Kenal pun tidak Alih-alih ajak kahwin.

Seram pula rasanya. Hati cepat memberi kata putus. Lelaki itu bukan orang baik. Orang baik tak akan ajak kenal atau kawan macam tu je. Hati sungguh sakit dengan cara lelaki itu. Dengan rasa geram tangan kembali membuka kotak jam.

‘Kalau aku jahat aku pergi jual kau. Tahu tak?’ Batin Syifaa mengomel geram. Tarik keluar jam emas yang dia dapat. Tilik lama. Kemudian tengok belakang. Mata dipicing lama. Ada dua huruf yang diukir di situ.

MH.
Huruf itu ditulis dalam tulisan kaligrafi secara italic. Mata memerhati dan dia cuba mencari makna di sebalik dua huruf itu tetapi tak berjaya. Lalu jam itu disimpan semula. Tak sanggup hendak menerima hadiah semahal itu.

Selepas itu ditariknya jambangan bunga pula. Cuba mencari kad yang mungkin ada bersama. Puas menilik tetapi tidak ada satu pun kad yang dia jumpa. Tetapi, sebaik menyentuh kertas yang membalut jambangan bunga mata tertangkap tulisan italic di situ.
White rose means you.

Dan… dada Syifaa berdetak laju.
Ayat itu!
Tak mungkin!
Ayat itu sama dengan ayat yang diucapkan arwah suaminya. Tak mungkin lelaki itu kenal arwah suaminya. Ayat yang suaminya guna tak pernah dia dengar dalam tv mahupun drama. Ayat yang keluar dari mulut arwah suaminya khusus untuk dirinya sahaja.

Lalu, tak di sangka-sangka air mata pun meluruh dengan laju. Selaju rindunya pada arwah yang kembali menghendap jauh ke dalam benaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience