***
Syifaa tersentak.
Tak sangka Farah menekan ikon pembesar suara dan sekarang jelas di telinga suara serak-serak basah yang membuat rerambut di tubuh Syifaa berdiri.
Telefon di tangan Farah letakkan ke atas meja dan gadis itu berlalu ke jendela. Tidak turun ke bawah sebaliknya menunggu dengan hati berdetak takut. Mahu memastikan Syifaa meluahkan suara. Bimbang Syifaa buat tak tahu. Pandang gadis itu yang mengetap bibir geram. Kemudian gadis itu menelan liurnya keras.
"Awak sihat?" Suara itu menyapa dan Syifaa kerling Farah yang mengangguk menyuruh membalas kata. Syifaa teragak-agak.
"Alhamdulillah." Sepatah sahaja yang dibalas namun tetap menerbitkan debaran maha hebat. Entah kenapa suara serak itu telah membuat tubuhnya kejung.
"Telefon okay?" tanya suara itu lagi dan dahi Syifaa berkerut tak faham.
“Okay je. Kenapa ya?” tiba-tiba saja Syifaa jadi berani menyahut apabila pertanyaan itu kedengaran pelik.
“Saya ada hantar mesej tapi tak masuk. Saya agak telefon awak rosak tapi saya call masuk pula.”
Pantas Syifaa menghembus nafasnya geram. Dia tak mengaktifkan data internetnya kerana tak mahu diganggu. Alih-alih lelaki itu menghubunginya pula. Terus angin geramnya masuk.
"Kenapa nak hubungi saya. Kan saya dah cakap. Bagi details akaun bank encik. Saya nak bayar balik bil hospital. Yang encik susah sangat nak terima ni kenapa?”
“Sebab duit saya dah banyak.”
Apabila lelaki itu membalas begitu terus bibir Syifaa jadi kelu. Tapi kepala pantas menggasak menyuruh menjawab.
“Ingat saya tak ada duit ke. Saya boleh bayar sendirilah.”
Farah di jendela terkebil-kebil tak percaya. Cara Syifaa dah macam budak kecil. Namun rasa itu hilang entah ke mana apabila lelaki di corong sana tergelak besar.
“Okay. Alasan itu diterima.” Lelaki itu berbunyi dan pantas membuat dada Syifaa berdetak takut. “Sebab awak banyak duit jadi saya akan minta awak bayar. Tapi….” lelaki itu berhenti.
Syifaa pandang Farah. Kerutkan muka tanda takut. Farah pantas menjulingkan mata. Padan muka. Siapa suruh berkasar. Tunjuk ego konon. Last-last takut. Farah malas nak layan. Lantas hanya memerhati saja lagak Syifaa yang sudah macam kucing kehilangan anak.
“Tapi apa?” Syifaa bertanya dan amat berharap kata-kata yang keluar dari mulut itu nanti tidak akan menjerat dirinya.
“Saya nak awak bayar cash.”
Dan Farah ternganga. Tak menyangka jawapan itu terbit dari mulut lelaki itu. Pantas hati mengutuk. Kata banyak duit. Kenapa nak bayar tunai pula?
Dan Syifaa pula tekup mulut tak percaya.
Pandai sangat bercakap. Pandai sangat minta nak bayar semula. Kan dah mendapat. Tiba-tiba Syifaa jadi takut.
“Saya transfer.” Syifaa tak berani.
“No. Cash only.” Mukhreez berkeras dan Syifaa berfikir panjang. Pandang Farah meminta bantuan namun gadis itu buat tak tahu.
“Tak ada jawapan. Jadi saya anggap Miss Syifaa setuju. Kita jumpa nanti.” Mukhreez putuskan tetapi pantas Syifaa memanggil.
“Saya tak cakap pun setuju nak jumpa. Saya cakap akan bayar je.” Muka Syifaa berkerut nak marah kerana sudah mula faham dengan permainan lelaki itu tetapi Farah menguis-nguis lengannya menyuruh bersetuju sahaja. Langsung tidak diendah. Malas Syifaa menjeling geram.
"Kita jumpa dekat airport hari sabtu nanti."
Buntang mata Syifaa tak percaya.
“Encik nak apa sebenarnya ni. Nak jumpa ke nak saya bayar balik?” Syifaa tak faham tetapi disambut tawa kecil Mukhreez.
“Sebenarnya saya nak jumpa. Mungkin dengan face to face awak akan jatuh cinta dengan saya.”
Pantas Syifaa julingkan mata ke atas.
“Nonsense!” perkataan itu meluncur keluar dari mulut tanpa disedari.
“Yes. Awal-awal mungkin nampak mengarut but I dare you. Don't fall in love with me.”
Huh!
Pantas Syifaa menghembus nafas geram. Berlagak. Ingat handsome sangat ke. Batin mengomel geram.
“Never. Ingat saya senang-senang ke nak jatuh cinta.”
“Okay. Wait and see. Jumpa dekat airport nanti.”
Bulat mulut Syifaa tak percaya. Lelaki iu sudah memberi kata putus.
"Kenapa airport?"
Kedengaran tawa halus lelaki itu yang tiba-tiba membuai perasaannya. Lalu dikerlingnya Farah di sebelah yang sudah mencebik. Tunjuk menyampah.
"Sebab hari Isnin nanti saya dah fly ke Sydney. Hari minggu itulah saya balik ke sini semula dan… masa itulah kita boleh jumpa."
Syifaa terus kerling Farah. Gadis itu pula beri isyarat menyuruh bertanyakan pekerjaan lelaki itu tetapi pastinya Syifaa tidak akan mengikut. Gila ke nak korek hal peribadi orang. Dahlah tadi jual mahal tak nak berkawan. Alih-alih suruh tanya itu ini. Memang tidaklah dia nak nak buat. Nama pun tak tak tahu.
"Tengoklah nanti macam mana."
Lelaki di sana menarik nafas lega.
"Okay. saya doakan pintu hati awak terbuka. Don’t worry. Saya handsome. Bukan macam abang-abang yang keluar pergi kat Klang time raya dia orang.”
Mulut Syifaa ternganga. Tak sangka lelaki itu masuk bakul angkat sendiri. Makin Syifaa geram. Farah di depan pula ketawa mengekek. Nasib tutup mulut.
“Okay. I've got to go. I'll text you, sweetie."
Kali ini perkataan lain pula yang buat mata Syifaa terbuntang luas. Farah pula tunjuk sengih tak sudah-sudah.
"Encik cakap apa?"
"Awak dengar apa?"
Tak faham sungguh Syifaa dengan bahasa lelaki itu.
“Kenapa panggil saya macam tu. Kita tak kenal. Nama encik pun saya tak tahu.”
Mukhreez luahkan tawa lega. Baru terbuka pintu hati gadis itu sekarang ini.
“Hadi. Just call me Hadi and I know you loved it, right.”
Syifaa genggam kedua-dua belah tangan seraya menyeringai dalam senyap. Lelaki itu semakin pandai membuat hatinya geram. Farah di sebelah pula tak habis-habis buat muka.
“Apa-apalah. Lepas saya dah bayar duit encik nanti jangan berani-berani nak call saya lagi,” pesan keras namun Mukhreez hanya tunjuk sengih.
"I can’t promise. Wait and see first, sweetie."
Membahang merah wajah Syifaa. Langsung tak menyangka lelaki itu masih degil hendak memanggilnya begitu.
“Jangan panggil saya macam tu. Encik ingat saya ni apa,” marah Syifaa dan kepalanya terus berdenyut geram. Namun Mukhreez hanya sungging senyum.
"Okay, darling. I've got to go."
Dan… Syifaa ternganga entah untuk kali yang ke berapa. Langsung tak menduga lelaki itu telah membuatnya sakit kepala.
Sebaik lelaki itu putuskan talian Farah mengekek ketawa tak sudah-sudah. Dan… dari jendela Syifaa nampak kereta HR-V itu pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan taman.
Hatinya hairan. Namun dia tak mahu percaya. Pantas hembus nafas kesal. Kesal kerana Farah yang menjawab panggilan itu. Jika tidak dia tak akan bercakap dengan lelaki itu.
Farah di jendela pula ukir senyum. Hati berdoa pertemuan ini akan benar-benar terjadi kerana dia mahu kenal lelaki yang begitu berusaha hendak mengenali Syifaa. Baru saja terfikirkan lelaki itu telefon Syifaa berbunyi. Pesanan masuk
Pantas Syifaa tarik dan buka peti pesanan.
Tak sabar nak jumpa
I'll be missing you
I hope you will miss me too
Mata Syifaa terbuntang luas seraya mata melopong.
Lelaki itu dan mengayat tak pernah habis. Pantas tangan dikepal dan mata pandang ke luar jendela. Cuba membuang debaran. Farah yang turut membaca pesanan pula tunjuk muka teruja. Dia tak sabar dan Syifaa mula tak tentu arah.
Sorry for the delay gais. Doakan urusan GH lancar
Share this novel
Yesss. Pergi syifa jgn jual mahal sgt :p