BAB 24

Drama Series 18121

Bilik Guru

“Beli telefon barulah,” suruh Farah tak henti-henti. Padahal sudah seminggu Syifa mengulang benda yang sama. Tunggu gaji baru nak beli telefon baru.

“Engkau ni. Sabarlah. Bukan aku tak nak beli. Duit tu yang tak jatuh lagi.” Syifaa buat lawak antarabangsa pula hingga Farah yng sedang berdiri di depan terus hempas punggung sebelahnya. Dia yang sedang menanda buku latihan pelajarnya berhenti.

“Susah tau nak berhubung dengan kau. Tambah-tambah lagi bila waktu balik kita berdua tak sama. Kau nak call aku suruh datang ambil kau tak dapat. Aku nak call kau pun susah.” Farah masih bersungguh-sungguh memujuk. tak

Pantas Syifaa menghempas nafas kesal.
“Tak lama dah nak gaji. Tunggu jelah. Buat masa ni kau susah-susah dulu ya dan biar aku tenang sekejap masa tak ada telefon ni.”

Farah merengus geram. Nak saja dia cubit bibir mungil tu.
“Kau sengaja kan. Tak nak bagi cikgu sorang tu mesej kau kan?”

“Tau tak apa.” Syifaa menjawab dan kerling Cikgu Hamzah di belakang. Bila telefonnya rosak dia sungguh rasa gembira. Malah aman damai. Kalau tidak naik bernanah matanya melihat pesanan lelaki itu. Asyik bertanyakan jawapan pada lamaran dulu.

“Kasihan tau dekat dia.” sengaja Farah nak mengusik. Terus Syifaa jeling geram dan ketika itulah pembantu pejabat muncul lantas menyerahkan satu salinan surat kepadanya.

Syifaa baca dalam hati.
Surat arahan mengikuti Seminar Keusahawanan Sekolah peringkat pantai barat yang akan diadakan di Port Dickson awal bulan April nanti.

“Kenapa? Muka tu tiba-tiba je dah macam tak cukup makan budu pulak.” soal Farah tak faham. Terus Syifaa luahkan gelak kecil.

“Banyaklah kau punya budu. Nah… tengok ni.” Syifaa mengunjukkan surat tangan. Pantas Farah membacanya lalu hamburkan tawa kecil.

“Herm… elok sangatlah tu. Baru lepas bercuti kat kampung. Eh, bersambung pula kat PD. Best apa,” usik Farah namun Syifaa tunjuk muka tak puas hati.

“Kena bawa seorang ahli koperasi,” luah Syifaa dengan muka berkerut. Farah yang turut membaca sampai habis ukir senyum. Terbit idea dalam kepala.

“Apa kata kau bawak Aiza.” usul Farah tak fikir panjang. Terus terjongket kening Syifaa. Tak percaya.

“Kau nak aku bergaduh dengan dia?”

Tetapi Farah menggeleng. “Kenapa aku nak suruh kau gaduh pula. Anggap saja ini adalah peluang keemasan untuk kau kenal dia dengan lebih dalam. Mana tahu bila jauh macam ni hati dia akan lembut. Dia akan berubah,” jelas Farah dan Syifaa tunduk mendengar usul Farah.

Tak terlintas di kepalanya hendak membawa Aiza jauh ke Port Dickson. Dia bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Dia kan salah seorang ajk koperasi. Bawa nama dia ke penyelaras Kelab. Aku rasa Cikgu Anwar lagi suka.

Dan Syifaa berfikir panjang. Tak lama kemudian ukir senyum.
Ada baiknya juga cadangan Farah.

***
“Aiza Munirah!!!”
Panggil Cikgu Anwar sewaktu gadis itu melalui bilik guru untuk masuk ke dalam kelas.

Aiza Munirah berhenti tiba-tiba. Guru Ekonomi yang berusia 45 tahun itu mendekati lantas mengunjukkan sekeping surat kepada Aiza berserta borang keizinan ibubapa/ penjaga. Terus Aiza terpinga-pinga seraya mata menilik guru lelaki itu meminta penjelasan.

“Nanti jumPA Cikgu Syifaa,” arah cikgu tersebut dan Aiza naik angin apabila selesai menghadam surat di tangan.

“Kenapa saya yang kena pergi PD?” TAnya Aiza kasar. Geram sungguh apabila nama Cikgu Syifaa disebut guru lelaki itu.

“Sebab dalam ramai-ramai ajk induk kelab awak seorang saja lagi yang belum pernah menyertai program luar,” jawab Cikgu Anwar sambil meneliti wajah cantik yang sudah bertukar masam mencuka. Amat maklum kenapa muka itu jadi begitu.

“Ini mesti Cikgu Syifaa yang bagi nama saya kan?” soal Aiza tidak puas hati. Cikgu Anwar pantas menggeleng menafikan.

“Apa pula Cikgu Syifaa.” Cikgu Anwar menggeleng geram. “Cikgu sendiri yang bagi nama dekat pengetua untuk temankan Cikgu Syifaa. Takkan kamu nak pergi dengan cikgu pulak.” Sinis ayat guru lelaki itu namun Aiza tak kisah.

Baginya bila berdua-duaan dengan Cikgu Syifaa dia yang akan mendapat malapetaka nanti. Dia dengan cikgu itu macam anjing dengan kucing. Macam bara dengan kayu api. Pantang bertemu. Sungguh dia tak mahu bersama. Dengan perasaan sakit hati Aiza melangakh ke kelas. Ketika itu Syifaa sedang mengajar. Terus masuk ke dalam kelas tanpa salam.

“Eh, kau memang tak ada adab kan. Masuk dalam kelas macam masuk kolam. Tak ada salam tak ada sapaan terjun macam tu je,” tegur Rahman keras selaku ketua kelas. Muka itu diseriuskan. Namun Aiza tak mengendah. Sebaliknya balas dengan suara kasar. Syifaa yang menyedari tersentak. Terus dalam hati rasa pelik.
“Kau diamlah.. Aku sepak muka kau nanti,” marah Aiza lantas buru-buru mendekati Syifaa yang baru hendak duduk di atas kerusi. Syifaa tak memandang Aiza dan hati di dalam dada menyuruh bertenang.

“Kenapa cikgu nak petik nama saya. Tak boleh ke kalau bawak student lain?” soal Aiza sakit hati dan Syifaa senyum dalam kerana dia sudah dapat mengagak perkara begini akan terjadi.

Tanpa memandang gadis itu dia menjawab.
“Dah dapat surat ke. Nanti tunjuk dekat parents Aiza. Borang kebenaran tu jangan lupa bawa masa hari kita nak bertolak.” Syifaa buat-buat mengemas buku-bukunya. Pertanyaan Aiza langsung tak dijawab sebaliknya meninggalkan pesan. Dia tak ada masa hendak bertekak dengan gadis itu lantas bangkit hendak keluar kerana masanya sudah tamat. Baru saja bangun loceng pun berbunyi.

Aiza pula terdiam. Tak berkelip memandang guru kelasnya. Sikap Cikgu Syifaa tiba-tiba semakin membakar perasaannya. Kalau dulu cikgu itu akan memandangnya. Marah macam mana sekalipun cikgu itu akan merenungnya lembut. Tetapi semenjak pertemuan mereka di pantai cikgu itu sudah tidak mesra lagi. Hati tiba-tiba memberontak.
“Saya tak nak pergi.” Kuat suara Aiza membantah sehinggakan semua rakan sekelasnya memandang tidak faham. Syifaa yang sudah bergerak hendak keluar berhenti.

“Cikgu tak memaksa tetapi surat tu dari pihak atasan. Lagipun nama Aiza yang naik. Hendak tak hendak memang awak yang kena pergi.” Syifaa beri satu das tembakan dan darah muda Aiza semakin meruap naik.

“Cikgu sengaja kan. Mungkin cikgu dah call abang saya. Dah bagitahu semuanya pasal program ni kan,” teka Aiza dan menerbitkan kekesalan dalam hati Syifaa.

Kepala digelengkan.
“Awak menuduh cikgu? Takkan awak tak tahu telefon cikgu dah rosak.” tekan Syifaa dengan sengaja dia menyebut. Wajah Aiza terus mendung. Syifaa hembus nafas kesal. Kesal dengan sikap gadis itu. Ingatkan kejadian di pantai akan merubah sikap itu tetapi makin lama makin menjad-jadi. Dia pula sudah malas hendak melayan. Kalaupun separuh hatinya memaksa ada lagi separuh yang memberontak. Dia manuisa biasa. Ada masa akan terluka juga.

“Okay class. Masa cikgu daha habis. Awak semua siapkan latihan dan jangan lupa. Esok kita belajar dekat library. Assalamualaikum,” ujar Syifaa lantas segera keluar. Langsung tak memandang Aiza dan gadis itu mengetap bibir tak percaya.

Hati Aiza terasa. Cikgu Syifaa langsung buat-buat tak tahu. Dan tiba-tiba saja dia merasakan kehilangan yang amat berat.

***

Bilik Aiza

Jam sudah menganjak ke angka 12 namun Mukhreez masih lagi leka dengan kerjanya di dalam bilik. Apabila terasa lenguh dia menggeliat kecil. Puas bermain dengan dokumen tekaknya tiba-tiba terasa haus lantas dia bangkit hendak ke dapur.

Saat melintasi bilik Aiza, dia lihat ruang itu masih cerah. Terus dalam kepala meneka. Nampak gayanya si adik masih belum lelapkan diri. Pantas diketuk pintu bilik. Orang di dalam tidak menyahut tetapi dia tetap juga menolak daun pintu. Kelihatan Aiza sedang menelaah di meja belajar. Hati seorang abang cukup berasa bangga lalu menghampiri.

“Impressed.” Dengan bangga Mukhreez bersuara namun tidak dibalas si adik. Aiza terus membaca dan mencatat isi-isi penting dalam buku nota.

“Nampaknya abang long dah ganggu adik. Kalau macam tu abang long keluar dulu. Jangan belajar sampai pagi. Nanti jadi panda.” di akhir pesanan sempat lagi mengusik.

Mukhreez pun berpaling mahu melangkah namun sebatang pen menghempap belakang dan terus jatuh ke bawah.

“Ini dah lebih dah, dik!” ujar Mukhreez lantas bongkokkan badan mengambil pen di bawah. Tak jadi hendak keluar apabila Aiza sudah ke katil. Dia pula mengambil tempat adiknya tadi. Duduk di atas kerusi belajar gadis itu.

“Dah kenapa dengan muka tu. Kalau setakat nak tunjuk muncung baik tak payah. Tidur lagi bagus. Muka pun jadi cantik.”

Muncung sudah berubah. Kali ini Aiza menekur ke bawah dan Mukhreez mengesan kelainan pada wajah adiknya.

“Kenapa? Ada masalah?” soal Mukhreez risau. Bimbang andainya si adik kembali tertekan macam dulu.
Aiza diam dan Mukhreez terus menanti.
“Kalau kita tak sengaja rosakkan telefon orang, kita juga ke yang kena ganti?” soal Aiza Munirah tiba-tiba. Pantas Mukhreez bulatkan mata. Serasa dia boleh mengagak apa yang ada dalam kepala adiknya saat ini.

“Adik buat apa dengan telefon orang. Telefon siapa?”

Aiza telan liurnya. Takut hendak menceritakan hal yang sebenar.
“Err… adik tak sengaja jatuhkan telefon sorang ni dalam air.” ujar Aiza resah.

“Hah, orang ni tu siapa?” soal Mukhreez nak tahu. Mata terus memandang adiknya. Kelihatan mata Aiza terkedip-kedip memandang ke arah lain. Curiga Mukhreez pun bersarang.

