Pagi Jumaat
Di rumah sewa
- Start your day with a smile, sweetie.
Bangkit saja dari tidur Syifaa mendapat pesanan yang tak terjangka. Terus tak jadi nak menggeliat. Kelip-kelip pandang layar skrin yang menyala.
Dua tiga hari ini lelaki itu tak pernah jemu menghantar pesanan. Walau sekadar pesanan cara lelaki itu tiba-tiab saja buat dirinya rasa pelik. Rasa tak tentu arah. Rasa serba tak kena. Serasa ada orang memerhati saja. Dada pun bergetar pelik.
Melihat jam pada telefon terus Syifaa bangkit. Dua sudah terlewat untuk bersiap. Tinggalkan telefon lantas ke bilik air. Bersihkan diri dan tunaikan kewajipan dulu dan ketika itu pesanan masuk lagi.
- Smile darling!
- Because you never know who is falling for it.
Dan diketap geram.
Perkataan sweetie bertukar darling. Lelaki ini pandai mengayat. Tapi tak apa. Dia nak tengok sejauh mana lelaki itu akan berusaha.
"Cantiknya kau hari ni. Muka kau ada nur orang cakap.”
Pap!
Bahu Farah ditampar lembut oleh Syifaa.
“Aku memang ada nur. ‘NUR SYIFAA HAYATI.’ Kan?”
Farah terkekek-kekek ketawa.
“Bukan nur nama kau tu tapi nur. Seri. Seri nak dating dengan superhero.”
Syifaa pantas menggeleng geram.
“Aku betulkan ya. Kau ingat sikit. Bukan pergi dating tapi pergi jumpa dia sebab nak bayar balik bil hospital.”
Farah mengangguk seraya menutup mulut.
“Yes. I know. But make it two in one. After paying, dating!”
Syifaa mejulingkan mata ke atas kemudian tunjuk muka menyampah.
“Apahal kau pula nak kena speaking bagai dengan aku. Apa, kau dah terlekat badi si kucing tu ke?”
Terus mata Farah membulat. Tak lama Farah senyum temewek.
“Bagus kan kucing kau tu. Bagi aura positif dekat aku. Boleh aku improve english aku.”
Banyaklah Farah punya jawapan dan Syifaa menghembus nafas lucu.
“Ikut kaulah Farah. Janji kau bahagia.”
Farah mengangguk.
“Ya. Aku akan lebih bahagia kalau kau buka pintu hati kau untuk orang lain. Mungkin lelaki yang sedang berusaha itu lelaki yang benar-benar di hantar Tuhan.
Satu keluhan dilepaskan Syifaa. Pandang wajah Farah yang penuh mengharap. Tak patut dia kotorkan pagi yang indah ini dengan kata-kata negatif. Lalu….
“Kau doakan hati aku lembut. Kau doakan juga semoga lelaki yang baik saja yang dekat dengan aku.”
Farah mengangguk seraya tersenyum. Wajah Syifaa tidak keruh seperti dulu lagi. Hati amat berharap gadis itu akan menemui bahagianya. Biarkan awan hitam yang mendung berlalu pergi.
***
Di garaj kereta
Hari ini hari Jumaat. Kelas hanya setakat jam 12.45 tengah hari. Syifaa berhajat hendak terus pulang ke rumah. Mahu tenangkan diri sebelum hari esok. Terus kakinya melangkah ke garaj kereta. Dia tidak terus masuk ke dalam perut kereta sebaliknya menunggu Farah yang masih di belakang. Bercakap dengan beberapa orang pelajar.
Sedang memasukkan barang-barang ke dalam boot kereta dia disapa seseorang. Terus berpaling dan kelihatan Aiza berdiri dengans enyum simpulnya.
“Cikgu, kerani kat pejabat suruh bagi dekat cikgu.”
Terkebil-kebil Syifaa memandang kotak bersaiz 25cm yang dihulurkan Aiza. Kepala tak percaya. Rasanya tak ada sebarang hadiah untuknya. Bukan dia tak singgah pejabat tadi.
Tangan was was hendak mengambilnya. Kotak itu pula seperti kotak hantaran. Tetapi hatinya jatuh suka. Bunga-bunga pastel yang terlukis pada kotak amat menarik matanya.
"Betul ke ni Aiza. tak ke Aiza salah cikgu." Syifaa tak yakin. Hati sedikit ragu. Setiap kali Aiza muncul mesti ada hadiah di tangan gadis itu. Makin ragu apabila gadis itu kerap pula ke pejabat. Syifaa betul-betul hairan.
"Cikgu ambillah. Saya tak nak simpan. Bukan hak saya.” Aiza pantas letakkan dalam boot kereta dan Syifaa mengambilnya dengan kepala yang sarat dengan pertanyaan. Siapa yang bagi?
“Selamat drive cikgu. Jaga diri.” pesan Aiza lantas berlalu pergi. Syifaa terkebil-kebil memandang. Sementara Aiza pula menghembus nafas lega. Nasib baik Cikgu Syifaa tak banyak tanya. Kalau tidak nahaslah dia nanti.
Aiza menunggu Pak Aziz datang menjemputnya. Sesekali dia menoleh ke arah Cikgu Syifaa. Kelihatan cikgu muda itu sedang merenung kotak hadiah. Pantas kepalanya berputar mengingati arahan abangnya.
Lelaki itu rela menyuruh si adik ini untuk menggesa emaknya membeli pakaian yang cantik untuk Cikgu Aiza. Nasib baik dia pandai mengagak. Harap-harap saiz itu kena dengan tubuh cikgu tersebut. Kalau tak muat tak tahu nak kata apa. Nasib abangnya lah. Habis duit macam tu saja nanti.
Nak kan perempuan punya pasal. Pelik betul perangai orang angau ni. Tetapi bibirnya tiba-tiba sunggingkan senyuman tak sabar. Tak sabar nak tahu cerita tentang esok hari. Dia harap pertemuan itu nanti akan membuka pintu hati Cikgu Syifaa dan dia amat berharap cikgu itulah jodoh abangnya.
Sementera di tepi boot kereta, dahi Syifaa berkerut tak pasti. Siapa yang hadiahkan untuknya. Apakah si kucing itu atau lelaki lain. Dia keliru. Perlu ke dia membukanya atau tidak. Kalau sudah diberikan kotak begini dia dapat mengagak isi di dalam. Kalau bukan tudung tentu pakaian.
Nafas dihembus takut. Mata pandang Farah yang sudah bergerak ke mari. Lalu dengan keberanian yang sedikit ditariknya kotak itu. Buntang matanya sebaik melihat sepasang baju kurung moden berkain jacquard. Baju itu bercorak bunga-bunga merah jambu dan dilapisi kain organza berwarna ungu muda.
Cantik. Amat cantik sehingga hatinya terus jatuh suka. Diselaknya sedikit lipatan baju apabila ternampak kad kecil. Tarik dan baca.
- Purple pink is suits on you.
- See you tomorrow
- Sylvester the cat aka Hadi
Dan… mulut Syifaa ternganga.
Sungguh lelaki itu telah menjeratnya.
Macam tak ada orang baca je cerita ni. Tak macam dulu. Sbb GH yang tak produktif atau sbb penulisan GH tak sedap nak baca. Macam kena cepat habiskan. Macam orang dah tak berminat. Okay lah. Huh, majuk!
Share this novel
saya baca GH,,jgn lupa update selalu
Sis...saya baca tau... nanti update byk2 lg??
saya sentiasa mengikuti tulisan GH.. so keep it up.. jangan mengalah