Di rumah sewa
- Saya masih menunggu jawapan.
Pesanan itu muncul lagi. Sudah dua hari telefonnya tak berbunyi. Alih-alih hari minggu ini pesanan itu datang lagi. Dia malas hendak melayan tetapi orang tersebut nampaknya tak putus asa. Kenapalah nak sangat berkawan dengannya. Dia tak faham. Tambah-tambah lagi dia benar-benar takut hendak menyambut huluran. Bimbang dia akan diperbodohkan lagi.
Ketukan di muka pintu mengejutkan Syifaa. Sudah dua hari dia berkurung. Hanya keluar ketika Farah ke sekolah. Tetapi kali ini dia tak mampu nak bersembunyi lagi. Farah ada di rumah kerana hari minggu sudah bermula. Lalu, dengan langkah yang lemah Syifaa melangkah ke pintu.
“Dah dua hari kita tak jumpa. Takkanlah sebab aku suruh kau kawan dengan superhero kau tu terus kau nak mogok. Came onlah Syifaa. Kita bukan budak-budak lagi nak main masam-masam muka. Tak baik tau kau tak nak cakap dengan aku,” tukas Farah di muka pintu tunjuk muka merajuk. Konon-konon terasa hati dengan Syifaa.
Tetapi Syifaa tak mengendahkan. Terus pusingkan badan lalu bergerak ke katil. Farah memandang pelik. Segera mendekati.
“Aku dah buat lunch. Jomlah! Lagipun dah lewat sangat ni. Dah pukul lima dah,” ajak Farah namun Syifaa sudah labuhkan punggung di birai katil. Hela nafas panjang kemudian menekur ke bawah.
“Kau masih mogok ke. Masih marahkan aku?” nada suara Farah kedengaran sayu. “Aku tahu aku salah tapi janganlah kau seksa aku macam ni sekali.” Farah menyambung kata dan Syifaa terus naikkan kaki. Berlunjur lalu mengiring.
Muka Farah berkerut. Terus tangan mendarat di atas dahi Syifaa.
“Lah, kau demam ni.” Farah terkejut. Muka pun berubah bimbang. “Nasib baik aku tergerak hati nak jenguk kau.” Terus Farah pandang keliling. Lihat laci meja tempat Syifaa membuat kerja sekolahnya. Pantas bergerak lalu tarik laci. Tidak jumpa panadol sebaliknya menjumpai jangka suhu.
“Weh, panas gila. 39 darjah. Jom-jom pergi klinik.” Farah tidak mahu bertangguh setelah meletakkan alat tersebut ke atas dahi Syifaa namun, Syifaa keraskan diri.
“Aku nak tidur je.” Syifaa menolak dan mata Farah memicing lama.
“Luka kau dah sembuh kan?” soal Farah. Syifaa tak menjawab. Lalu Farah selak baju Syifaa. Melihat luka itu yang telah kering dan hanay menunggu masa untuk bercantum sepenuhnya saja. Terus kepalanya hairan.
“Kenapa boleh demam? Nak kata jangkitan luka dah okay sangat ni. Aih, takkan sebab aku suruh kau kawan dengan lelaki terus jadi macam ni,” leter Farah dan menaikkan amarah Syifaa.
“Jangan nak cakap banyak boleh tak. Aku tak larat ni.” Syifaa mengadu dan terus Farah duduk lalu sentuh bahu Syifaa.
“Jomlah pergi klinik,” ajak Farah risau namu Syifaa menggeleng lemah. “Janganlah macam ni. Aku ni masuk nak jumpa kau. Nak bagitahu kau yang aku kena bermalam kat kem malam ni. Kem kepimpinan sekolah kita. Kalau kau makin sakit macam mana. Aku tak boleh nak cancel tugas aku malam ni sebab aku setiausaha badan pengawas.”
“Tak apa. Kau pergilah. Aku ni kalau dapat panadol pun dah okay,” luah Syifaa lantas pejamkan mata.
Farah di atas katil menghembus nafas kesal. Dalam keadaan dia kalut dengan tugasnya Syifaa demam pula. Ini kalau dah jadi macam ni makan hari juga. Tambah-tambah Syifaa jenis yang susah nak demam.
Rasa bersalah pula nak meninggalkan. Tetapi kalau dia tak pergi cikgu lain akan cakap cari alasan. Lagipun Syifaa dah besar panjang. Takkan nak layan macam anak kecil. Lalu dia ambil keputusan. Kena pergi beli panadol dulu. Lagipun dia mana pernah buat stok. Nampaknya kali ini memang kena cari banyak sikit.
Farah pun bangkit. Turun ke bawah. Baru saja hendak memakai tudung telinga menangkap bunyi kenderaan berhenti di depan rumah. Terus dia bergerak. Mengintai melalui cermin nako. Siapa yang datang? Tak nampak orang di dalam.
Hati pun tak keruan.
***
“Dahlah. Balik… balik,” arah Aiza geram sebaik buka pintunya lalu terjun dari kereta. Tetapi Mukhreez buat tak endah pula. Mata pandang ke luar melalui cermin kereta yang gelap. Tak nampak sesiapa pun di laman rumah.
“Pergilah masuk. Biar abang long tunggu sampai adik masuk ke dalam dulu baru abang beredar.”
Terus Aiza bagi penumbuk.
“Tak payahlah. Kalau abang long tunggu nanti cikgu tahu yang adik dah menipu. Datang pula dengan kereta gedabak macam ni,” omel Aiza risau. Tetapi Mukhreez tetap begitu. Tunjuk degil kepada adik yang masih muda belia.
“Abang tunggu dia jawab soalan abang. Tapi dia tak jawab. Abang rasa nak gila dah ni.” Mukhreez lekapkan telapak tangan ke dada dan mata memandang ke atas seraya mulut menghembus nafas bimbang.
“Sabar boleh tak,” marah Aiza seraya dari jarak yang jauh cuba mencubit lengan abangnya tetapi tak berjaya.
“I miss her like crazy.” Mukhreez meluahkan dan Aiza buat muka geram.
“Cikgu tu bukan bini abang long sampai nak rindu-rindu bagai.” balas Aiza geram.
“I will. One day, dik. One day. One day she will be mine.” jerit Mukhreez melepaskan rasa dan terus Aiza julingkan mata ke atas.
“Up to youlah. Hish, parah betul main dengan orang angau macam ni. Kalau macam tu abang long pikat cikgu biar sampai dapat. Biar sampai ke jinjang pelamin.”
“Of course adik. Ingat abang long nak dekat Cikgu Syifaa tu sebab nak suruh jadi model ke. Tak dik. Abang long nak buat isteri. Nak buat bantal peluk malam-malam.”
“Eeeeiiiii….” Kali ini Aiza berjaya juga menampar lengan Mukhreez. “Teruknya angau.”
Mukhreez mengangguk mengeyakan.
“Mana tak angau. Hujung minggu nanti abang long nak fly ke Sydney lagi sekali. Kalau dia terus senyap tak bagi jawapan abang long rasa abang long kena ambil tindakan. Kena face to face juga. Apa nak jadi pun… jadilah.”
Buntang mata Aiza mendengar kata-kata abangnya. Memang lelaki itu tenat betul. Kena hantar wad kecemasan. Terus bagi oksigen. Memang hati abangnya itu sudah cedera parah.
“Dah pergilah,” arah Aiza lantas menutup pintu kereta. Dia sudah berada di pintu pagar namun kereta lelaki itu masih belum bergerak. Pantas berikan isyarat menyuruh lelaki itu bergerak. Acapkali naikkan tangan namun abangnya terus di situ. Sehinggalah Cikgu Farah muncul di muka pintu barulah kereta abangnya bergerak meninggalkan kawasan rumah.
“Ya Allah. Aiza rupanya. Masuklah. Pagar tak berkunci!” pelawa Farah mesra setelah menyedari orang di dalam pajero itu adalah pelajar Syifaa. Mukanya dimaniskan saat memandang ke arah pajero yang semakin mengecil di hadapan. Aiza yang menyedari sikap cikgu itu terus hulurkan tangan. Pantas mata Farah beralih pada wajah Aiza.
“Macam mana Aiza tahu ini rumah cikgu?” soal Farah ingin tahu. Rasanya dia dan Syifaa tak pernah memberitahu para pelajar mereka akan lokasi rumah ini.
Aiza pun larikkan senyuman manis.
“Saya dapatkan dari cikgu Tini.”
Terus Farah mengangguk faham. Patutlah Aiza berjaya menemui kerana hanya cikgu Tini sahaja yang pernah datang melepak ke sini sebelum cikgu itu menjadi isteri orang. Apabila sudah berkahwin cikgu tersebut tidak lagi ke mari jika tiada urusan.
“Cikgu nak pergi mana ni?” tanya Aiza apabila menyedari Cikgu Farah bergerak ke kereta.
“Cikgu nak keluar kejap. Nak beli panadol. Aiza duduklah dulu.”
Pantas mata Aiza menghendap ke dalam. Tercari-cari wajah Cikgu Syifaa. Farah maklum lalu ukir senyum.
“Cikgu Syifaa demam. Kebetulan panadol tak ada. Jadi ini yang cikgu kena keluar ni.”
Mendengar jawapan Cikgu Farah terus hati Aiza terlukis senyum bangga. Ini adalah masa yang sesuai untuk abangnya tunjuk hebat sekali lagi. Dalam diam/
“Kalau macam tu, cikgu tak payah keluar. Saya minta tolong abang saya belikan. Dia tak balik ke rumah tu. Nak tunggu saya kat restoran je. Biar dia yang beli," usul Aiza dengan ceria dan Farah tak mampu menolak apabila gadis itu sudah keluarkan telefon bimbit lalu menghubungi abangnya.
Farah hairan. Terbit dalam kepala bermacam andaian. Nampak sangat yang Aiza bukan dari kalangan pelajar miskin. Dia yakin gadis itu anak orang berada. Masakan, abang gadis itu yang jadi tukang pandu bas boleh ada pajero. Bahkan santai macam tak ada kerja.
Khayalannya mati apabila suara Aiza berbunyi.
“Cikgu pergilah tengok Cikgu Syifaa. Biar saya tunggu abang saya kat sini dulu,” suruh Aiza usai menghubungi abangnya.
Farah mengangguk.
“Baiklah. Nanti dah masuk jangan lupa kunci pintu,” pesan Farah lantas menapak ke bilik Syifaa. Sementara di luar rumah Aiza menunggu kemunculan abangnya dengan gelisah. Lima belas minit berlalu akhirnya pajero Mukhreez tiba dan berhenti betul-betul di hadapan rumah Cikgu syifaa.
Aiza berlari. Buka pintu sebelah penumpang lalu masuk ke dalam.
“Nasib baik abang long paksa adik datang. Kalau tak abang long tak akan tahu keadaan sweetie abang long,” bebel Mukhreez macam mak nenek. Tangan pula tarik plastik di belakang seraya mata itu melilau melihat keadaan di luar.
Aiza pula terpempan sebaik melihat beberapa buah plastik dihulurkan abangnya.
“Adik suruh beli panadol. Bukan beli farmasi. Ini apa ni?” Aiza menjegilkan mata tanda geram dengan sikap abangnya.
“Anything for my sweetheart.”
Terus Aiza melihat isi di dalam. Ada beberapa keping panadol dan koyok sakit kepala. Malah ada air cap badak kaki tiga juga. Berpinar-pinar mata Aiza dengan sikap abangnya. Satu lagi plastik ada pelbagai jenis asam.
“Ini. Siap dengan asam bagai. Ingat cikgu tu mengandung ke?” soal Aiza dan pantas saja membuat gelak Mukhreez berhamburan keluar.
“Perempuan kan suka asam. Tak percaya. Bagi dulu. Abang long yakin akan habis nanti.”
Pantas Aiza julingkan mata ke atas. Dari manalah abang longnya mendapat informasi begini. Entah betul entah tidak. Suka hati je bagi asam dekat orang demam.
Entah apa-apalah lelaki ini lalu Aiza menggeleng tak faham. Tengok plastik lain pula. Terkejut sungguh melihat ada tiga bungkus rojak mamak yang turut membuat liurnya kecur. Patutlah bau lain macam. Memikat selera tapi dekat manalah pula abangnya pergi beli dia tidak tahu.
“Adik kena pastikan my sweetie sihat baru adik boleh balik. Kalau tidak adik bagilah apa-apa alasan sekali pun supaya adik boleh jaga dan tengok kesayangan abang long,” pesan Mukhreez dengan muka serius. Tetapi tak lama kenyitkan mata dan ukir senyum manis bergula.
Aiza terus keluar sambil menjeling.
Apabila lelaki itu berlalu Aiza mengetap bibirnya geram. Memang sah lelaki itu sudah parah teruk. Orang lain pun jatuh cinta juga rasanya. Tapi tidaklah seteruk abangnya.
Parah.
Perangai gila abangnya sudah kembali semula
Share this novel