“Erk… kawan sekelas adik. Adik tak sengaja langgar dia.” Aiza meluahkan namun berbohong.

“Okay. Patutlah muka tu macam ayam berak kapur. Macam ni, sengaja atau tak, kalau kita yang rosakkan harta orang memang kitalah yang kena ganti kecuali tuan dia mati-mati tak nak,” ceramah Mukhreez ringkas dan muka Aiza berubah mendung. Terus kepala itu menekur ke bawah.

“Laki ke perempuan?” tanya Mukhreez meminta kepastian.

“Perempuan,” jawab Aiza takut-takut. Takut abangnya tahu hal sebenar. Mukhreez pula terangguk-angguk.

“Tak apa. Nanti abang tolong belikan. Lepas tu esok abang long suruh Pak Aziz hantar ke sekolah.”
Hati Aiza lega. Terus wajahnya berubah ceria.

“Bagi detail telefon. Senang abang long nak cari kat kedai.”

“Maksud abang long?” Aiza tak faham apa-apa dan Mukhreez menghembus nafas kasihan.

“Kita kena ganti yang sama. Lebih tak apa jangan kurang.”
Aiza tak menyangka. Macam tu ke caranya. Tapi, mana dia tahu jenama telefon Cikgu Syifaa.

“Adik tak tahu telefon tu jenis apa. Tapi casing dia warna purple.”
Ya. Itu sahaja yang dia sempat tangkap dengan mata. Saat telefon itu jatuh ke dalam air hatinya diterpa kesal.

“Dah. Jangan risau. Abang long tolong beli. Kalau dia tak nak cakap je dekat kawan adik tu abang bagi sedekah.” Mukhreez bangkit. “Jangan risau. Pergi tidur,” arah Mukhreez lantas berpaling hendak keluar namun matanya menangkap sesuatu yang terselit di dalam buku nota. Pantas tangannya menarik laju. Tercengang sebaik membaca isi surat.

“Kenapa tak cakap dengan abang long yang adik kena pergi PD?” soal Mukhreez hairan. Pantas wajah Aiza yang mendung bertukar ribut. Bangkit hendak merampas surat tersebut tetapi dilarikan Mukhreez ke atas. Susah Aiza hendak mencapainya. Kerans susah terus memeluk tubuh dan tunjuk muncung itik.

“Adik tak nak pergi.” suara Aiza kedengaran membentak.

Mukhreez menggeleng geram dengan sikap si adik lalu meneliti surat tersebut sekali lagi. Melihat nama cikgu Syifaa sebagai pengiring hatinya pantas meneka. Nampaknya cikgu tersebut mahu berbaik dengan adiknya. Kalau benar, dia hargai usaha cikgu tersebut. Mahu membentuk Aiza menjadi pelajar yang cemerlang akademik dan juga sakhsiah.

“Abang long nak adik ikut seminar ni. Mungkin kat sana banyak perkara yang akan adik belajar. Mana tahu akan memudahkan adik untuk menjawab soalan periksa,” Mukhreez menasihati namun Aiza tetap menggeleng tak mahu. Melihat sikap adiknya yang keras pantas Mukhreez mengingatkan gadis itu akan perjanjian mereka.
“Adik dah janji dengan abang nak ikut segala arahan sekolah dan juga cikgu adik, bukan?” Janji dulu diulang Mukhreez dan akhirnya Aiza mencebik lalu menekur ke bawah semula.

Hati menderu sakit. Entah kenapa dia tak mampu nak berdamai dengan cikgu itu walhal hatinya sedikit kesal. Dia malu sebenarnya. Malah rasa bersalah terhadap cikgu Syifaaa namun dia masih nak mengikut kepalanya yang keras.

Ah, pergi je lah. Bukan abang dia tahu pun kalau dia buat hal kat sana. Batin bergumam dan Mukhreez memandang tanpa tahu apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience