SAMB. BAB 27

Drama Series 18121

Di bilik resort

"Who are you baby? I’ve never seen you before. What a beautiful angel?" Mulut Azlee sudah menerbitkan ayat-ayat romantis dan itu mendirikan anak-anak rambut di tubuh Syifaa. Dia berundur setapak dua. Lelaki itu pula dengan muka jahat melangkah mendekati. Sudah tidak lagi menghiraukan Aiza yang hilang entah ke mana.

“I love you at first sight, baby.”

Apabila ayat itu keluar terus Syifaa tersentak. Baru sedar dia dalam bahaya. Tubuhnya sedang diratah mata tajam di hadapan. Terus dia berpaling dan dengan cepat melangkah masuk ke dalam namun tak dapat menutup pintu kerana tangan itu lebih dulu menghalang.

Dengan kuat Syifaa menolak. Cuba menutup namun tenaga lelaki itu amat kuat.
"Pergi!" jerit Syifaa kuat sambil menolak daun pintu biar tertutup. Lelah menahan akhirnya dia yang kehabisan tenaga dan pintu pun terbuka.

Azlee pula berikan senyum tipis.
"Come on sweety. I just wanna know you sweety. Maybe lepas ni kita boleh always keep in touch." lelaki itu berdrama namun Syifaa menggeleng tidak mahu seraya perlahan-lahan mengundur. Lelaki itu pula masih di pintu. Tidak masuk ke dalam sebaliknya tahan pintu. Mulut mengherot jahat dan mata turut sama meliar.

Syifaa ketakutan. Sikap lelaki itu mencerminkan kenakalan dan kebuasan yang tak bertepi. Dalam hati dia tak henti-henti berdoa. Mengharapkan ada orang yang datang menolong. Saat ini terlintas dalam fikiran. Tidak adakah manusia yang ada di aras ini mendengar jeritannya. Atau apakah mereka tidak ingin masuk campur. Hati dan akal saling berbalah sehingga dia pula yang lemah.

"You look daring in that pyjama. I love it!”

Buntang mata Syifaa mendengar ayat itu. Terus matanya memerhati baju yang dipakai. Dia hanya memakai baju tidur berlengan panjang. Dia tak memakai lingerie ataupun apa-apa saja yang menampakkan auratnya. Bahkan dia sudah menutup semua yang perlu ditutup. Kenapa mata lelaki itu tergoda melihat dirinya. Seolah-olah dia adalah pelacur kelas atasan. Dan… air mata terus meluruh.

“Keluar! Keluar!” Syifaa menjerit dan kepala tak fikir panjang. Melihat pintu gelangsar yang terbuka dia hanya ada satu cara. Terjun dari situ. Namun belum sempat pintu ditutup lelaki itu Aiza muncul lalu mengetuk kepala Azlee dengan papan penggosok yang berada di luar.

Azlee menyeringai sakit. Lelaki itu terus berpaling.
"Kau!"
Azlee terganggu. Kemunculan Aiza mematikan hajat lelaki itu yang sekian lama tak tertunai. Tadi pun baru menggoda seorang perempuan tetapi tergendala kerana terlihat Aiza. kali ini, bila mendapat bidadari dunia sekali lagi hajatnya diganggu.

"Baik kau blah. Security ada kat luar!” ugut Aiza berani. Padahal dia tak memanggil mana-mana pengawal kerana dia sendiri yang kelam kabut kembali ke bilik. d

Azlee mengetap bibir menahan marah. Tangan dihulur hendak mencekik tengkuk Aiza tetapi suara gemersik di belakang Aiza mematikan segala tindakan.

"Baby, what are you doing here? You kata nak naik sekejap je. Tapi I tunggu you lama gila." Suara manja yang kedengaran mendirikan segala roma yang ada di tubuh Aiza. Dia berpaling dan gadis yang seksi serta gedik di belakang menjelingnya tajam. Tetapi Aiza buat tak tahu.

Mata Azlee merah menahan amarah. Gara-gara Aiza segala yang dihajati hancur berkecai. Terus berikan renungan tajam pada Syifaa. Kemudian mendengus kuat lalu keluar. Sempat tangan kekar itu naikkan telunjuk. Memberi amaran pada Aiza.

Dalam debar Aiza pandang berani. Namun keberaniannya meluruh apabila melihat air mata Cikgu Syifaa yang melencun basah di pipi. Mulutnya bergerak hendak bertanyakan keadaan guru kelasnya itu tetapi tak jadi apabila Cikgu Syifaa melangkah laju ke bilik air.

Sebentar kemudian kedengaran pintu bilik air ditutup kuat. Terus hati Aiza patah. Kalau dia lambat tentu dia akan menyaksikan kesakitan yang maha hebat di sini.

Lalu, hati tak sabar hendak pulang semula ke rumah. Malam ini, bukan saja cerita pedihnya yang telah pecah tetapi nasib Cikgu Syifaa juga hampir hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience