***
Aiza masuk ke dalam. Sebaik mengunci pintu dia berpaling hendak menapak ke tangga. Tetapi matanya terlihat jambangan bunga di atas almari kasut. Kelihatan mawar putih yang masih segar diam di dalam jambangan. Pantas bibirnya terlorek senyum bangga. Nampaknya Cikgu Syifaa betul-betul sukakan mawar tersebut. Tak sia-sia dia memaksa abang longnya memberikan mawar putih. Nasib baik rahsia Cikgu Syifaa terlepas dari mulut Cikgu Farah.
Ini, kalau diceritakan kepada si abang tentu dah melompat kegembiraan. Tetapi dia tak mahu membiarkan abangnya menggantung harapan setinggi langit. Entah-entah Cikgu Syifaa sudah ada yang punya.
Dengan hati berbunga Aiza menapak ke anak tangga. Tetapi degupan di dada pantas menjelma. Dia cukup takut kiranya Cikgu Syifaa tidak akan menerima kehadirannya. Nasib baik terserempak dengan Cikgu Farah di tangga.
“Pergilah masuk. Cikgu Syifaa tengah tunggu panadol. Cikgu nak ambil air masak jap.” Pantas Farah menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur. Aiza pula segera ke daun pintu yang kosong tanpa apa-apa ukiran mahupun tampalan. Tidak seperti pintunya. Ada hiasan di pintu yang diperbuat daripada kayu yang diukir dengan gaya inggeris. Siap dengan namanya.
Pintu ditolak dan kelihatan Cikgu Syifaa sedang tidur. Berat hati hendak melangkah masuk ke dalam bilik yang cukup ringkas.
“Masuklah Aiza.” Muncul Farah lalu menyuruh. Mendengar nama itu mata Syifaa terbuka.
“Aiza ke tu?” soal Syifaa tak percaya. Pantas Aiza melangkah. Tangan Cikgu Syifaa ditarik lalu dikucup mesra. Farah yang melihatnya berasa tersentuh. Aiza yang datang hari ini benar-benar gadis yang lain.
Aiza pula tersentak. Panasnya tubuh Cikgu Syifaa dan hati terbit kasihan.
“Panasnya cikgu. Cikgu nak pergi klinik. Saya call abang saya suruh datang ambil.”
Pantas Syifaa menggeleng.
“Tak apa Aiza. Cikgu nak panadol je. Lepas makan ubat nanti cikgu nak rehat.”
Syifaa hulurkan tangan meminta ubat. Dengan besar hati Aiza hulurkan tetapi tak pantas melihat cikgu yang lemah bangkit sendiri. Lalu dia tolong menyuapkan ubat tersebut ke mulut Cigu Syifaa. Farah di belakang berasa cukup terharu.
Usai menelan ubat Syifaa pejamkan mata. Dia tak mahu fikirkan apa-apa pun. Wlaaupun tadi dia sedikit terganggu dengan cerita Farah. Bercerita tentang kedatangan Aiza yang tiba-tiba. Namun, kerana tubuhnya yang lemah dia biarkan saja Farah dan Aiza bercakap.
“Cikgu, ini ubat yang abang saya tolong belikan.” Plastik dihulurkan dan Farah mengambil dengan dahi berkerut.
“Erk, cikgu suruh beli panadol je tapi kenapa sampai dua tiga plastik ni?” soal Farah tidak percaya. Aiza terus sunggingkan senyum.
“Abang saya nak Cikgu Syifaa cepat-cepat sihat. Kat dalam tu pun ada asam. Ada makanan.”
Terus terbit senyum panjang di bibir Farah. Teruja pula dengan kebaikan abang gadis itu.
“Cikgu nak saya buat apa-apa ke?” tanya Aiza berbahasa. Dia kena cari peluanguntuk berlama di sini. Farah teringatkan tugasnya terus dia berbisik.
“Cikgu minta tolong boleh tak?”
Aiza mengangguk rela. Mata kerling Cikgu Syifaa di atas katil. Dengkuran halus yang berbunyi menandakan Cikgu Syifaa tak akan sedarl lagi.
“Cikgu nak minta tolong fasal apa ya?” soal Aiza ringan tulang. Pantas Farah larikkan senyum panjang lagi. Teringat akan cerita Syifaa yang mengatakan Aiza tinggal dengan seorang abang sahaja lalu dia ambil peluang. Tak salah meminta tolong.
“Boleh tak tolong temankan Cikgu Syifaa sampai pagi esok. Cikgu nak kena pergi Kem Kepimpinan. Aiza tahu kan ada kem sekarang. Kem untuk pengawas kat sekolah?”
Aiza mengangguk. Memang dia ada dengar. Cuma dia tak ambil peduli sebab dia bukan pengawas dan ketika itu dia tak berminat hendak ambil tahu fasal semua hal di sekolah.
“Boleh cikgu. Nanti saya call abang saya dulu. Kalau abang saya izinkan, cikgu pergilah kem.” pandai Aiza bercakap sehingga Farah rasa lega. Padahal tanpa gadis itu ketahui Aiza hati Aiza sudah berbunga-bunga.
Ada bonus untuk abangnya.
***
“Jaga sweetie abang baik-baik,” pesan Mukhreez sebaik sahaja Aiza menghubungi meminta izin sehingga Aiza naik bosan.
“Abang long ni. Berapa kali nak pesan. Adik tahulah,” omel Aiza geram. Mata berwaspada. Bimbang Cikgu Farah yang sedang berkemas di dalam bilik muncul di belakang. Dia yang bercakap di ruang tamu secara perlahan itu tetap bimbang.
“Of course kena pesan banyak kali. Kalau kesayangan abang long tak kebah-kebah memang abang long langgar je pergi sana.”
Terus mata Aiza membulat. “Jangan nak mengada-ngada sangat, eh. Kenal pun tidak. Jumpa pun lambat lagi alih-alih nak datang sini. Jaga perangai tu,” nasihat Aiza geram. Geram dengan perangai abangnya yang menjadi-jadi. Tetapi Aiza surutkan dengan berpesan pada lelaki itu agar memberitahu orang tua mereka. Dia tidakmahu mummy dan daddy fikirkan yang bukan-bukan.
“Adik!” panggil Mukhreez sebelum Aiza memutuskan talian. Aiza mendengus geram. “Snap her picture for me. I wanna bring her into my dream.”
“Abang long!” Aiza menjerit kuat sehingga tak sedar dia berada di rumah orang lain. Pantas mulutnya ditekup apabila menyedari dia sudah salah laku. “Tak kuasalah.” Sengaja menduga hati si abang dan Mukhreez merayu macam orang sewel.
“Dik. Please dik. Tolong abang.”
“Eh, abang long ni. Perasan betul. Bimbanglah adik. Entah-entah cikgu Syifaa dah ada kekasih,” ujar Aiza cemas tetapi Mukhreez tetap dengan tekadnya.
“Nope. Abang long yakin dia belum berpunya. Abang long yakin sangat.”
Aiza mencebik bagaikan abangnya dapat melihat.
“Hek eleh. Beli kat manalah keyakinan tu. Entah-entah orang kat dalam tu sedang berbahagia dengan orang lain.” Sengaja Aiza mahu mengusik dan kedengaran suara Mukhreez mulai kendur.
“Adik… janganlah patahkan semangat abang long. Tolong hantar gambar sweetie. Please!”
Aiza tidak menghiraukan. Pantas tangannya memutuskan talian. Tetapi bibirnya tetap tersungging senyum lucu. Lucu dengan keadaan abangnya yang nanar macam orang tak cukup makan ubat.
Dia tergeleng-geleng seketika. Mengingati si abang yang benar-benar angau lalu Aiza kembali memandang ke arah almari kasut. Telefon dihalakan ke situ. Tadi dia cakap tak mahu beritahu. Alih-alih dia yang teruja dan dia akan pastikan rumah ini nanti dipenuhi barang-barang kesukaan Cikgu Syifa.
Hati berasa puas.
Tak sabar nak tengok reaksi abangnya.
*****
Mukhreez merenung gambar yang dihantar Aiza. Hati baru nak ceria. Tetapi melihat gambar jambangan bunga sahaja yang dihantar terus bibirnya melengkung.
Apasal hantar gambar bunga je?
Aiza yang berada di sebelah Cikgu Syifaa mencebik geram. Dah bagi betis pun masih tak puas hati.
- Itu bunga yang abang bagi.
- Abang tak rasa happy ke?
- Gadis pujaan abang simpan macam tu sekali.
Pantas Mukhreez yang sedang melakar sesuatu di atas kertas berhenti. Tilik gambar sekali lagi.
- Really? OMG.
Dan… Aiza hantar sticker menjengkelkan. Tunjuk penumbuk dekat telefon tetapi tak lama diusap semula. Mata pandang Cikgu Syifaa yang menggeliat. Tangan baru nak merakam gambar cikgu di sebelah tetapi tak jadi. Cikgu Syifaa sudah bangkit. Wajah pucat itu sudah merah. Nampaknya betul apa yang Cikgu Farah cakap. Cikgu Syifaa tak akan demam lama. Sekejap saja.
“Cikgu dah okay?” tanya Aiza resah dan Syifaa mengangguk.
“Cikgu dah okay. Cuma tu lah rasa tak larat lagi.Tapi, cikgu nak mandi dulu. Lepas mandi nak keluar cari makanan. Rasa lapar sangat.”
Aiza tersentak.
“Cikgu nak keluar?” soal Aiza terkejut.
“Ya. Cikgu lapar. Nak masak tak larat lagi. Maaflah Aiza. Rojak yang Aiza bagi tadi cikgu tak makan. Minta maaf banyak-banyak.” Syifaa kesal namun Aiza pantas menggeleng. Banyak benda yang dia belajar tentu Cikgu Syifaa. Lantas dalam kepala sudah dapat idea.
“Tak apa cikgu. Lagipun Cikgu Farah dah bawa ke kem. Tak membazir dah.”
Syifaa mengangguk lemah.
“Cikgu masuk mandi dulu,” pinta Syifaa lantas perlahan-lahan bergerak ke ampaian. Tarik tuala lalu tutup kepala. Pada waktu itu sempat Aiza merakam gambar cikgunya.
- Tu hah, dah sihat.
Aiza hantar pada abangnya.
Mukhreez yang baru hendak masuk tidur terkejut. Melihat gambar yang tak berapa menjadi itu hati berlagu riang. Terus dikucupnya dua tiga kali.
“I love you sweetie. Tak sabar nak jumpa depan-depan,” ucap Mukhreez dan ketika itulah pesanannya berbunyi lagi.
- Belikan set nasi. Sweetie abang lapar.
Mukhreez tersentak dan pesanan masuk lagi.
- Tahu tak, tengah-tengah tak larat tu dia nak keluar cari makanan
- Speechless, abang long.
- Memang isteri idaman betul.
Dan Mukhreez lorek senyum puas hati. Panjatkan rasa syukur. Malah berdoa agar pilihannya ini tak salah dan gadis itu akan membahagiakan hidupnya yang pernah kelam sebelum ini.
Besarkan gambar yang tak sempurna itu sekali lagi lalu sentuh hidung yang samar. Hati cukup tak sabar.
Sementara di dalam bilik tidur Syifaa, Aiza memandang pesanan abangnya dengan hati gembira. Menyuruh menunggu seketika. Apabila cikgu itu keluar pantas mulutnya berbunyi.
“Cikgu tak payahlah keluar. Rehat je. Saya dah bagitahu abang saya suruh belikan makanan. Kejap lagi dia hantarkan.”
Kelip-kelip Syifaa memandang dan hatinya pantas berasa segan. Aiza di depan pula senyum puas hati.
Aduyai dua ketui ni. GH tak bolehlah. Macam 2 buat kan. Nak dekat cg punya pasal.
Share this novel
alahai rindu sudah
hai GH.. bila nak update new chapter
Gedik tau abang long. Sabar sikit...:p