Imbas semula
Tahun akhir pengajian
Dato’ Zainuddin Amien menapak masuk ke dalam pejabat Prof. Ahmad Shukri dengan senyum panjang. Waktu tengah hari begini dia senang sekali makan bersama rakan baiknya. Dalam seminggu adalah dalam dua tiga kali mereka akan keluar bersama. Keakraban mereka yang bermula ketika sama-sama menuntut di UKM tidak pernah putus.
Prof. Ahmad Shukri segera menutup fail rancangan pengajaran dan membalas senyuman rakannya.
“Nak makan kat mana?” tanya Prof. Ahmad Shukri.
“Apa kata kita makan kat restoren yang student engkau selalu makan tu. Aku nampak macam sedap je dia orang tu makan.”
Prof. Ahmad Shukri ketawa kecil. Faham sangat dengan perangai rakannya itu. Walaupun sudah berpangkat Dato’ perangai itu tidak berubah. Tidak mementingkan status ataupun darjat. Lelaki itu boleh masuk dengan sesiapa sahaja.
“Okay. Jomlah gerak. Dah pukul 12 tengah hari. Kalau lambat tempat duduk kena conquer dekat student aku,” ajak Prof. Ahmad Shukri seraya bangkit.
Mereka berdua berjalan seiringan ke medan selera yang terletak di luar kawasan maktab. Melalui kedai-kedai yang berderetan sambil berbual mesra bagaikan sudah lama tidak berjumpa. Padahal acapkali juga Dato’ Zainuddin Amien singgah ke mari.
Sampai sahaja di restoran mereka ke bahagian layan diri. Dato’ Zainuddin Amien mencapai pinggan. Nasi disenduk lalu bawa pinggan nasi ke meja lauk-pauk. Dia meninjau lauk yang berkenan di hatinya. Melihat ikan keli goreng berlada tangannya segera mencapai sudip. Tanpa disangka satu lagi tangan yang lembut mendarat ke atas tangannya.
Mata bertentang mata.
“Opppsss. Sorry!” ucap gadis berambut panjang separas pinggang. Rambut yang lepas bebas itu begitu memikat hati Dato’ Zainuddin Amien sehingga tak berkelip mata itu menilik wajah si gadis.
“Maaf!” ucap gadis itu sekali lagi dengan wajah membahang merah lantas berlalu mencari lauk yang lain. Dato’ Zainuddin Amien tersedar apabila gadis itu sudah melangkah ke kaunter pembayaran. Cepat-cepat dia letak lauk yang diinginkan lantas segera ke kaunter untuk membayar harga makanan.
“Kira sekali ya,” ujarnya pada adik cashier yang bertugas. Syifaa tersentak.
“Tak apa. Saya bayar sendiri,” jawab Syifaa malu.
“Saya belanja.” Dato’ Zainuddin Amien tidak buang masa. Dia segera menghulurkan not 50 kepada cashier.
Prof. Ahmad Shukri di sebelah pula tidak faham apa yang telah berlaku.
“Terima kasih!” ucap Syifaa lantas ke meja paling hujung. Tidak mahu bertemu muka dengan lelaki baik hati yang tolong membayar harga makan tengah harinya hari ini. Perasaan malu masih menebal dihati.
Kenapalah dia tak berhati-hati. Tak pasal-pasal dah tersentuh tangan lelaki itu.
Malunya!
Perkataan itu hanya bergema di dalam hati dan dia tidak mahu berlama-lama disitu. Sudahlah hari ini dia tidak ditemani sesiapa pun. Justeru dia perlu cepat pergi dari sini. Tidak mahu rasa malu ini berpanjangan.
Dato’ Zainuddin Amien pula tak lepas dari melirik ke arah gadis tadi. Nampak kalut menghabiskan makanan. Dia tahu gadis itu malu dengan kejadian sebentar tadi. Dia pula sengaja mencari tempat duduk yang terselindung sedikit agar dia boleh mengintai gadis itu.
Hari ini, buat pertama kalinya, hati lelakinya bergetar saat gadis itu menjeling dari jauh. Dia merasakan sesuatu yang cukup pelik. Wajah itu benar-benar membangkitkan rasa cinta yang belum pernah diserahkan kepada mana-mana wanita.
“Dari tadi lagi aku tengok kau asyik tengok muka budak tu. Dah berkenan ke?.” Tiba-tiba Prof. Ahmad Shukri membuka mulut dan menyentakkan pandangan Dato’ Zainuddin Amien.
“Eh, dah siap makan?” Lain yang ditanya lain pula yang keluar dari mulutnya. Melihat pinggan lelaki di depan yang sudah kosong barulah dia sedar dia telah hilang telah dari dunianya sebentar tadi.
“Macam manalah nak perasan kalau mata kau tu asyik pandang budak tu je. Aku yang kat sebelah ni pun dah jadi macam tunggul kayu,” omel Prof. Sad Syukri seraya menggeleng faham. Faham dengan karenah sahabatnya itu.
Terus tawa kecil Dato’ Zainuddin Amien terluah.
“Kau kenal budak tu?” tanyanya bersungguh-sungguh dan Prof. Ahmad Shukri menggeleng seraya menghembus nafas geram.
“Mana tak kenalnya. Student aku tu. Tinggal satu semester lagi nak habis.”
Dan Dato’ Zainuddin Amien terangguk-angguk faham.
“Oh… tak lama lagi akan naik pangkat jadi cikgulah.”
“Kenapa, dah berkenan dengan budak tu?” tukas Prof. Ahmad Shukri. Dato’ Zainuddin Amien hanya tersenyum.
Dipandangnya semula ke arah meja yang diduduki gadis tadi. Kosong! Eh, dah tak ada. Cepat benar gadis itu berlalu. Pantas sahaja hatinya berlayar kecewa.
“Bagi maklumat budak tu.” pinta Dato’ Zainuddin Amien tiba-tiba.
“Kau jangan cari pasal Mien. Nanti isteri kau parang kepala kau. Aku dah tak dapat nak jumpa kau lagi,” pesan Prof. Ahmad Shukri. Kata-kata itu meluahkan tawa besar Dato’ Zainuddin Amien. Langsung tak terkesan dengan amaran lelaki itu.
“Kau sendiri dah tahu kisah rumahtangga aku. Rasanya tak salah aku nak cari seorang lagi isteri yang betul-betul guna title isteri. Lagipun aku sempurna.”
Prof. Ahmad Shukri tunjuk muka resah. Memang dia sudah maklum dengan kisah rumah tangga rakan baiknya itu. Perkahwinan lelaki itu diatur keluarga. Kerana itu tidak ada manis yang boleh membahagiakan lelaki itu. Hanya pahit hempedu yang sentiasa muncul meranapkan impian untuk membentuk keluarga sakinah dan mawaddah.
“Aku memang sokong kalau kau nak kahwin lagi tapi aku bimbang kalau-kalau isteri kau mengamuk. Bukan ke kau ada cakap dengan aku Sarimah tu jenis yang tak makan saman.”
“Boleh kau dapatkan phone number budak tu?”
Geram betul Prof. Ahmad Shukri. Dia tengah sedap beri ceramah boleh pula Amien suruh minta nombor telefon gadis itu. Rasa nak hempuk je kepala lelaki itu.
“Aku boleh tolong kau tapi kalau jadi apa-apa aku tak nak masuk campur.”
“Sarimah tu hal kecik je. Aku handle nanti."
Dan akhirnya Prof. Ahmad Shukri mengeluh bimbang. Ada rasa takut menjalar hati. Namun dia tetap mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Dato’ Zainuddin Amien.
***
Sayup-sayup kedengaran selawat Syifa dari bawah bantal. Syifaa tersentak. Tenyeh mata kemudian bangkit. Hati berasa kesal. Tak mahu tidur tetapi alih-alih tertidur juga. Diambilnya Samsung berwarna ungu di bawah bantal. Melihat ada 5 miss call hatinya dipagut rasa bersalah. Ketika itu jam sudah mencecah ke angka 12.30 tengah hari.
Dari bawah rumah pula kedengaran enjin kereta Proton Saga abah. Nampaknya abah dengan umi sudah balik. Ya Allah, dia masih belum memasak untuk makan tengah hari. Mulalah dia kelam kabut. Sebelum bergerak ke dapur dia tengok pemanggil. Rupanya Farah yang memanggil dan dia yakin gadis itu sekadar mahu bertanya khabar. Lalu dia hantar pesanan akan menghubungi gadis itu apabila sudah lapang.
Syifaa melangkah laju ke dapur. Dilihatnya Kak Ita sudah siap menghidang makan tengah hari
“Sorry Kak Ita, Syifaa tertidur.” Syifaa menegur dengan wajah segan dan Rozita tersenyum panjang.
“Dah tahu. Tadi kak Ita masuk sekejap. Saja nak berborak dengan Syifa. Tengok-tengok orang tu terkangkang tak ingat dunia.”
Syifaa melopong.
“Kak Ita jangan tipu. Syifaa tak pernah tidur macam tu.”
Rozita hamburkan ketawa besar.
“Saja gurau.”
Pantas Syifaa senyum malu. Kalau benarlah dia tidur sebegitu rupa nampak gayanya dia kena diikat dengan tali. Buat malu anak beranak je. Bisik hatinya.
“Buat apa dua beradik ni?” tegur abah yang sudah menarik kerusi lantas duduk dengan lega. Rozita pandang Syifaa yang tidak membuang masa mengambil segelas air masak lantas dihulurkan kepada abahnya. Sebentar kemudian umi pula yang muncul sambil membimbit beberapa beg plastik.
“Syifaa simpan dalam peti. Kita masak esok,” suruh umi namun Syifaa pantas tarik beg plastik di tangan wanita itu lantas di letakkan ke dalam sinki.
“Laa… kan umi suruh simpan.” Hajjah Solehah terkedu melihat Syifaa
“Biar Syifaa siang ikan dulu. Baru simpan dalam peti. Esok tak payah dah nak siang,” balas Syifaa.
“Ita dah masak. Umi dengan abah nak makan dulu ke?” tanya Rozita pula.
“Nantilah dulu. Abah nak ke surau dulu. Zuhur dah nak masuk ni.” Haji Zakaria bangkit dari kerusi lantas ke biliknya.
“Umi pun nak ke juga.” Giliran Hajah Solehah pula melangkah membontoti suami. Syifaa hadiahkan senyuman dan terus membuat kerjanya. Rozita pula ke bilik. Melihat Dhia yang masih tidur.
“Syifaa… ada call,” jerit Kak Ita dari jauh. Syifaa yang baru saja memasukkan lauk-pauk ke dalam freezer segera menoleh.
“Siapa kak?” tanya Syifaa hairan. Agaknya Farah yang menghubungi.
“Tak tahu. Kak Ita dengar bunyi telefon. Pergilah jawab.” Arah Kakak iparnya. Syifaa membersihkan tangannya lantas melangkah laju ke bilik. Samsung di atas meja solek di capai. Ada dua miss call dan juga satu pesanan ringkas.
Erk, panggilan dari Encik Mukhreez. Kerana tidak sempat diangkat Syifaa buka pesanan.
- Aiza meracau.
Itu sahaja pesanan yang tiba dan buat hati Syifaa berdebar resah. Berfikir panjang sebelum membalas pesanan lelaki itu. Melihat perkataan meracau dia mula teringarkan dirinya yang juga pernah merasai semua itu.
- Jangan tinggalkan dia. Dia perlukan teman.
Pesanan dibalas namun dibalas emoji sedih dari lelaki itu.
- Saya tak dapat nak temankan dia.
Dan emoji sedih bersambung lagi.
Kasihan pula Syifaa dengan anak didiknya itu. Apakah yang membelenggu gadis itu. Dia tak rasa pun gadis itu jadi begitu sebab sakit. Hatinya cukup yakin mengatakan Aiza ada masalah besar yang lain.
Syifaa pandang telefon. Kalaulah Aiza tidak membencinya dia akan segera kembali ke Shah Alam dan menenangkan gadis itu. Tetapi dia sedar diri. Gadis itu terlalu tidak menyukai dirinya. Harus, apa yang perlu dia lakukan.
-Aiza dah tak ada orang lain ke?
-Ada.-
-Pastikan dia ada teman. Saya bimbang dia makin teruk.
Akhirnya Syifaa balas juga dengan harapan lelaki itu faham apa yang dia sampaikan.
***
Mukhreez hembus nafasnya lega sebaik pesanan dari guru kelas Aiza tiba. Dia yakin guru kelas adiknya itu baik hati orangnya. Mustahil seorang guru kelas hendak berlaku jahat pada anak didik sendiri. Terus dia yakin dengan apa yang diberitahu Cikgu Farah cakap tentang Aiza. Adiknya itu memang selalu bawa masalah kepada cikgu-cikgu. Nampaknya balik dari Sydney nanti dia perlu berbincang dengan semua orang. Selesaikan masalah adiknya demi kebahagiaan hidup mereka.
Mukhreez memasukkan Apple hitamnya ke dalam kocek seluar lantas menarik beg sandang di sebelah. Sudah tiba masanya untuk dia masuk ke dalam balai berlepas. Saat melalui cafe yang selalu menjadi tempat persinggahannya, kenangan manis lalu menjengah ruang ingatan.
Terbayang di depan mata gadis yang bernama Syifaa itu terlentok manja di bahu kawannya. Masih terasa menggigil tangannya saat dia menekan punat kamera merakam detik indah gadis itu bersama rakan-rakannya.
Ah, sungguh dia tak mampu membuang kenangan itu. Hinggakan dia selalu berdoa agar diberi kesempatan bertemu muka dengan gadis itu. Sampaikan dia sanggup berdoa supaya gadis itu masih single sehingga sekarang. Sama seperti dia yang masih bersendiri sehingga kini. Cukuplah kalau dia katakan sudah tiba masanya untuk dia menamatkan zaman bujangnya dan membuang jauh nama Aziana Juwieta dari lubuk hatinya.
Dia berhenti seketika dan ukir senyum panjang.
Hati benar-benar berharap yang suatu hari nanti dia akan berjumpa juga dengan gadis itu di sini.
Share this novel