BAB 35

Drama Series 18121

Dalam bilik guru

Memang pening betul kepalanya.
Langsung tak boleh nak hadam. Syifaa hairan betul dengan lelaki yang mengaku sebagai penyelamatnya itu. Suka sangat mengirim bunga untuknya. Kalau minggu lepas sejambak. Kali ini sekuntum pula. Entah apa yang lelaki itu nak sebenarnya. Padahal dia sudah menolak permintaan lelaki itu. Sakit betul. Kenal tidak, nama pun tak tahu. Lagipun mereka tak pernah berbual mesra. Sekadar sekali itu saja dulu.

Geram betul. Entah macam mana lagi nak elak. Dia tak suka sebab dalam sikap yang lelaki itu tunjuk ada mata yang tak suka memandang. Seperti sekarang. Baru saja keluar dari pejabat bawa sekuntum bunga sudah ada mata yang memandang benci. Malah mulut pun cepat benar reka cerita.

“Untung kan ada muka cantik. Boleh guna muka tu buat mengayat lelaki. Entah suami siapa yang diayat sampai asyik dapat bunga. Entah-entah ayah student sendiri.”

Sakit sungguh hati Syifaa mendengar kata-kata itu. Kata-kata yang keluar dari mulut cikgu yang masih belum berstatus isteri orang itu selalu sahaja membuat dia kecil hati. Ada saja yang cikgu itu tak puas hati dengannya.

“Kak Idah jangan nak suka-suka hati fitnah orang. Jaga mulut Kak Idah tu.” Farah yang mendengar cakap tak betul itu pantas menjawab. Sudah lama gadis itu geramkan cikgu tersebut. Baru hari ini boleh menjawab.

Pantas Cikgu Wahidah bergerak meninggalkan meja Syifaa dan Syifaa menggeleng tak setuju dengan sikap Farah.

“Biarlah dia nak cakap apa pun Farah. Aku yakin, sampai masa nanti berhentilah tu. Setakat mana sangat nak berbunyi. Bila dah letih pandailah dia tutup mulut.”

Farah pantas mengetap bibir menahan geram.
“Engkau ni… janganlah mengalah je. Geram tau. Kalau dengan cikgu perempuan tu kau diam je kan. Tapi… kalau dengan lelaki bukan main kau tunjuk api naga kau tu,” omel Farah geram dan Syifaa terdiam.

Dalam Farah menjeling geram sempat juga mata memandang mawar di tangan Syifaa. Ada kad yang melekat di tangkai. Lalu, dengan mulut muncung Farah tarik kuat. Pantas Syifaa terpisat-pisat memandang.

Wishing you a lovely morning, dear.

“Weh, Syifaa! Kau tak rasa apa-apa ke?” soal Farah teruja saat Syifaa turut sama membaca ucapan yang tertera pada kad. Lantas letak semula kad ke dalam sampul. “Romantik betul.” Farah memuji. “Memang usaha betul nak kawan dengan kau ya, kan?”

Pantas Syifaa julingkan mata ke atas.
“Dah setiap masa hantar bunga dengan kad macam tu, kau ingat dia nak jadi student aku ke? Nak belajar Bahasa Melayu ke apa?” marah Syifaa lalu meletuskan tawa besar Farah.

“Haah lah kan. Tapi, boleh jadi juga. Mana tahu dia nak betulkan bahasa melayu dia. Dah asyik hantar pesanan dalam BI je. Hantar kad yang ini pun sama juga. Asyik mat salleh. Apa? Dia tu orang luar negara ke?” bebel Farah namun Syifaa buat tak endah.

“Lantak dialah. Malas aku nak layan,” balas Syifaa acuh tak acuh.

Farah terangguk-angguk sambil bola mata memandang ke atas seraya kepala pula berfikir panjang.

“Kau tak pelik ke?”

“Pelik apa?”

Farah betulkan duduk dan menghadap Syifaa. Pandang ke dalam mata Syifaa sehingga Syifaa naik rimas. “Mamat ni kan tak pernah bagitahu nama sebenar. Asyik Sylvester the Cat je. Mamat tu juga tak pernah ajak jumpa. Jangan-jangan dia memang kenal kau sangat tapi kau je yang tak kenal dia.”

Terus muka Syifaa berkerut. Andaian Farah buat dada Syifaa berdegup kencang. Tangan pantas dinaikkan ke bibir lalu gigit kuku jari telunjuk. Teringat akan insiden minggu lepas. Dia tak fikir panjang. Sembarangan saja hubungi lelaki itu.

“Mungkin juga betul apa yang kau cakap,” balas Syifaa takut dan mulalah gelabah.

“Entah-entah lelaki tu sewel. Baru keluar hospital mental.” Terluah dari bibir Syifaa dan kali ini Farah ternganga.

“Engkau ni. Taklah sampai ke situ.” Farah menolak namun Syifaa tetap menggeleng takut.

“Aku syak dia tu tak betul,” luah Syifaa. Kelip-kelip Farah memandang.
“Memang tak betul sebab tak kenal tak apa terus dia ajak aku kahwin.”

Tak sangka Farah hamburkan tawa besar.
“Baik kau kahwin dengan orang sewel. Dahlah sewel kaya pula tu. Rugi kalau tak terima. Siap bagi jam emas lagi. Haih, tak tengok muka lagi dah jatuh tergolek macam tu sekali. Aku rasa dia tu tak obses tapi terfall in love at the first sight dekat kau.”

Pap!
Syifaa tampar paha Farah.
“Banyaklah kau punya first sight tu. Lepas tu kaya konon. Entah-entah menyamar. Minta jauhlah dari perkara macam tu.” Syifaa berdoa dan Farah terangguk-angguk faham. “Dah lah, aku nak masuk kelas. Tak kuasa nak layan kau. Lagi satu… aku tak ada masa nak cakap pasal kahwin.”

Syifaa bangkit lalu menarik tote bag di atas kerusi. Farah yang turut bangkit terpndang tangan Syifaa yang kosong.
“Kau tak pakai ke jam yang kucing tu bagi?” soal Farah selamba dan pantas saja menerbitkan tawa Syifaa.

“Apasal kau panggil dia kucing pula?” soal Syifaa dengan tawa yang masih bersisa.

“Ya lah. Dah dia tu tak cakap nama apa. Asyik tulis cat je. Huh, nak cakap dia comel macam kucinglah tu kan.”

Syifaa menggeleng. Ada-ada saja yang Farah nak cakap.
“Lantak dia lah Farah. Aku dah lama tak pakai jam. Jadi tak suka. Baik tengok jam dekat telefon. Nombor pun besar.”
Dan… Farah menggeleng kecewa.
“Kesianlah mamat tu. Tentu dia patah hati dengan kau. Dahlah bapak mahal. Kau tak nak pakai. Rugi wooo!”

Syifaa yang baru nak bergerak ke kelas berhenti.
“Kau rasa mamat tu patah hati ke kalau dah setiap masa ada saja bunga yang dia hantar?” soal Syifaa geram dan Farah mengangguk lucu. Buat muka terhibur.

Namun dalam kepala terdetik pertanyaan. Siapalah lelaki yang begitu angaukan Syifaa. Dia tak sabar nak kenal. Dalam hati berharap suatu masa nanti lelaki itu akan ajak berjumpa.

“Petang nanti jangan lupa. Kita pergi pasar raya. Kena beli barang dapur. Dah susut sangat dah,” pesan Syifaa dan lamunan Farah terus mati.

Hembus nafas panjang namun hati tetap berharap. Akan ada pertemuan yang akan memberikan penamat pada apa yang sedang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience