Masing-masing menunggu dengan resah. Setengah jam berlalu akhirnya Dr. Tengku Jauhari keluar dengan muka berkerut.
“Ahli keluarga sahaja yang dibenarkan masuk,” ujar jururawat pembantu. Zuhdi yang baru saja hendak menapak menghentikan langkah. Baru tersedar yang dia bukan ahli keluarga Aiza. Tetapi tangannya tiba-tiba saja dipaut Datin Seri Raihanah.
“Masuklah. Di dah macam anak mummy,” ajak wanita itu dan Zuhdi pantas ukir senyum bangga. Bangga kerana wanita itu tak pernah mengenepikannya. Lalu dia akur. Mengekori langkah Datin Seri bersama Muqree. Sementara di luar Mukhreez dan Dato' Seri mendengar penjelasan daripada doktor yang terlibat.
“Nasib baik Reez cepat bawa ke hospital. Luka tempat bedah tu masih baru. Dah terkena air pulak. Tapi jangan bimbang, kami dah setelkan.”
Mukhreez dan Dato’ Seri Zainul Arif menarik nafas lega.
“Aiza period ke?” tiba-tiba soalan yang tak terjangka keluar dari mulut doktor tersebut. Kedua-dua orang lelaki itu terkejut tetapi Mukhreez pantas mengangguk kerana dia tahu sudah seminggu adiknya bercuti.
“Aiza nak exam kan tahun ni?” tanya Dr. Tengku Jauhari lagi. Kali ini Dato' Seri pula yang menggangguk.
"Tadi dia meracau sekejap. Aku rasa dia stress. Kau terlalu memaksa ke Zain?" soal doktor tersebut kesal.
Membahang merah wajah Dato' Seri Zainul Arif. Sebagai ayah dia tidak pernah memaksa.
Mukhreez pun sama juga. Lalu dia hanya berdiam sambil mendengar kata-kata rakan baik ayahnya seraya berfikir panjang. Akalnya mengatakan Aiza bukan tertekan sebab masalah pelajaran tetapi ada benda lain yang mengganggu fikiran gadis itu.
"Jaga Aiza elok-elok. Bimbang pula aku tengok dia," pesan doktor tersebut.
Terpukul anak-beranak tersebut mendengar kata-kata doktor Tengku Jauhari. Sebaik lelaki itu pergi kedua-duanya masuk ke dalam bilik hendak melihat keadaan Aiza. Tak terduga mata dan telinga dihidangkan dengan sesuatu yang tak terduga.
“I hate you. I hate you.” Kuat suara itu terlontar keluar bersama tangisan.
Datin Seri Raihanah cuba memeluk namun tak berjaya kerana anaknya itu membaling apa saja yang berdekatan.
“Aku benci kau. Sebab kaulah aku jadi macam ni.” Tangisan Aiza makin menjadi-jadi dan saat ini dalam kepala Mukhreez hanya terfikirkan satu sahaja.
“Cikgu tu ke yang dah buat adik jadi macam ni?” soal Mukhreez sakit hati dan menyebabkan mata Aiza terbuntang luas.
Gadis itu tersentak. Akal yang berserabut itu tiba-tiba saja kembali normal. Pertanyaan abangnya itu tidak terjangka dan gadis itu tahu semua orang telah salah faham. Tetapi keadaan yang tak terduga itu buat Aiza kehilangan kata-kata.
"Cakap. Cikgu tu ke yang dah buat adik jadi macam ni?" soal Mukhreez dengan mata yang sudah berkaca-kaca.
Aiza kejung. Tak mampu nak menjawab. Sikap agresifnya tadi mengikat segala tindakan. Apatah lagi melihat abangnya itu mengetap geraham tunjuk sakit hati.
Mata mula merah menahan amarah.
“I’ll kill anybody who touched my family,” ugut Mukhreez lalu keluar dari bilik sambil mendail nombor seseorang.
Mukhreez genggam penumbuk.
Malam ini cikgu itu perlu diajar biar perempuan itu tahu tinggi rendah ya langit.
Dan… Aiza di atas katil resah tak sudah. Sementara yang lain ikut bimbang.
***
Syifaa bergelak tawa di ruang tamu sambil menemani adik-adiknya menonton rancangan di kaca televisyen. Filem Pendekar Bujang Lapok walaupun sudah masuk dalam arkib sejarah tetap menggelikan hati. Tengoklah beratus kali pun tetap tak menjemukan mata.
Syifaa cukup terhibur melihat abangnya yang ketawa besar apabila sampai kepada babak Aziz Satar yang terkejutkan pelepah kelapa yang jatuh di depannya. Gamat rumah Haji Zakaria dengan ketawa anak-anak.
“Hish, perempuan mana boleh ketawa besar macam tu,” marah Hajah Solehah pada Shahida yang ketawa sakan. Orang tua itu yang berada di ruang keluarga sambil bermain-main dengan Dhia membuntangkan mata. Mengingatkan Shahida agar segera menutup mulut.
Sedang kerling si emak, telinga mudanya tiba-tiba menangkap bunyi Selawat Syifaa dari bilik tidur.
“Kak… apasal Ida dengar macam bunyi telefon akak je,” luah Shahida seraya terhendap-hendap ke arah bilik. Syifaa pantas mengerutkan dahinya. Cuba mengenal pasti bunyi yang diberitahu Shahida.
“Tak adalah. Bunyi muzik kat dalam tv ni kut,” balas Syifaa sambil lewa lalu terus menonton. Baru hendak melayan sambungan filem terus dadanya berdetak kuat.
“Syifaa!”
Kedengaran suara Kak Ita memanggilbya kuat.
Syifaa tersentak.
“Dah banyak kali telefon tu berbunyi,” laung Kak Ita dari pintu bilik. Wanita itu yang memakai telekung solat berdiri di muka pintu. Kalaulah kat situ gelap mesti dah ada yang menjerit kuat.
“Ya ke kak? Tak dengar pun,” soal Syifaa tak percaya namun tetap melangkah laju ke bilik.
“Kasihan betullah orang yang call Syifaa tu,” usik Kak Ita yang masih berada di pintu biliknya. Syifaa tersenyum malu. Segera masuk ke dalam dan mencapai Samsung kesayangannya yang diam di atas katil.
Telefonnya berdering lagi. Melihat nombor yang muncul di skrin terus dia seret ikon hijau.
“Apasal susah sangat nak jawab. Kau ingat kau tu perdana menteri ke sampai beratus-ratus kali kena call baru nak jawab,” jerkah sayu suara.
Syifaa terkedu.
Dia sedang dimarahi oleh abang Aiza Munirah. Betul ke ni? Seakan tak percaya kerana mereka berdua baru sahaja berbual dalam telefon dan mesra berbalas pesanan. Malam ini lain pula jadinya. Serasa sedang dimarahi oleh pengetua sekolah. Lalu Syifaa kedipkan matanya sambil menelan liur. Sungguh dia tak percaya.
“What are you doing to my sister?”
Sungguh Syifaa tidak faham.
“Cikgu tahu tak sekarang ni dia kena tahan wad sekali lagi."
Kelu lidah Syifaa hendak bersuara.
“Apa yang cikgu dah buat dengan adik saya sampai dia benci sangat dekat cikgu. Cikgu tahu tak dia cakap apa. Sebab cikgulah hidup dia musnah.”
Dan tak semena-mena air mata Syifaa jatuh tanpa dipinta. Dia tidak tahu apa-apa dan sesenang itu lelaki yang tak dikenali memarahi dan menuduhnya yang bukan-bukan.
Dengan kekuatan yang masih ada Syifaa tarik nafas dalam-dalam lalu dihembusnya lemah. Dia tidak boleh cepat melatah. Lagipun dia tidak tahu apakah masalah yang sedang dihadapi orang di sana.
Akhirnya….
“Assalamualaikum.”
Akhirnya keluar juga ucapan sejahtera dari mulutnya. Mengharapkan amarah lelaki itu akan reda. Benar. Dia terdengar helaan nafas lelaki itu berbaur kesal.
“Memang saya tidak tahu apa yang sedang terjadi di pihak encik. Tetapi menuduh saya tanpa usul periksa akan mengeruhkan lagi keadaan. Saya seorang cikgu. Berjanji untuk mendidik pelajar saya sehingga berjaya. Bukan itu sahaja. Biar mereka menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jadi, encik rasa saya ke yang bawa masalah? Sayakah penyebab adik encik tertekan?” Syifaa menjelaskan dalam keadaan berdebar-debar. Takut pihak sana tak memahami. Tetapi akhirnya dia mendengar juga helaan panjang nafas lelaki itu.
“Aiza sangat stress sekarang.” Suara Mukhreez sudah kendur. Bersalah kerana menjerit pada gadis itu tanpa usul periksa.
“Saya tak tahu apa yang dah jadi dekat adik encik. Apa masalah dia atau apa beban yang dia tanggung. Bukan saya tak pernah dekat dengan dia. Saya selalu cuba nak berkawan dengan adik encik. Cuba nak selami hati dia. Tetapi apa yang saya dapat? Dia larikan diri dari saya ibarat saya musuh besar dia. Bukan itu saja dia tengking saya. Dia ugut saya macam saya ni ceti. Kalau encik nak tahu sepanjang saya mengajar saya tak pernah tinggikan suara pada dia. Hendak pukul lagilah saya tak berani tetapi dia tetap larikan diri. Dia tetap ponteng kelas.” Panjang lebar Syifaa luahkan kata demi menjaga nama baik sendiri. Hati pantas berasa lega. Lega kerana berjaya berkongsi beban.
Dan penjelasan Syifaa mengejutkan Mukhreez.
“Aiza ponteng kelas?” Mukhreez terkedu.
Syifaa pantas mengeyakan.
Malam ini dia akan berterus-terang. Kalaupun lelaki itu hendak mengamuk dia sudah tidak peduli lagi.
"Kalau encik benar-benar ambil berat pasal adik encik… encik mesti tahu kan yang dia tak pernah masuk kelas tambahan waktu petang."
Lagi Mukhreez terkedu. Sememangnya dia abang yang tak bertanggungjawab.
“Sebelum encik nak marah saya, encik nak condemn saya elok encik duduk bincang dengan Aiza. Cakap baik-baik dengan dia. Tanya apa masalah dia.” pujuk Syifaa dan suara lembutnya membuat hati Mukhreez cukup rasa bersalah.
"Selepas itu kalau encik tetap nak menuduh sayalah punca Aiza sakit, punca dia stress encik boleh datang tangkap saya. Saya rela masuk penjara kalau dengan cara itu boleh membentuk Aiza jadi pelajar yang baik."
Perasaan bersalah semakin menghenyak dada Mukhreez. Betapa Mukhreez tak menyangka sama sekali dia dibodohkan Aiza begitu saja.
Syifaa pula menghela nafasnya dengan berat. Dia menanti lelaki itu meluahkan kata namun tak kedengaran langsung.
“Encik… hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu luar dan dalam ahli keluarga dia. Orang luar tak tahu apa-apa dan tak boleh masuk campur. Jadi encik saja yang boleh menasihati dia sekarang ini. Bukan saya.”
Kata-kata terakhir dari guru kelas Aiza akhirnya menyedarkan Mukhreez akan kesilapannya.
Share this novel