BAB 42

Drama Series 23843

Kedai coklat KLIA

Sedari tadi lagi Farah menyaksikan perbualan antara lelaki itu dengan Syifaa. Hatinya panas berapi. Jika tidak mengenangkan tempat ini tempat awam dia tak teragak-agak hendak menyerang. Dia langsung tak menduga. Lelaki yang berada di depan Syifaa adalah abang Aiza.

Patutlah, senang sekali Syifa dapat macam-macam hadiah. Rupa-rupanya si abang bersekongkol dengan si adik. Entah-entah lelaki itu hendak berbuat jahat pada Syifaa. Sama juga dengan Aiza. Mungkin gadis itu berlakon jadi baik saja. Hati Farah takut tetapi perasaan sakit hati lagi beraja.

Dia memang yakin lelaki itu adalah abang Aiza. Walaupun hanya sekali dua saja bertemu dia memang ingat wajah itu. Hatinya resah. Apa sebenarnya yang dirancang lelaki itu.

Tak sanggup melihat Syifaa terus diperdaya, Farah pantas mengejar lelaki itu yang sudah meningggalkan kafe. Lelaki itu berhenti di hadapan sebuah kedai coklat. Lelaki itu menghendap seketika. Baru saja melangkah hendak masuk ke dalam Farah tak teragak-agak menghalang laluan. Berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu.

“Encik Hadi. Oh, silap. Encik Mukhreez Hadi yang sebenarnya kan,” sapa Farah setelah yakin dengan apa yang hatinya rasa. Dia yakin sepasang huruf yang terukir pada jam yang lelaki itu berikan kepada Syifaa adalah bukti yang itu adalah singkatan nama lelaki itu. Apatah lagi lelaki itu pernah memperkenalkan diri di hospital dengan nama Mukhreez. Dengan muka sakit hati Farah menanti lelaki itu membalas kata.

Mukhreez pula tersentak. Telan liurnya tak menyangka. Dia kenal susuk di depan. Mana mungkin dia akan lupakan wajah itu. Tetapi dia kerutkan muka. Cuba berlakon sebaik mungkin kerana rahsianya tidak boleh pecah begitu sahaja.

“Cik salah orang agaknya.” Mukhreez menafikan tetapi tiba-tiba saja Farah hamburkan tawa sinis.

“Salah orang? Oh my God. Aku tak akan salah sebab aku kenal engkau dan aku juga kenal Aiza. Malah aku paling rapat dengan Syifaa.”

Sudah tidak ada sopannya apabila berhadapan dengan lelaki itu. Lelaki yang menyamar begini tidak seharusnya diberi muka. “Engkau nak menjerat Syifaa bukan. Sebab kau hanya driver bas jadi kau nak jerat kawan aku. Bila kau dah dapat kau akan makan duit dia sikit demi sikit. Macam tu kan?” tukas Farah dengan suara keras serta sinis sehingga air liur Mukhreez hampir tersembur keluar.

Tebakan gadis di depannya langsung tak masuk akal. Dia nak makan duit perempuan? Memang lambatlah lagi. Dia juga pemandu bas? Rasa nak tergelak besar tetapi dia tahan.

Kerana tebakan gadis itu salah pantas sahaja matanya memandang sekeliling. Nasib baik tidak ada pelanggan lain. Pelayan pun jauh dari mereka. Jadi rahsianya tidak akan menjadi bualan orang yang tidak mengetahui hal yang sebenarnya. Lalu Mukhreez mula membetulkan suara.

“Rasanya cik salah anggap ni.” Mukhreez menafikan lagi.

“Nope.” Farah tunjuk muka bengis. Mata meliar ke muka lelaki di depan.

Mukhreez pula jongketkan kening tidak percaya. Dalam dia berhati-hati menyorokkan rahsia rupa-rupanya ada orang yang dapat tahu. Malah orang itu adalah orang yang paling dekat dengan gadis yang didambakan siang dan malam. Memang masaklah dia. Tak boleh nak berlakon lagi.

Farah pula memandang dengan mata yang tajam. Sungguh hatinya cukup sakit apabila lelaki yang diharapkan akan membuka lembaran baru dalam hidup Syifaa rupa-rupanya bermuka talam.

“Aku tak akan salah. Aku kenal kau. Kita dah beberapa kali jumpa. Jangan nak temberang.” Farah tidak mahu kalah dan akhirnya Mukhreez pasang nekad. Apa pun yang akan jadi rancangan mesti diteruskan.

“Okay. Aku memang Mukhreez Hadi. Abang Aiza. Dan aku juga lelaki yang telah tolong Cikgu Syifaa.” Akhirnya dia terpaksa berterus terang supaya tidak akan berlaku peperangan di sini. Lalu wajah Farah membahang merah. Matanya tajam menikam mata Mukhreez.

“Kau nak apa sebenarnya hah? Kenapa kau nak tipu dia?” Kuat suara Farah terlontar keluar sehingga Mukhreez terpaksa menarik gadis itu keluar dari kedai coklat.

“Aku tak menipu cuma aku tak beritahu hal yang sebenar.” Mukhreez membetulkan namun Farah hembus geram.

“Samalah juga tu.” Farah mencebik. Matanya masih menjeling tajam lelaki itu. Geram. Tersangat geram.

“Kau sebenarnya nak apa? Kau nak pedajalkan kawan baik aku kan. Tak pun kau saja nak balas denda sebab Cikgu Syifaa ambil berat pasal adik kau?” luah Farah geram namun pantas Mukhreez menggeleng.

“Bukan. Bukan macam tu. Aku tak ada niat jahat sikit pun. Aku… aku cuma nak kenal dia. Aku nak kawan dengan dia. Paling penting aku nak biar sampai dia jadi isteri aku.”

Terus mulut Farah membulat. Terkedu mendengar luahan itu. Langsung tak percaya.

“Kau jangan nak kelentong. Kalau macam tu kenapa nak sembunyikan identiti diri kau. Cakap jelah yang engkau ni abang Aiza kalau kau betul-betul nak kenal dia,” rengus Farah geram.

Tangan Mukhreez perlahan-lahan naik ke kepala. Menggaru tempat yang tidak gatal. Mata pun berkerut tak mampu hendak memberitahu hal sebenar.

“Kenapa tak terus terang je kalau betul kau nak dekat dia?” ulang Farah lagi dan akhirnya terbit juga senyum di bibir Mukhreez.

“Trust me. Aku bukan nak ambil kesempatan. But I wanna win her heart with my own way. Aku tak nak dia terima aku sebab aku abang Aiza. Kau rasa dia akan terima aku ke kalau dia tahu semua tu?”

Farah buat muka.
“Belum cuba belum tahu.” Farah menguji namun Mukhreez menggeleng.

“Aku yakin dia susah nak terima sebab dengan cara macam ni pun payahnya dia nak setuju,” luah Mukhreez kendur.

Suara itu sedikit sebanyak mengganggu hati Farah. Ditiliknya wajah itu begitu lama. Mencari secebis keikhlasan dan kejujuran. Wajah itu nampak bersih. Tidak seperti lelaki keparat ataupun buaya tembaga yang pernah memikat Syifaa. Teringat pula pesanan lelaki itu yang mengutamakan solat hati Farah mula mengakui sesuatu. Apa salahnya memberi peluang kepada lelaki itu. Akhirnya dia pun menghela nafas sayu.

“Dia pernah terluka.”
Tiba-tiba terbit suara sebak Farah. Mata pun sudah berair. Kekuatan dan keberaniannya sebentar tadi hendak mempertahankan Syifaa luruh dek permainan lelaki di depan.

Wajah Mukhreez pula berubah tiba-tiba. Mendengar kata-kata Farah kepalanya cuba meneka. Apakah gadis yang dia damba itu pernah melalui saat-saat getir seperti dirinya atau apakah maksud sebenar gadis di depannya sekarang.

“Tolong jangan mainkan hati dia. Dia naif orangnya. Terlalu naif,” pesan Farah dengan sayu dan membuat Mukhreez tersedar. Siapapun Syifaa Hayati dia sudah menanam cinta yang mendalam terhadap gadis itu. Lalu dia tekadkan hati untuk terus berusaha memikat gadis itu.

“Aku tak main-main. Dari dulu lagi aku nakkan dia. Cuma masa yang tak mengizinkan. Bila aku tahu siapa dia dan aku dah jumpa dia aku berjanji dengan diri aku sendiri yang aku tak akan lepaskan dia sampai bila-bila," ujar Mukhreez jujur dan Farah nampak semuanya pada mata itu yang bersinar.

Namun,
“Eh, kejap!” Farah berhenti. Perhati muka Mukhreez. “Apa maksud kau dari dulu lagi kau nak kat dia?” Farah sangsi. Pandang wajah itu yang tersenyum lantas diseriuskan apabila sedar sudah tersalah laku. “Kau jangan cakap kau dah lama skodeng dia.” Tangan Farah naik ke muka Mukhreez dan terus tawa Mukhreez berhamburan keluar. Namun cepat-cepat dihentikan.

“Kau tolong aku?” rayu Mukhreez. Tidak menjawab soalan Farah. Namun Farah picingkan mata.

“Untuk apa?” soal Farah geram.

Lagi sekali Mukhreez ukir senyum.
“Kau lagi kenal dia dari aku. Jadi… kau tolong aku untuk kenal dia lebih dari kau.”

Pantas sahaja mata Farah dijulingkan ke atas dan Mukhreez gelak kecil.

“Sampai bila kau nak sembunyikan identiti diri?”

“Sampai dia tak mampu lepaskan aku sampai bila-bila.”

Dan hati Farah berasa serba salah. Menolong lelaki itu bermakna dia akan melukakan hati Syifaa. Padahal dia sudah berjanji tidak akan membiarkan gadis itu menangis lagi. Dia juga berjanji tidak akan membiarkan sejarah lama berulang kembali. Namun jika dia tak membantu lelaki ini pastinya Syifaa akan selamanya begitu. Hanyut dalam kenangan yang tak berkesudahan. Malah terus mengunci pintu hati entah sampai bila.

“Trust me. Aku bukan nak mainkan dia. Aku hanya nak dia yakin yang aku mampu menjadi yang terbaik untuk dia. Lepas tu kau doakan semoga aku berjaya bawa dia ke pelamin,” rayu Mukhreez bersungguh.

Sungguh tinggi impian lelaki itu dan Farah merasakan tidak salah jika dia membantu. Lelaki itu mahu menghalalkan. Lelaki itu hendak membina masjid dan apakah dia berkeras tak mahu membantu.

Akhirnya….
“Baik. Aku tolong kau. Tapi…. “ Farah senyap seketika. “Kalau aku tahu kau tipu aku. Nahas kau. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing,” ugut Farah dan serta-merta tangan kanan Mukhreez naik separa bahu seperti membaca ikrar. Lelaki itu berjanji tidak akan mengkhianati Syifaa. Farah hembus nafas lega.

Mukhreez pula cukup puas hati apabila gadis itu memberi kerjasama. Dan Farah pula julingkan mata dulu sebelum pusingkan badan hendak berlalu. Namun, cepat-cepat Mukhreez memanggil.

“Tunggu kejap.” Pantas Mukhreez melangkah masuk ke dalam kedai coklat. Memborong beberapa bungkus makanan manis itu kemudian keluar semula mendekati Farah. Hulurkan plastik di tangan kepada gadis itu.

“Take this. Harap coklat ni mampu legakan kesangsian kau.”

Lalu Farah julingkan mata ke atas lagi
“Rasuah?” duga Farah namun cepat-cepat Mukhreez menggeleng.

“Kalau macam tu aku minta diri dulu,” ujar Farah dan naikkan dua jari ke mata sendiri. Macam nak cungkil mata. Gadis itu sudah seperti samseng pula lagaknya. Lalu Mukhreez balas dengan tawa kecil. Apabila gadis itu mula melangkah dia bersuara.
. “Untuk pengetahuan kau, aku bukan driver bas macam yang kau cakap tadi,” ujar Mukhreez ria lantas masuk semula ke dalam kedai.

Farah di luar ternganga. Namun ayat itu akhirnya menemui jawapan sebenar.

‘Kalau dah selalu ke luar negara takkanlah pemandu bas pula.’

Tentulah lelaki itu hebat orangnya. Apatah lagi pertemuan pertama mereka bukan seperti sekarang. Lelaki itu berpenampilan kemas seperti bekerja dalam bilik berhawa dingin.

Akhirnya Farah menggelang kesal dengan kenaifan sendiri. Tetapi hati amat berharap lelaki itu bukan buaya tembaga.

Thank you semua yang support GH. GH cakap nak majuk sebab sistem NP ni tak macam dulu Novel percuma tak dipaparkan dekat wall utama. Dah tak ada orang tahu dah pasal novel GH. Hanya mengharapkan readers tetap and followers yang ada je lah untuk baca. Lagi satu GH malas nak up status dekat FB sbb tak ramai ambik cakna. So, GH harapkan readers and followers lah tolong share dekat FB. Sebab awak semua baik hati baca SEPUTIH MAWAR GH up bab pertemuan di hari sabtu. Kucing ngan anak itik dah jumpa. Tapi lepas ni tak tahulah apa akan jadi. Tqvm

Share this novel

ida
2025-06-17 22:31:32 

GH up je status jat fb. Slow2 nnt ramai yg follow GH. Selit la sikit scene yg melting leting tu. Tak sabar tauuu. Siap senyum sorang2.

Rozi Ramli
2025-06-16 22:35:49 

sabar menanti.. nk yang sweet2 lepas ni cik abang nak ngorat cik adik

Riqahz
2025-06-16 22:03:35 

jgn majuk2.. habiskn cerita ni dulu..dh lama sis tgu tau...


NovelPlus Premium

The best ads free experience