Mukhreez mundar-mandir di laman rumah sebaik sampai dari majlis kesyukuran rakan orang tuanya. Ketika itu jam sudah menganjak ke pukul sebelas. Aiza yang turun ke bawah hendak ke dapur terpandang lelaki itu di luar lantas memandang hairan. Pantas gadis itu mendekati setelah kelakuan itu nampak pelik.
“Kenapa dengan abang long ni?” soal Aiz resah. Apabila dekat baru dia perasan ada calar di lengan abangnya. Kepala mula fikir yang bukan-bukan. Apatah lagi sejak maghrib tadi dia tak melihat abangnya.
“Abang long kan dari rumah cikgu tadi. Ada apa-apa yang adik tak tahu ke?” gesa Aiza tak sabar.
Mukhreez tak menjawab sebaliknya memicing mata jauh ke lama rumah. Kelihatan orang tuanya baru tiba dari majlis rakan seperniagaan mereka. Mereka ke sana asing-asing. Gara-gara teringatkan Cikgu Syifaa dia yang cabut awal.
Melihat orang tuanya sudah memarkir kereta pantas dia tarik adiknya masuk ke dalam. Tak mahu orang tuanya masuk campur lantas Mukhreez bercerita. Selepas itu pandang telefon.
“Habis tu macam mana dengan cikgu?” soal Aiza resah.
“Abang long dah call tapi dia tak jawab. Abang long takut dia tak sedar-sedar lagi,” jawab Mukhreez bimbang.
“Tak call Cikgu Farah?” tanya Aiza dan Mukhreez mengangguk berulang kali.
“Banyak kali dah tapi tak masuk. Abang rasa abang kena pergi rumah dia orang balik ni,” ujar Mukhreez lantas hendak keluar semula namun orang tuanya muncul di muka pintu.
Aiza yang mengekori bimbang di belakang berhenti melangkah.
“Reez nak pergi mana malam-malam macam ni. Kan Reez baru sampai. Tak ngantuk ke. Esok kan kerja. Adik pula. Tak sekolah ke?” tanya Puan Sri Raihanah dan membuat kedua-dua susuk itu menikus.
“Erk, Reez nak duduk kat luar kejap.” Terus Mukhreez melangkah keluar apabila resahnya tak mampu dipadam. Aiza pula beri isyarat hendak ikut abangnya.
“Macam-macamlah dua beradik tu. Macam ada rahsia besar?” ujar Puan Sri Raihanah lantas berpaling. Suaminya hanya menggeleng lantas melangkah ke bilik. Wanita itu pula mengetap bibir seraya memicing ke arah anak-anaknya.
Dari nak tahu.
Dia akan korek nanti.
***
Syifaa pandang telefon di sebelah. Acap kali nombor itu naik tetapi dia yang segan hendak menyambutnya. Gara-gara mulutnya petang tadi lelaki itu terluka. Dia tahu lelaki itu kecewa dan dia rasa bersalah.
Dalam hati berkira-kira hendak menghantar pesanan. Tetapi dia malu walaupun dia sedar. Mungkin lelaki itu risaukan dirinya. Lagipun Farah sudah bercerita. Lelaki itu yang mencempungnya sehingga ke dalam rumah. Wajah itu risau. Sungguh risau kerana bimbang dia tak akan bangun lagi. Tetapi lelaki itu tak dapat nak tunggu lama kerana ada majlis yang perlu dihadiri. Lalu dia ditinggalkan sebelum matanya celik.
“Tak elok buat orang risau. Baik kau mesej dia. Tak payah call pun tak apa.” Farah muncul di muka pintu dan menghalau segala resah.
“A… a… aku kan dah…. “ Syifaa tak mampu meluahkan namun Farah amat faham.
“Kau tipu dia?” duga Farah tentang apa yang terjadi petang tadi. Syifaa pantas mengangguk lemah. Lalu Farah mendekat.
“Sebab tu orang cakap jangan menipu. Tak pasal-pasal tak boleh tidur,” ujar Farah dan Syifaa angguk mengeyakan.
“Aku takutlah. Bukan main lagi aku tolak dia tadi. Kalau aku mesej agak-agak dia tak cap aku macam murah ke?” Syifaa tak penasaran dan Farah menggeleng lucu.
“Apa yang murahnya. Dia kan nak kat kau. Bukan kau yang terhegeh-hegeh nak kat dia. Lagipun kau just nak bagitahu dia yang kau okay je kan. Bukan kau nak cakap kau rindu dia,” perli Farah lalu Syifaa cubit lengan gadis itu dan Farah bergerak ke pintu semula.
“Dah… mesej je lah,” suruh Farah lantas berlalu ke biliknya. Hati di dalam gelak tak sudah. Sengaja dia tutup telefon semasa mengecas. Malam ini dia tak mahu jadi orang tengah. Biar Muhkreez nanar dan Syifaa rasa bersalah.
Sementara di atas katil, Syifaa pandang telefon. Buka peti pesanan hendak menghantar mesej. Tak sempat menaip, nama kucing muncul di layar telefon. Dada pantas berdebar teruk. Tak mahu membiarkan orang di sana menunggu terus dia sambut panggilan.
“Awak dah okay?” soal Mukhreez sebaik saja panggilan bersambut. Syifaa mengangguk kesal. Macam orang di talian boleh nampak.
“Maaf pasal petang tadi. Sebab saya, awak….” Syifaa tak mampu luahkan kata. Dadanya sebak mengenangkan hal tadi dan Mukhreez di talian mengetap bibirnya kesal.
“Saya kuat. Saya akan terus kuat. Macam sekarang. Saya akan tetap dengan pendirian saya melainkan awak benar-benar tunjuk bukti yang awak dah ada orang lain.”
Dan… hati Syifaa berlayar sayu. Keteguhan lelaki itu mengingatkannya akan arwah suaminya. Tak putus asa meraih cintanya dan dia? Apakah tega untuk melepaskan lelaki yang bersikap mirip seperti arwah. Kuat berusaha.
“Sa… saya….” Syifaa kelu. “Saya tak tahu nak cakap apa. Saya tak ada niat nak buat awak macam tu tapi….”
“Tapi apa….”
“Saya takut.” dan… segala yang ditakuti hanya berlegar di dalam dada. “Saya….”
Syifaa masih takut hendak berterus-terang. Dia akur lelaki itu tahu apa saja berkaitan dengannya. Tetapi ada satu yang lelaki itu tak tahu. Cikgu-cikgu di sekolah juga tak tahu. Dia adalah janda. Malah, pernah ditahan reman atas tuduhan membunuh suaminya. Nasib ada orang yang membantunya. Sehingga sekarang dia masih mencari siapa yang telah membantunya keluar dari tahanan polis.
“Apa yang awak takut? Saya tunggu awak cakap dekat saya.” Mukhreez menanti dan sesekali deru nafasnya membuat Syifaa hilang dalam dunianya.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana.” Syifaa mengetap bibirnya dan Mukhreez menunggu dengan tak sabar. Mahu membuka mulut namun suara Syifaa yang terluah lebih dahulu mematikan hajatnya.
“Saya harap awak tak akan benci saya.”
Syifaa luahkan kesal. Lalu Mukhreez menghembus nafas panjang.
“Saya tak akan membenci sebab saya hanya akan buat awak jatuh cinta dekat saya sampai awak tak mampu jauh dari saya.”
“Mulut awak memang manis kan?”
Mukhreez hamburkan gelak kecil.
“Ya. Saya akan pastikan 24 jam awak senyum je.”
Dan air mata Syifaa tiba-tiba saja mengalir ke pipi.
“Yakinnya awak.”
“Well. Saya orang yang pantang menyerah.” Mukhreez tak mahu kalah.
“Kalau macam tu, saya nak tengok setakat mana awak akan berusaha.”
Lalu talian diputuskan tanpa ayat akhir.
Dan Mukhreez pula?
Terus bertekad. Akan mengejar sampai dapat.
Sorry semua. GH tak sempat. Sambil edit cerita lain GH siapkan kerja hakiki GH. Sabar tau. Sesabar Reez nak pikat Syifaa. Heheee
Share this novel
tq updated GH